WARGA SCP

Ahad, Mei 30, 2010

MENGEMAS APA YANG PATUT

ALHAMDULILLAH,

Pagi ni punya kesempatan untuk mengemas apa yang patut. Lps subuh di masjid jamek, aku terus salin baju dan mengemas kapcai yang dah kotor , mandikannya kerana semalam hujan kat tengah highway.

Lepas tu mcm biasa "berpasar tani".

Dan kesempatan pagi ni juga aku gunakan untuk mengemas beg pakaian ku. Sementara isteriku memasak dibawah, aku "memasak"pakaian di atas, lipat apa yang patut dan masukkan dalam beg.Nanti petang ni aku nak masuk hutan dan jumaat nanti balik HC tak payah nak kemas2 lagi, malamnya terus belayar dengan tonkang. But bola tak payah bawak, akukan "top striker" yang berkaki ayam. Beberapa helai jersey team bola aku bawa, manalah tahu mereka kekurangan striker, jadi mereka dah tak payah carikan jersey .Kalau tak ngam , aku berlenggeng je .


Sambil2 tu layan Final World Cup 2006 kat tv antara team riyadh lawan jeddah hehehe


Bau aroma masakan isteriku kat bawah dah sampai ke atas, maka aku pun macam dipanggil ke bawah

dan mmg betul, cik merah masak asam pedas dan cik ketam goreng sedang menangis2 kat dalam periuk memanggil2 nama ku
"abang itam,abang itam, makanlah aku, telanlah aku"



Jumaat, Mei 28, 2010

SEPETANG DI KLCC

ALHAMDULILLAH,

hari ni aku dah berada di ibu kota kerana beberapa perkara yg perlu aku siapkan dan bereskan sebelum bercuti nanti, jadi petang ada waktu yg terluang, aku pun bawa anak2 ku dan isteri ke KLCC , sementara mereka menonton wayang Shrekk 2 , aku pun duk seorg diri sambil menikmati "hot chocolate" di DOME dan sambil2 duk sekodeng dgn senapang ku dan merakamkan aksi2 mereka tanpa mereka sedari.

Lebih kurang pukul 5 ptg si dia sahabat CL pun tiba dan kami duk berfoya2 kat starbucks pula sambil pekena "shaken ais lemon tea" .

Lepas itu kami mulalah menembak dengan senapang masing2 merakamkan gelagat dan aksi orang ramai serta persekitarannya.

Kebetulan kami dah berjanji bawak senapang masing2.

Layanlah antara gambar yg sempat aku rakamkan .

jangan lupe letak belacan tau



apppa, ammma, padipaya , unnnek, nallek



manalah sesat mamat seorg ni, sepupu james bongs hehe




Khamis, Mei 27, 2010

KLINIK BAPAK MENGANDUNG

klinik ibu mengandung
aku kategori bapak mengandung hehe
ngandung anak cacing hehe
suntikan diberikan di sini
ALHAMDULILLAH

Pagi tadi aku buat medical check up rutin utk HPT, keadaan tekanan biasa2 je, cuma tak berapa cantik kerana sepatutnya kena rehat dulu dalam 30 minit sebelum tekanan darah diambil, tapi kerana kesuntukan masa, terus aje ambil tekanan darahnya, tapi masih dalam keadaan yang memuaskan. Berat ku juga hanya menyusut 1/2 kg je utk 2 bulan ni, manakan tidak, makannya sedap belasah je hehehe


Lepas tu terus aku bertanya kepada pegawai perubatan tu, ada tak suntikan vaksin H1N1 disitu. Alhamdulillah, ada tapi kena cukup "korum" kerana untuk satu dos suntikan yg telah dibuka utk 10 individu dan setelah dibuka vaksin tu tahan hanya utk tempoh 24 jam sahaja.

Namun kerana hari tu dah ada 7 orang termasuk kami, aku telah mendapat suntikan tu secara percuma. Bulan lepas masa aku balik kampung dan bawa ibu ku ke klinik, satu suntikan berharga RM 70 , tapi kerana kesuntukan masa, kami tak sempat ambil.

aku dalam risiko kategori 2 - hamil hehehe
bunting kerbau

Selepas tu aku menalefon sebuah hospital swasta di JB, satu suntikan hanya RM 54.95 sahaja tapi bayaran konsultan doktornya lebih kurang RM 300 .Nak dapatkan suntikan kena buat "appoiment" , masalah tu pasal nak kena angkut semua anak2 ku , kesuntukan masa psl yang bongsu di asrama.

Tapi hari ni kebetulan anak ku dapat cuti dr asrama kerana ada sikit masalah kesihatan.
Jadi hari ni juga aku dapat bawanya ssekali utk mendapatkan suntikan.

Hari ni Allah memberikan ku rezeki dengan percuma tanpa perlu membayar apa2 pun utk semua suntikan tu.
Syukur , alhamdulillah

Namun mengikut nasihatnya, takut ada kesan2 sampingan seperti pening atau demam, lepas menerima suntikan, kami terus dibekalkan dengan paracetamol .

Lepas tu pak itam ingat nak ambik suntikan rubella pulak, tapi misi tu kata untuk ibu mengandung je, untuk bapak mengandung , takde hehehe

Kita hanya berusaha, hanya Allah yang menentukan. Itu sebagai langkah2 pencegahan sebelum kami pergi ke SA nanti kerana di sana , pasti keadaan yang sesak dengan orang ramai boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan berlaku.

Ya Allah, permudahkan perjalanan kami nanti dan berikan kami kesihatan yang baik

Insyallah.

SALESMAN CLOROX DAN SEWAKTU DENGANNYA

masjid air hitam batu 15 (dr (http://irosli63.blogspot.com/)

ALHAMDULILLAH,

bila aku terbaca n3 saudara rosli (http://irosli63.blogspot.com/) dan terlihat gambar masjid batu 15 Air Hitam , Muar , ingatan ku kembali pantas berundur ke belakang.

Masa tu aku pernah kerja sebagai salesman yang jual clorox dan Day Pine . Pejabatnya di Bangunan UMNO Pagoh (sekarang Traders Hotel).

Aku pun tak tahu, kenapa aku keja salesman masa tu , mungkin kerana pekerjaan tu tak memerlukan kelulusan yang tinggi, sekadar bermodalkan tekad, usaha dan muka tebal

Tiada gaji pokok masa tu, tapi upah semua dibayar dalam bentuk komisyen bagi setiap produk yang terjual.Banyak jual, banyaklah dapat

Pagi2 lagi aku dah mengayuh basikal ke pejabat, berpakaian kemeja putih dan seluar hitam. Itulah pakaian rasmi salesman masa tu,

Kalau yg perempuan berbangsa cina, mesti tipikal dengan baju putih juga dan stokin putih panjang macam stokin bola tu

Lepas daftar masuk keja, ambil beberapa kotak barangan dan kami akan dihantar oleh sebuah van ke tempat yang telah ditetapkan.

Kebetulan suatu hari tu, kami di hantar ke kawasan perkampungan di Air Batu 15 dan 16 untuk memasarkan produk.

Kerja salesman bergerak ni tak boleh malu, setiap rumah di ketuk pintunya dan aku akan memperkenalkan dahulu produk yang dijual . Beli atau tidak terpulang pada mereka.

Berpeluh jugalah , menapak dari satu rumah ke satu rumah, ada yg dah nampak aku dari jauh terus tutup pintu hehehe

biasalah, malas mereka nak mengadap salesman mcm aku ni
salesmankan pandai dan banyak cakap

makan dan minum pula pandai2lah sendiri

kebetulan dah tengahhari, duit dalam poket ada sehinggit je, apa nak buat dengan sehinggit, nak makan pun tak cukup, begitulah keadaan ku pada masa tu

Lantas aku menuju ke masjid tersebut pada waktu tengahari, sambil mengambil wuduk dan mengumur mulut, sambil tu aku telan air paip tu sebagai makan tengahari ku.

Lepas solat rasanya, aku ke tempat mengambil wuduk untuk menjamu selera sekali lagi , aku tundukkan kepala sambil meletakkan mulut di bawah paip dan mimum sepuas2nya .
Begitulah rasanya agaknya bila kita tak ada duit dan nak makan pun tak "lepas"

Itulah hidangan tengahari ku yang paling lazat ketika itu, hanya aku mampu menangis dalam hati , bagaimana susahnya mencari rezeki ni

Tapi aku tak lama keja tu kerana komisyen yang dijanjikan tidak dibayar mengikut waktu yang sepatutnya setiap 7 hari selepas jualan, macammana aku nak keja begini dalam keadaan yang kelaparan kerana ketiadaan wang.

Akhirnya aku meninggalkan profesion salesman tersebut dengan membawa sedikit bekalan pengalaman dalam diri dan hati yang "bukan senang nak senang, tapi senang nak susah"

ALHAMDULILLAH

Rabu, Mei 26, 2010

SUNSET AT JUNGLE

ALHAMDULILLAH,

Menikmati matahari terbenam ni dah jadi budaya orang barat, kalau kita pergi ke luar negara terutama di tepi2 pantai, ramai kita lihat mereka duduk2 sambil menikmati suasana matahari terbenam diufuk barat.

Sebenarnya , aku juga teringin berbuat demikian , tapi apakan daya suasana sebegini hanya berlaku lebih kurang 10 minit sahaja sebelum azan magrib berkumandang.

Dan waktu itulah, "orang tua2" sering berpesan
"jangan main kat luar" kerana masa itulah syaitan dan iblis sedang berkeliaran menyesatkan anak cucu adam .

Tapi akhirnya impian ku yang selama ini terpendam akhirnya dapat direalisasikan dengan izin Allah jua.

Kelmarin , semasa aku ke masjid utk solat magrib, pandangan ku terpukau dek sinaran matahari yang hampir terbenam di ufuk barat yang memang kelihatan jelas kerana masjid Al-Ikhwan ini terletak di atas sebuah bukit yang paling tinggi di gugusan ini yang pendangannya sehingga melangkui daerah Pengerang dan Changi di Singapura,

Lalu semalam , dengan baju melayu dan kain pelikat serta songkok aji, aku bersiap ke masjid dengan membawa sekali "senapang" ku serta menukar "zoom lens" utk mengabadikan suasana ini yang menunjukan betapa agungnya ciptaan Allah di muka bumi ini yang tiada tolok bandingnya.

Aku menunggu dengan sabar sehingga 6.45 ptg dan suasana terang tadi tiba2 menjadi suram dan kelibat matahari yang bakal melabuhkan dirinya tiba2 muncul dari celah awan.

Setiap detik ini dapat ku rakamkan yang memakan masa hanya 10 minit sahaja .

Allah Maha Besar menjadikan malam dan siang bersilih ganti.

Allah Maha Besar dalam merencanakan perjalanan matahari ini mengikut apa yang dikehendakinya.

Moral of the story , Allah Maha Berkuasa dalam merencanakan segala rentak dan tari kehidupan kita .

Habis saja sessi ni, aku terus ke dalam masjid sambil menunggu laugan azan yang akan berkumandang lebih kurang jam 7.12 malam , 10 minit selepas matahari ini hilang dari pandangan mata ku.

Alhamdulillah, aku dapat melakukan 2 perkara dalam satu masa, menikmati keindahan alam ciptaan Allah dan juga sama2 berjemaaah dan menyembah Allah, Tuhan Yang Satu dan Maha Esa.

Alhamdulillah

psssss : aku hadiahkan foto ini buat kalian rakan2 ku sebagai tanda penghargaan dan terimakasih atas sokongan kalian pada SCP

aku ingin membuat sedikit kajian, foto mana yang paling indah mengikut kaca mata dan kaca hati kalian semua
(semua foto asal yang tidak diedit)


foto 1

foto 2

foto 3

foto 4

foto 5

foto 6

foto 7

foto 8

foto 9

foto 10

foto 11

foto 12


Selasa, Mei 25, 2010

WELCOME HOME "TIT-TIT"

"mana kau menghilang 3 tahun ni TIT-TIT
dah besar kau , macam besar pinggan"

tanya pak itam
kalian tau apa jawabnya
"ditahan kat depoh imigresen pak , visanya udah tamat, tinggal lebih tempoh had"
pak itam lupa yg TIT-TIT ni berasal dari indonisia



ALHAMDULILLLAH

Disember 2007, sebelum kami berangkat ke tanah suci utk mengerjakan ibadat haji, salah seekor binatang peliharaan dan kesayangan kami terpaksa dilepaskan buat sementara waktu. Masa tu umurnya hampir 10 tahun . Kami bela dari sebesar duit syiling 20 sen , sepasang jantan betina. Namun pasangannya menemui ajal lebih dahulu. Tinggallah "TIT-TIT" keseorangan dalam akuarium.

Namun pada masa tu, pemergian kami hampir 45 hari , satu jangka waktu yg agak lama membuatkan kami dengan berat hati terpaksa melepaskan buat sementara waktu di kolam berdekatan kerana takut penjaga rumah kami terlupa utk memebersihan akuarium dan memberinya makan.

Maklumlah, TIT-TIT tidak boleh mengeow seperti kucing bila kelaparan. Tapi yang pasti kepulangan kami setiap hari di rumah akan disambut oleh TIT-TIT dengan kocakan air dan bunyi lagaan batu2 dalam akuarium, tandanya tuannya dah balik.

Selepas pulang dr tanah suci, aku terus mengunjungi TIT-TIT di kolam tersebut, ternyata dia suka dengan persekitaran barunya. Lantas aku mengambil keputusan untuk membawanya kembali keesokkan harinya.

Namun, kelibatnya tidak kelihatan keesokkan harinya, mungkin ia telah diambil oleh kanak2 yang kerap bermain di kolam itu atau ditahan oleh pihak imigresen kerana tiada pasport. Sedih menyelubungi kami krn hampir 10 tahun kami membesarkannya. Dikala malam kami tidur, TIT-TIT akan berjaga, di siang hari kami tiada, TIT-TIT pula tidur.

Kuasa Allah sungguh besar.

Setelah terpisah hampir 3 tahun, tidak semena2 minggu lepas, aku ternampak kelibat TIT-TIT berdekatan kolam itu menunggu ku.

Allah telah menemukan kami semula, rasanya TIT-TIT nak balik ke rumah ku semula. Lantas aku mengkhabarkan berita gembira ni melalui panggilan telepon kepada isteri ku.

Aku terus mengarahkan seorang staff ku membawa pulang TIT-TIT ke rumah dan menyediakan kembali tempat istirehatnya beserta segenggam daun salad makanan kegemarannya.

3 tahun terpisah dan TIT-TIT telah besar panjang, kini umurnya hampir 13 tahun.

WELCOME BACK TIT-TIT
KAMI SENTIASA MERINDUI MU

ALHAMDULILLAH.

Isnin, Mei 24, 2010

ohhh PAPA BELUTI mamamiiiiiaaaaa


My name is Papa Ruti a.k.a PavaRoti, but sometimes when i eat a lots, they called me Papa Beluti. Because my stomach very hard like kayu beluti

Do you know "kayu beluti" ????

alah, the tukang's kayu's always guna for making a tiang rumah's

Today , Papa Beluti like to invite all of you for lunch , but our menu today is Spegetthi.

After that, papa beluti will sing for all of you a new song from my last opera concert in Italy bertajuk "Bila Papa Pakai Celana"

wa wa wa wa wa oooooooooooooo

ahuk ahuk ahuks

opssssssss

batuk's tak baik's lagi's , cannot sing today

heheheheheh

lets eats jelah hehehe








Ahad, Mei 23, 2010

BUKAN MUDAH MEMBINA REPUTASI, BOLEH MUSNAH DENGAN SEKELIP MATA : SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH SWT JUA

antara pilihan t shirt

ALHAMDULILLAH,

Bukan mudah untuk membina reputasi , perlu kerja keras , tidak mengenal putus asa, kena kuatkan semangat, jangan mudah mengalah , berdoa dan bertawakkal. Tak kira apa pekerjaan dan bidang yang kita ceburi.Cikgu ke, pengurus ke, peniaga ke, tok imam ke.Kalau tidak, kita pasti akan tewas dan tersungkur.

Alhamdulillah
aku bersyukur kehadrat Allah kerana aku dapat mengharungi semua ranjau dan duri dengan izin Allah jua.

Hari ini juga aku dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan kepada ku . Semalam aku menerima notis singkat di mana telah dilantik sebagai pembekal utama dalam menghadapi sebuah kejohanan bertaraf negeri yang bakal diadakan pada pada awal bulan Jun nanti oleh pihak jabatan atas dasar kepercayaan mereka terhadap kerja2 yang aku jalankan selama ini.

Mula2 fikirkan , banyak perkara dan masalah yg perlu aku selesaikan kerana pada awal bulan Jun nanti, aku akan mula bercuti. Namun , aku menerimanya kerana tidak mahu menghampakan kepercayaan yg diberikan kepada ku.

Selepas pertemuan rasmi semalam, aku terus menghubungi towkey kilang dimalam hari juga kerana aku tidak boleh bertangguh. T shirt untuk semua peserta perlu ditempah dan dijahit serta dicop , pakaian rasmi pegawai perlu ditempah, cenderemata juga perlu dipilih dan ditempah.Aku juga diamanahkan untuk menyediakan hadiah dan medal kejohanan.

Pagi2 lagi tadi, aku telah berkejar ke kilang di JB untuk bertemu sendiri dengan tokey kilang pakaian utuk mendapatkan kepastian . Mula2 mereka menolaknya dengan alasan kesuntukkan masa kerana perlu menyiapkan dalam kuantiti yang banyak dan cuma tinggal 2minggu lagi menjelang kejohanan. Namun akhirnya dengan izin Allah jua, mereka bersetuju dan tarikh akhir penghantaran ialah pada beberapa jam sebelum aku terbang ke SA nanti.

Setiap kali bercuti ke keluar negara, aku pasti tidak akan memadamkan hp ku kerana mana tahu, ada panggilan yg benar2 penting. Tapi biasanya, aku tak akan jawab panggilan, tapi kalau dah berdering 4-5 kali no. yg sama , terpaksa juga menjawabnya. akhirnya biasalah, bil telefon melambung bila balik kerana sistem international roaming yang perlu ditanggung oleh ku, bukan individu yg menelefonnya. Tapi nak buat mcm mana, mrk pun tak tahu aku berada dimana ketika tu .

Alhamdulillah sekali lagi, langkah permulaan utk projek ini telah diambil dan diharapkan semuanya dipermudahkan oleh Allah sebelum aku bercuti nanti.

Lepas ni baru aku fikirkan pula persediaan menu dan makanan bagi peserta2 dan pegawai sepanjang kejohanan itu berjalan.

Dalam pada tu, baik aku makan hidangan aku ni dulu, sejuk2 dan sedap serta manis sekali lepas disejukkan dalam peti sejuk.

Sedap sungguh tapai ni,
Sib baik takde tapai masak asam pedas hehehehe

Alhamdulillah