WARGA SCP

Sabtu, Julai 10, 2010

ROAD TO AFRIKA : VALLEY OF 1000 HILLS part 1

indah sungguh alam ciptaan Allah

ALHAMDULILLAH

Satu panorama alam ciptaan Allah di Valley of a 1000 Hills yang merupakan salah satu tarikan Durban dan SA terletak di daerah KwaZulu Natal - Kingdom of Zulu.

Sebuah tempat yang masih terpelihara dan belum tercemar dengan kehidupan flora dan faunanya yang mengalirkan sebatang sungai dari pergunungan Drakenberg terus ke Sungai Umgeni dan terus ke lautan Hindi.

agaknya ini dimaksudkan 1000 hills

Sebenarnya pagi semalam kami telah bertolak ke sini, tapi GPS yang kami setting telah membawa kami ke Valley of 1000 Hills mengikut jalan kampung dan mula memasuki jalan tanah merah .

Risau juga melihat hampir 35 km lagi perlu melaluinya, lalu setelah 5 km, aku mengambil keputusan utk berpatah balik kerana mengikut tinjauan , terdapat lebuhraya ke sana .

Lalu kami menghabiskan masa seharian di Botanical Garden dan sekitar bandar Durban sahaja.

suhu 12 darjah c menyambut kami

Namun hari ini aku setting kembali dengan meletakkan destinasi utama Assaygay Game Park , barulah ia membawa kami terus membelah laluan lebuhraya yang semakin lama semakin mendaki hingga ke paras 1500 m dari aras laut.

Suasana dingin dan sejuk hampir 12 darjah c menyambut kedatangan kami




cantik cottage ni






sempat keluar kereta dlm kedinginan
merakamkan foto
di tepi lereng puncak tertinggi

16 ulasan:

  1. salam pak itam,

    cantik landscape nye....

    BalasPadam
  2. salam CL

    alhamdulillah.

    wah kak sidah ada kat sini yer. Salam kak sidah, tak mau mai umah az ke

    BalasPadam
  3. Salam pak itam. SubhanaAllah. Cantik pemandangan ini. Hebat ciptaan Allah. Seronok MI tgk gambar2 di blog pak itam.

    BalasPadam
  4. salam pak itam,

    jauhnyer pak itam pi menembak..

    BalasPadam
  5. SAlam PAk ITam,

    Cantiknya pemandangan 1000 hills. Indah alam ciptaan Allah, ruginya manusia yang suka memusnahkan alam sekitar. Pokok yg pjg2 tu spesies pokok dragonfruit ke!

    BalasPadam
  6. Assallamualaikum Pak itam,

    Betapa berbezanya pemandangan dari di tempat kita..itulah jauh perjalanan..
    Perjalanan begini perlu ketabahan, perancangan, keberanaian, kejujuran dan...kewangan
    Cantik sangat bumi Allah..

    BalasPadam
  7. salam kak sidah

    mmg cantik kak, saujana mata memandang

    kena pulak tiupan angin kuat dan tersangatlah dinginnya

    BalasPadam
  8. salam az

    nanti kak sidah sampailah, dia lambat sikit pasal tak ikut highway hehe

    BalasPadam
  9. salam MI

    mmg cantik, bumi aperika terlalu luas dan byk tempat2 yng cantik dan tenang hasil ciptaan Allah

    BalasPadam
  10. salam kak nab

    hehe

    kereta ada , tuang minyak dan setting GPS je hehehe

    alang2 dah spi negara org kak, selagi boleh ranjau, kami ranjau hehehe

    lps tu malam kepenatan hehe

    BalasPadam
  11. salam che na

    1000 hills, salah satu world heritage , penempatan kaum zulu di Phezululand

    BalasPadam
  12. salam mama nadz

    betul tu kak, kami hanya merancang , Allah yg tentukan

    alhamdulillah , hampir 95% yg kami rancang, kami sampai

    cuma St Lucia je kami tak sempat pegi kerana kesuntukan masa dan jarak perjalanan yg sgt jauh hampir 400 km

    BalasPadam
  13. Salaam Pak Itam,

    cantiknya. subhanallah.

    ni dalam daerah Kingdom of Zulu, so kiranya kaum Zulu tu ada raja ye? zaman sekarang pun depa ada raja lagi ye?

    tegak je jalannya, tak bengkang-bengkok macam kat Cameron H'lands... seronokla drive kalau lagu tu kan,...idakler fening2 lalat..heh

    VpeaceV

    BalasPadam
  14. salam kak chik

    hehe

    raja kaum zulu yg dalam buangan
    pak itam lah hehe

    jalan dia ok tak mcm pi genting atau cameron ,tak perasan kita mendaki sebenarnya

    BalasPadam
  15. Salam Pak Itam,

    Panorama yang cantik...:)

    BalasPadam
  16. salam ibu

    indah dan mendamaikan

    BalasPadam