WARGA SCP

Selasa, Mei 25, 2010

WELCOME HOME "TIT-TIT"

"mana kau menghilang 3 tahun ni TIT-TIT
dah besar kau , macam besar pinggan"

tanya pak itam
kalian tau apa jawabnya
"ditahan kat depoh imigresen pak , visanya udah tamat, tinggal lebih tempoh had"
pak itam lupa yg TIT-TIT ni berasal dari indonisia



ALHAMDULILLLAH

Disember 2007, sebelum kami berangkat ke tanah suci utk mengerjakan ibadat haji, salah seekor binatang peliharaan dan kesayangan kami terpaksa dilepaskan buat sementara waktu. Masa tu umurnya hampir 10 tahun . Kami bela dari sebesar duit syiling 20 sen , sepasang jantan betina. Namun pasangannya menemui ajal lebih dahulu. Tinggallah "TIT-TIT" keseorangan dalam akuarium.

Namun pada masa tu, pemergian kami hampir 45 hari , satu jangka waktu yg agak lama membuatkan kami dengan berat hati terpaksa melepaskan buat sementara waktu di kolam berdekatan kerana takut penjaga rumah kami terlupa utk memebersihan akuarium dan memberinya makan.

Maklumlah, TIT-TIT tidak boleh mengeow seperti kucing bila kelaparan. Tapi yang pasti kepulangan kami setiap hari di rumah akan disambut oleh TIT-TIT dengan kocakan air dan bunyi lagaan batu2 dalam akuarium, tandanya tuannya dah balik.

Selepas pulang dr tanah suci, aku terus mengunjungi TIT-TIT di kolam tersebut, ternyata dia suka dengan persekitaran barunya. Lantas aku mengambil keputusan untuk membawanya kembali keesokkan harinya.

Namun, kelibatnya tidak kelihatan keesokkan harinya, mungkin ia telah diambil oleh kanak2 yang kerap bermain di kolam itu atau ditahan oleh pihak imigresen kerana tiada pasport. Sedih menyelubungi kami krn hampir 10 tahun kami membesarkannya. Dikala malam kami tidur, TIT-TIT akan berjaga, di siang hari kami tiada, TIT-TIT pula tidur.

Kuasa Allah sungguh besar.

Setelah terpisah hampir 3 tahun, tidak semena2 minggu lepas, aku ternampak kelibat TIT-TIT berdekatan kolam itu menunggu ku.

Allah telah menemukan kami semula, rasanya TIT-TIT nak balik ke rumah ku semula. Lantas aku mengkhabarkan berita gembira ni melalui panggilan telepon kepada isteri ku.

Aku terus mengarahkan seorang staff ku membawa pulang TIT-TIT ke rumah dan menyediakan kembali tempat istirehatnya beserta segenggam daun salad makanan kegemarannya.

3 tahun terpisah dan TIT-TIT telah besar panjang, kini umurnya hampir 13 tahun.

WELCOME BACK TIT-TIT
KAMI SENTIASA MERINDUI MU

ALHAMDULILLAH.

22 ulasan:

  1. selama 3 tahun ni agaknya kemana TIT-TIT berkelana

    BalasPadam
  2. salam from Makkah...


    tut-tut...sapa lak..?hehheheheh

    w
    aslam

    BalasPadam
  3. wow ada bonding gitu, cari tuan selepas 3 tahun menghilang, tuannya yg bela dgn kasih sayang tulus ikhlas.

    BalasPadam
  4. Salam...
    hehe....so cute...

    BalasPadam
  5. salam pak itam,

    Ya Allah...begitulah ketentuanNYA...tit-tit kembali ! so, camner nak tinggalkan tit-tit ni...minggu depan pak itam dah nak berangakat..

    BalasPadam
  6. Salam,

    hai tit-tit....nk panjang umur tit-tit tu...kena cari pasangannya beri nama tut-tut...

    dulu Taj ada bela haiwan ini...seronok melayan kerenahnya...

    BalasPadam
  7. salam Pak Itam,

    Tit Tit balik ada makna tuh
    dia dah lama kesepian hikhik
    balik nak mintak Pak Itam tolong pinangkan Tut Tut ekeke..

    psst: sy tak berani nak pegang tit tit tue hehe geli den!

    BalasPadam
  8. Salam CR,

    alhamdulillah, Allah punya kuasa.

    nak tanya sket:
    Macam mana masih kenal? benda tu sama jer kan? (Tuan punya mesti kenalkan?) hehehh

    aganknya dia balik nak ucap selamat bercuti kat CR, maklumlah nak ke afrika tu

    BalasPadam
  9. Salam pak itam...

    Tit-tit...nak pesan ngan pak itam tu carik tat-tat bawa balik dah lama membujang...hehehh


    Psssst tut-tut tu kan ker teksi motor kat indon tu...

    BalasPadam
  10. Salam Pak Itam,

    Selepas Pak Itam tinggal tit-tit 45 hari, dia merajuk 3 tahun (masya Allah ada perasaan) Kalau mcm ni Pak Itam kena cepat2 carikan pasangan utknya sebelum Pak Itam ke Africa. Nanti dptlah 2 couple berhoney2 moon.hihihi

    BalasPadam
  11. Salaam Pak Itam,

    cemaner pak itam tau yang itu "Tit-Tit"...ye la, kan dah 3 tahun berpisah...

    Ntah2 yang datang tu "Turtle tuck", salah sekor hero dalam "Wonder Pets" ...dia datang nak selamatkan anak tapir yang dalam kesusahan...

    Tapi tak kisahlah kan, Tit-Tit ker, Turtle Tuck ker....apa yang penting...

    KERJASAMA!! :)

    VpeaceV

    BalasPadam
  12. salam kamato

    saya rasa dia cari makwa baru heheeh

    tapi entahlah, mmg dia hilang begitu je 3 tahun lps

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam cl

    hehehe
    tut tut arwah isteri dia hehehe

    BalasPadam
  14. salam mampir

    kami bela dia dari sebesar duit syiling, beli kat giant

    kekadang saya suka berbual dgn tit tit

    seminggu sekali mandikan hehe

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam marla

    sekarang ni dah besar mcm pinggan hehehe

    tu saya panggil. terjonggol kepala dia , baru ambik gambar hehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam kak nab

    itulah ketentuan Allah

    lama hilang , 3 tahun

    saya belikan dia akuarium baru , letak batu2 nanti

    tapi letak kat luar tepi sangkar kucing, jadi cat sitter tu akan jadi tut tut sitter sekali hehe

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam taj

    tut tut sekarang menduda hehe

    susah nak carikan pasangan yg sama besar dengan dia hehe

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam syima

    hehe

    syima ni pengeli ya

    tit tit dh besar, nak cari pasangan yg sama saiz susah, mana ada kedai jual kekura yg dah besar hehehe

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam az


    hehehe hanya tuannya yg kenal

    ada tanda kat cenkerang bahagian bawah dan jalur kat muka tu hehe

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam shami

    tit tit tu duda kesepeian hehe

    nanti nak carikan dia tut tut made in afrika lah, dapat kawin campur hehe

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam ibu sayang

    rasanya 3 tahun tit tit hilang , dia pegi buat diploma kat UITM hehehe

    susah nak carikan pasangannya yg sama saiz, takde kedai jual kekura sebesar tu hehe

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam kak chik

    hehehe

    hanya tuannya yg kenal

    manakan tidak, hari tu tit tit saya panggil

    "pak itam, pak itam" hehehe

    BalasPadam