WARGA SCP

Jumaat, Julai 09, 2010

ROAD TO AFRICA : UMFOLOZI SAFARI GAME PARK part 4

ALHAMDULILLAH

Destinasi pertama kami tuju setelah 25 km memandu dalam kawasan safari ialah sebuah camp yang aku pun dah lupa nama tempatnya heheh
Biasalah, dah tua2 ni dan banyak termakan semut hehe

Kami sepatutnya menggunakan perkhidmatan 4x4 safari di situ utk menikmati secara lebih dekat lagi kehidupan haiwan di situ, tapi malangnya , perkhidmatan di situ hanya disediakan untuk pengunjung yang menginap di cottage2 yang disediakan.

Perkhidmatan terdekat dalam jarak lingkungan 25 km di Hill Top,
jadi kami mengambil keputusan bersarapan dahulu nasi goreng kampung yang digoreng sebelum kami bertolak.

Tengah2 syok menyantap, tetiba keluar meluru je wild boer a.k.a babi hutan yang bertaring ni menonong je hehehe

Patutlah ada perumpamaan , "membabi buta"
pasal babi ni memang menonong je
lagi satu untuk pengetahuan kalian ,
babi kalau jalan memang tak boleh koner2 hehehe
kat rumah kami tepi hutan, selalu juga tgk spesis babi hutan ni
tapi kat Afrika ni dia lain sikit pasal ada taring yg panjang

Ni pun boleh mendatangkan bahaya , silap hari bulan dia menyondol
kan dah membabi buta hehehe
tapi aku tak boleh tahan kalau dengar
manusia yang suka memaki
sikit2 babi
kalau kena dgn babi ni
dah jadi
"babi punya babi"
heheh
moral of the story
tak baik maki memaki ni

ranjer duk melepak

cahalet tgh safari kalau nak merasa kehidupan dlm kaw hutan
tapi kawasan ni dipagar dengan letrik
takut memalam ada haiwan yg datang cari makan

stesyen petrol kat dalam safari
jarak terdekat hampir 100 kalau minyak habis

Kembara kami diteruskan ke ke Hill Top Camp kerana niat nak naik 4x4 safari jeep tu belum kesampaian . Bukan selalu dapat peluang sebegini.

Hill Top Camp ni merupakan sebuah camp yang terletak di puncak tertinggi di kawasan safari ni. Kat sini , memacam ada mcm , boleh lepak2 sambil kena kapocino menikmati permandangan indah dengan kedinginan suhu , mau mulut berasap je keluar wap.

yea,yea, jap lagi naik benda lah ni

Sambil2 tu, aku sempat menyopingkan diri di Curios Shop yang menjual pelbagai sorvenir yang cantik2 , dapat juga aku beli beberapa benda yang berkenan dan tentulah koleksi gelas kecil ku tak ku lupakan.

dirasmikan oleh Nelson Mandela

Dalam Curios Shop
mata aku yang jadi Curios
psl semua cantik2 belaka
apa lagi, gesek le cik cc

ni kalau boleh bawak balik hehehe
nama dia Kudu

8 ulasan:

  1. salam pak itam,

    kak nab miss banyak entri pak itam...nanti kena baca semua yang terlepas tuh..

    jet-lag nih...tapi try dok upload gambar2 sikit kat fb...

    miss ceriter2 pak itam...don't worry, akak akan baca semua!!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    banyak koleksi gelas ke Pak Itam

    gelas 7up ada simpan ke

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Salam pak itam..

    So khinzir tu jarang2 dapat tgok..ni haa baru dapat tgok..jelas sikit....

    Terbayang kalu orang yg tak solat ...besok dibangkitkan rupa khinzir ni Allahuakbar...

    Terima kasih n3 yg banyak infonya...

    BalasPadam
  4. salam kak nab

    hehehe

    man,man baca

    wc dah nak habis, cite saya tak habis lagi hehe

    BalasPadam
  5. salam atuk

    hehe

    7 down ada le hehe

    koleksi gelass2 comel dan kemetot hehe

    BalasPadam
  6. salam shami

    khinzir sana muka bengis hehe

    BalasPadam
  7. Salaam Pak Itam,

    Kepala kudu tu ukiran kayu ker memang kepala dia betul2?

    VpeaceV

    BalasPadam
  8. salam kak chik

    heheheh

    betul2 punye
    haiwan ni melambak kat sini dan boleh utk tujuan pemburuan

    BalasPadam