WARGA SCP

Khamis, Mei 27, 2010

SALESMAN CLOROX DAN SEWAKTU DENGANNYA

masjid air hitam batu 15 (dr (http://irosli63.blogspot.com/)

ALHAMDULILLAH,

bila aku terbaca n3 saudara rosli (http://irosli63.blogspot.com/) dan terlihat gambar masjid batu 15 Air Hitam , Muar , ingatan ku kembali pantas berundur ke belakang.

Masa tu aku pernah kerja sebagai salesman yang jual clorox dan Day Pine . Pejabatnya di Bangunan UMNO Pagoh (sekarang Traders Hotel).

Aku pun tak tahu, kenapa aku keja salesman masa tu , mungkin kerana pekerjaan tu tak memerlukan kelulusan yang tinggi, sekadar bermodalkan tekad, usaha dan muka tebal

Tiada gaji pokok masa tu, tapi upah semua dibayar dalam bentuk komisyen bagi setiap produk yang terjual.Banyak jual, banyaklah dapat

Pagi2 lagi aku dah mengayuh basikal ke pejabat, berpakaian kemeja putih dan seluar hitam. Itulah pakaian rasmi salesman masa tu,

Kalau yg perempuan berbangsa cina, mesti tipikal dengan baju putih juga dan stokin putih panjang macam stokin bola tu

Lepas daftar masuk keja, ambil beberapa kotak barangan dan kami akan dihantar oleh sebuah van ke tempat yang telah ditetapkan.

Kebetulan suatu hari tu, kami di hantar ke kawasan perkampungan di Air Batu 15 dan 16 untuk memasarkan produk.

Kerja salesman bergerak ni tak boleh malu, setiap rumah di ketuk pintunya dan aku akan memperkenalkan dahulu produk yang dijual . Beli atau tidak terpulang pada mereka.

Berpeluh jugalah , menapak dari satu rumah ke satu rumah, ada yg dah nampak aku dari jauh terus tutup pintu hehehe

biasalah, malas mereka nak mengadap salesman mcm aku ni
salesmankan pandai dan banyak cakap

makan dan minum pula pandai2lah sendiri

kebetulan dah tengahhari, duit dalam poket ada sehinggit je, apa nak buat dengan sehinggit, nak makan pun tak cukup, begitulah keadaan ku pada masa tu

Lantas aku menuju ke masjid tersebut pada waktu tengahari, sambil mengambil wuduk dan mengumur mulut, sambil tu aku telan air paip tu sebagai makan tengahari ku.

Lepas solat rasanya, aku ke tempat mengambil wuduk untuk menjamu selera sekali lagi , aku tundukkan kepala sambil meletakkan mulut di bawah paip dan mimum sepuas2nya .
Begitulah rasanya agaknya bila kita tak ada duit dan nak makan pun tak "lepas"

Itulah hidangan tengahari ku yang paling lazat ketika itu, hanya aku mampu menangis dalam hati , bagaimana susahnya mencari rezeki ni

Tapi aku tak lama keja tu kerana komisyen yang dijanjikan tidak dibayar mengikut waktu yang sepatutnya setiap 7 hari selepas jualan, macammana aku nak keja begini dalam keadaan yang kelaparan kerana ketiadaan wang.

Akhirnya aku meninggalkan profesion salesman tersebut dengan membawa sedikit bekalan pengalaman dalam diri dan hati yang "bukan senang nak senang, tapi senang nak susah"

ALHAMDULILLAH

20 ulasan:

  1. Salam Pak Rezeki...

    Alhamdulillah payau gak yer masa muda bapak...patutlah pilih ID Rezeki..utk menggingati/menghargai rezeki yg diperolehi yer....

    Alhamdulillah.

    Wslm

    BalasPadam
  2. salam from Makkah


    alhamdulilah..berkat kesabaran pak itam akhirnyer berjya di kemudian hari...syukur pada allah swt...


    wslam

    BalasPadam
  3. salam rezeki

    ini yang dinamakan

    berakit-rakit ke hulu
    berenang renang ke tepian
    bersakit-sakit dahulu
    bersenang-senanag kemudian

    la ni dah terbukti kan?..Syukur..Alhamdulillah..
    segala yang terjadi penuh dengan hikmah...

    wassalam

    BalasPadam
  4. salam CR...

    rezeki , ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan tuhan...

    dlm pada tu , bab rezeki ni kena le juga ada usaha dan ikhtiar kan , pastu baru ler berserah pd Ilahi...

    dan akhirnya MasyaAllah ... Bersyukur padaNYA..

    BalasPadam
  5. pengalaman mewarnai kehidupan. lalui susah untuk kenal senang... takde gambar makanan hari ini?

    BalasPadam
  6. Salam,

    kepayahan yg dilalui dengan kesabaran.......
    hasilnya pak itam sukses hingga kini...alhamdulillah

    betul tu, bukan senang nak jadi senang...dan bila fikir balik, kepayahan itulah satu kenikmatan sebenarnya...ada hikmah

    wallahualam

    BalasPadam
  7. Salam...

    Alhamdulillah.....Allah gives to those who are patient...

    BalasPadam
  8. Salam pak itam...

    Tahniah atas kejayaan...hari ini berkat usaha keras...sekian lama...

    Pssst saya dulu suka beli kat salesman..hehhe sian tgok tengah2 panas..jual barang2...antara yg dibeli..buku agama, CD umrah & haji..buku kanak2..dll...yg sesuai dgn jiwa saya..heheh

    BalasPadam
  9. salam pak itam,

    Alhamdulillah..

    segala kepayahan yang dihadapi dengan penuh kesabaran akan mendapat ganjaran jua akhirnya...hari ini pak itam telah menjadi seorang businessman yang berjaya.
    tahniah! bila nak belanja akak?

    BalasPadam
  10. Assallamualaikum Pak Itam,

    Kepayahan dan kesulitan adalah cabaran menuju kejayaan. Kita hargai setiap nilai yang kita ada..lalu bila kita mengecapi kesenangan..kita berbahagia dengan segala usaha yang telah dilaksana. Syukur alhamdulillah.

    BalasPadam
  11. waalaikusalam kak su

    alhamdulillah, semuanya dari Allah jua , kepada Allah juga kita akan kembali

    BalasPadam
  12. waalaikusalam cl

    syukur ke hadrat Allah yg yg memberikan rezeki sebagai pinjaman dlm kehidupan yg sementara ni

    alhamdulillah

    BalasPadam
  13. waalaikusalam BHS

    alhamdulillah, bukan berakit2 lagi heheh
    siap berenang kuak lentang lagi hehe

    tapi itukan semua asam garam kehidupan dan Allah yg menentukan, kita sebagai hambaNYA mesti bersyukur atas setaip pemberiannya , susah atau senang

    BalasPadam
  14. waalaikusalam kak ummi

    betul tu kak

    usaha, doa , tawakkal adalah ubat yg mujarab

    BalasPadam
  15. waalaikusalam taj

    betul tu, semua yg terjadi punya hikmah tersendiri yg menjadi pelajaran yg paling bernilai dalm kehidupan dan agar kita tak lupe diri

    BalasPadam
  16. waalaikusalam marla

    alhamdulillah, semuanya dari Allah jua yg merencanakan apa yg Dia kehendaki

    BalasPadam
  17. waalaikusalam shami

    yg baik jadikan teladan buat shami dan keluarga dalam menempuh kehidupan yang sementara ini

    insyallah

    BalasPadam
  18. waalaikusalam kak nab

    syukur saya kehadrat Allah atas segala pemberianNYA

    belanja,
    no hal punya kak
    bila2 boleh hehe

    BalasPadam
  19. salam mampir

    gambar makan ada, malas nak letak hehehe

    semua dah duduk dlm perut hehe

    BalasPadam
  20. waalaikusalam cikgu nadz

    kejayaan lebih manis dirasai dgn usaha sendiri dan semuanya akhirnya berlaku dgn izin Allah jua

    yg penting jgn lupa segala tanggungjawab kita kepada pencipta kita

    BalasPadam