WARGA SCP

Rabu, Januari 16, 2013

PART 28 USA : SEJUK,SEJUK,SEJUK

ALHAMDULILLAH

Semalam, kami terlambat sikit dari dari jangkaan sampai ke hotel penginapan .Kami menginap di Hampton Inn ,Flagstaff . Sampai-sampai je ,aku turun dari bakul motor dan melompat kerana tak sangka begitu dingin sekali di sini. Mulut berasap-asap macam naga .

Bini aku pun sama ,mulut dah macam "smoker" . Berlari aku menuju terus masuk ke dalam lobby hotel kerana kalau lama sikit pasti beku jadinya. Aku "check" suhu semasa , mak datuk dah hampir nak 5 darjah celcius . Mau malam ni jejak minus. 

Di sini ramalan cuaca sangat penting dalam kehidupan seharian rakyatnya dan ramalan mereka hampir tepat kerana teknologi yang mereka gunakan. Kenapa ia penting , kerana mereka pasti akan menggunakan pakaian yang sesuai ikut keadaan suhu semasa , kalau sejuk mau berbungkus depa dan kalau panas ,mau hampir terbogel pula hehehe





Hampton Inn di bawah kumpulan Hilton Hhonours terletak kira2 tak jauh dari Grand Canyon.Maka kalau nak saksikan kehebatan dan keunikan Grand Canyon ,jadi pilihan yang tepat setelah menempuh perjalanan yang jauh ialah bermalam di Hampton Inn. Jadi pepagi lepas sarap lontong dengan lodeh ,bolehlah bergerak ke Grand Canyon dalam lebih kurang 160 batu lagi. Opss, ada ke lontong dengan lodeh dan sambal kacang hahaha

Sebelum tu adalah aku riki2 kat tripadvisors apa yang best dan tak best tentangnya.Ada komplen dengan kebisingan bunyi hon keretapi dan masa aku lepak kat luar lobby ,memang sah sibuk bebenor keretapi bersimpang siur kerana di persisiran Flagsatff terdapat landasan Keretapi Grand Canyon yang sentiasa membawa kargo yang panjang bebenor sampailebih sebatu dua aku rasa gerabaknya pasal aku lihat tak habis2 lagi.

Tapi bagi aku indah sungguh bunyi hon keretapi ni i malam yang sunyi .





Macam-mana sejuk pun , malam tadi aku mandi tetap mandi walaupun bau badan masih harum walaupun seharian kerana badan tak berpeluh . Macam biasa tugas aku ialah memasak maggi in my mug hehehe 

Aku kata kat bini aku, kali ni kat US , biar aku masak tapi masak air panas dan tuang dalam maggi tu le hehehe

Mak itam macam biasa memang jenis tidur awal dan aku macam biasa tetiap malam macam burung jampuk. Kasi servis sikit kamera aku dan charge apa yang patut sambil transfer foto yang aku dah rakamkan ke dalam lappy aku. Selagi tak kul 12 lebih , selagi tulah aku tak bobok.

Tapi pagi2 lagi aku pasti dah terjaga pasal dah biasa.




Pagi lepas packing beg dan semua keperluan, kami dok sarap roti dan air je . Aku rasa dah lama aku tinggalkan quaker oat aku dan susu tepung tanpa kolestrol tu . Lepas tu apa lagi sessi "i ambik gambar u, u ambik gambar i"  kat keliling hotel . Sejuknya pagi ni mak datuk hingga kami terpaksa pakai glove kerana winter menghampir kemuncaknya namun aku takda rezeki nak bertemu dengan salji lagi.

Nampak je matahari bersinar  , tapi kedinginan memang terasa sekali bagai duduk dalam freezer.

Good Bye Flagstaff,
Grand Canyon, kau nanti kedatangan pak menakan mu.
Yeeeeee Haaaaaaaa














9 ulasan:

  1. Assalam bapak,
    saya yang nengok gambo ni pun terasa-rasa sejuknya iskkk! masyaAllah sungguh pemandangan negara depa ni kan..ni yg buat rasa nak pindah pi sana..eeee saya berangan lagi!

    BalasPadam
  2. Salam Bapak,

    Lama betol bapak di US... La ni dah balik ke belum..? jeles sungguh tengok gmbr yg cantik2 tu... Skrg visa ke US berapa ratus ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      Visa RM512
      alhamdulillah depa kasi utk 10 tahun,jadi berbaloilah
      kemudian depa cop pulak 6 bulan sekali masuk pulak

      lepas few days kat San Francisco baru jumpa jalan pulang hehehe

      Padam
    2. saya x pernah terfikir nak ke US tp bila baca citer2 bapak ni, rasa mcm seronok betol...

      Padam
  3. cantiknya... terus gigih kumpul duit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      moga tercapai nanti hajat NP
      bapak pun tak pernah terpikir nak sampai kat US ni
      semua kerja Allah

      Padam
  4. Salam bapak. Peh ni nak ke Grand Canyon pulak eh. Dalam gambaq tu nampak macam panaih tapi sejuk rupanya na. Haha bobok, comei la heh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      yup ki pi teroka GC
      bobok hehehe
      bapakkan masih budak lagi yg belumtumbuh gigi yg patah tu hahaha
      jadi mak itam nak kena bobokkan bapak hehehe

      Padam