WARGA SCP

Rabu, April 07, 2010

LIHATLAH ALAM TERBENTANG LUAS

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
( Surah al Anaam: 73)



Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas sekali di dalam Al-Qur’an. Allah telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?".
(Surah Al-Anbia: 30)



"Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya
Kami benar-benar meluaskannya. "
(Surah az-Dzariyat;47)




"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa keduanya menjawab 'kami datang dengan suka hati' Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Fushilat:11-12)








Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan ukuran yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam al Qur’an

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir
(yang telah ditentukan)."

(Surah Al Qamar :49)



SUNGGUH INDAH CIPTAAN ALLAH
SEMASA KITA MENIKMATINYA,
INGATLAH AKAN KEKUASAAN ALLAH
TERHADAP SEGALA MAKHLUK CIPTAANNYA

ALLAH MAHA BESAR DAN AGUNG


lokasi foto :
Kawasan tepi hutan berhampiran teratak ku di hujung Tanah Melayu .
Dirakamkan gambaran ini dengan rasa penuh keinsafan dan takjub akan kekuasaan Allah.
Mode camera : landscape & silhouette (2 gambaran berbeza)

22 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Subhanallah..indah ciptaan Allah
    Saya jua ada rakamkan gambar2 awan ini ketika dalam flight pergi dan balik dari Kuching..amat indah tak terungkai keindahan itu dgn kata2.

    Terima kasih dgn usaha mencatatkan tafsiran Al-Quran itu disini. Satu usaha yang amat baik.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    menggunakan teknologi moden (kamera baru) untuk mengigati pencipta alam

    Subhanallah

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Salam CR...

    Subhanallah ..

    Sesungguh terlalu banyak kekuasaan yg telah ditunjukkan...
    Sesungguhnya kita hendaklah bersyukur dan sentiasa mengingatiNYa....dan tugas kita adalah untuk taat, patuh akan perintahNya..serta sentiasa mempertingkatkan ketakwaan dan keimanan kita padaNYa...

    BalasPadam
  4. salam

    hik hik hik, baru je tulis komen ni, nampak reminder ym, pak itam tinggal jejak kat rumah CP, hehe

    hmm pak itam guna kamera apa ek? cantik gambar2 awan tu.. Subhanallah..

    BalasPadam
  5. Salam Pak itam,

    Subhanallah... Keindahan ciptaan Allah tiada tandingannya....

    tahniah buat pak itam... gambar dah mantop... keep it up...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum warahmatullah,..

    sesungguhnya Allah jua maha mengetahui segalanya...

    tak sangka ye..saya request semalam rupa-rupanya pak itam pun dah shot keindahan langit tu dan keluar dlm n3 ni..

    mcm ada chemistry..hehehe.

    BalasPadam
  7. Cantik sungguh gambar2 ni...kalau datang langkawi, mesti lagi cantik...moral of the story is, "bila nak datang?"

    BalasPadam
  8. salam pak itam,

    wah! cun melecun gambar2 pak itam tembak ni..praktis..praktis..nanti gi SA leh ambik byk2 gambar masa game yg pak itam tonton nanti..

    BalasPadam
  9. Salaam Pak Itam,

    Cantik! Cantik! Cantik!
    Suka! Suka! Suka!


    VpeaceV

    BalasPadam
  10. salam syima

    mmg indahkan , setiap kejadian alam oleh Allah swt bersebab dan semuanya diterangkan dlm al quran

    BalasPadam
  11. salam atuk

    alhamdulillah

    BalasPadam
  12. salam shami

    tk kerana sudi berkongsi

    BalasPadam
  13. salam cp

    cantikkan, yg memanjang tu adalah wap dari minyak yg dibuang oleh kapal terbang yg nak mendarat di Changi, dekat je kat depan tu

    guna kamera cap ayam je hehehe

    BalasPadam
  14. salam tikah

    tk, perlu byk mencuba pelbagai fungsi dan variasi dlm menghasilkan ,gambar

    tapi puas nak biasakan dgn speed shutter dan appereture

    BalasPadam
  15. salam BHS

    alhamdulillah

    BalasPadam
  16. salam amz

    sebenarnya ada beberapa lagi koleksi heheheh

    sungguh inah ciptaan Allah

    BalasPadam
  17. salam uncle

    hehe
    tak tahu lagi bila berkesempatan ke langkawi, yg pasti mesti spi juga

    jadual pack sgt spi julai

    BalasPadam
  18. salam kak nab

    ni yg asyik mengadap kitabnya tu hehehe

    nak kena biasakan dan hafal formulanya utk dapatkan setting yg tepat dan baik

    BalasPadam
  19. salam kak chik

    u like, i also like hehehe

    terus nyanyi lagi thats away ahak2 i like it ahak2 hehehe

    BalasPadam
  20. amvoi...singing2 la pulak pak itam kita ni...hiks
    that's the way i like it...adus!!

    BalasPadam
  21. salam kak nab

    hehe

    nyanyi2 utk menghiburkan hati yg sedang gundah gelana heheheheh

    BalasPadam