WARGA SCP

Sabtu, Januari 19, 2013

PART 30 USA : GRAND CANYON SOUTH RIM Part 1

ALHAMDULILLAH

Akhirnya dengan izin Allah, kami sampai juga ke Grand Canyon South Rim lebih kurang jam 11 lebih.  Sedikit info tentang Grand Canyon.

Ia terbentuk secara semuajadi sebenarnya dari aliran Sungai Colorado suatu masa dulu . Terletak dalam negeri Arizona dan ia diuruskan oleh Grand Canyon National Park , Hualapai Tribal Nation dan juga puak Havasupai.

Panjangnya sahaja melebihi 446 km dah macam jarak JB dan ke Ipoh rasanya dengan lebarnya pula 29 km dan gaungnya setinggi 6000 kaki. Tu kalau sapa terjatuh dari atas , alamatnya berkuburlah kat situ . Tak sempat Tok Adi nak galikan kuburnya hehehe

Mengikut kajian para geologis, proses terbentuknya Grand Canyon ni bermula 2 billion  tahun dulu yang mana aliran sungai Colorado menghakis satu lapisan demi satu lapisan tanah dan batuannya dan kemudian berlaku pergerakan plak bumi disitu yang mengangkat batuannya pula ke atas.

Tapi itu semua pada ku adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah yang mentadbir seluruh sekalian alam dan sebab2 yang aku ceritakan di atas atas faktor kajian geologis hanya penyebabnya sahaja.Allah nak tunjukkan pada kita semua betapa hebatnya kekuasaannya dan minta kita berfikir apa yang tersirat disebalik kejadian itu.






Cuaca tengahari tu memang menyebelahi aku. Namun sebelum memasuki ke dalam Taman Negara Grand Canyon , kenalah bayar dulu tiketnya . Aku termenung sebentar kerana untuk moto roda tiga, takda pulak dinyatakan berapa bayarannya hehehe

Di South Rim Grand Canyon ni ada dua tempat yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menikmati panorama indah iaitu Mather Point dan Desert View. Tapi kerana winter, kami hanya berpeluang meninjau di area Mather Point kerana Desert View ditutup ketika winter.

Jangan tertipu dengan gambaran cuaca dan teriknya matahari di sini kerana hakikatnya keadaan terlalu sejuk sebenarnya . Lebih2 lagi dengan tiupan angin yang akan menambah kesejukkan . Kalau siapa ada penyakit pundi kencing tak kuat, sesiaplah jika asyik nak ke toilet kerana pada ku memang sejuk benar dalam 1-2 darjah celcius je. 


mak itam dah berbalut dan berbungkus tebal
aku masih mcm kebal tapi akhirnya tewas kesejukan
walaupun banyak lapis baju aku pakai kat dalam
Dengan jaket kulit dan beberapa helaian baju yang membaluti tubuh ku, namun kesejukan dan kedinginan begitu terasa. Sarung tangan tak lekang dari tangan mak itam manakala aku hanya selit je kat poket belakang seluar kerana agak sukar untuk merakamkan foto dengan tangan yang berbalut.

Kalau baju bolehlah pakai 3-4 lapis,tapi kalau seluar jeans, takkan nak pakai 2-3 lapis,maka itulah perlunya "long john" masa winter dan dipakai di dalam . Tapi aku takda "long john", yang aku pakai hanya "small john" kat dalam .

Kalian layan je beberapa foto dari ratusan foto juga yang aku sempat ambil semasa hampir 2 jam di Mather Point Grand Canyon South Rim ni hadiah dari aku sebagai satu perkongsian dalam menikmati anugerah Allah yang tak ternilai di sini untuk kita bermuhasabah diri dan menyaksikan sendiri salah satu kekuasaan Allah dalam mentadbir sekalian alam .

Insyallah,
jika ada masa ,aku akan buat beberapa n3 khas di Grand Canyon ni.

Morning America
Good Night Malaysia

Arios

Wasalam.

 









kalian nampak asap hitam tu yang datang dari North Rim Grand Canyon
asap tu dari Yavapai Point di mana puak Red Indian masih ramai lagi di Grand Canyon
yang menjadi penghuni asal Grand Canyon








versi original

versi single HDR

8 ulasan:

  1. Salam bapak. Sejuk rupanya na, nampak macam panaih ja, tertipu tipah di Mesia ni haa. Ada yg dok baling coins ke gaung tu? Depa ingat wishing well ka apa, adeh.
    Cantiknya Grand Canyon, subhanallah. Boleh nampak garis2 warna yg berbeza pada batuan2 tu ha.
    Small john pun bolehlah, bapak. Janji pakai, kahkah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      panas terik tapi sejuk sesangat
      mmg ada yg baling coins kat gaung tu wish entah apa,tu sebab depa letak signboard amaran tu

      tak boleh nak cakap betapa indahnya kat GC
      tu yang mcm manalah kaum red indian boleh tingal kat situ dengan suhu yg ekstrem

      Padam
  2. salam bang., wak Gelas tetiba teringat The Grand Canyon Skywalk (a transparent glass horseshoe-shaped cantilever bridge) tu kat tempat lai yeer? sempat x tengok?

    wahh tetibe rindu wak kat Grand Canyon jugakkk.., AhHKks

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam wak

      alhamdulillah
      projek wak dgn 50mm tu dah tammat hehehe
      tak sempat wak ikut pakej tu pasal durationnya dalam 6-7 jam mula dari pukul 6pg hingga kul 2ptg , kami sibuk nak lontar duit kat factory outlet hehehe

      Padam
  3. Salam Pak Itam ...
    Bertuahnya dapat menyaksikan salah satu ciptaaan Allah yang tiada tolak bandingannya..memang cantikkan...saya yang tengok dalam TV pun rasa cantik sangat, inikan pula Pak Itam yang menyaksikan dengan mata sendiri....Allah Hu Akhbar...!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam azi

      alhamdulillah
      bapak pun tak sangka nak sampai ke tempat mcm ni krn dulu takda agenda pun dalam perancangan kami, tapi tulah.Allah yang menentukan semuanya .

      Mak itam "racun" je ,bapak ikut je hahaha

      Jadi impian kami nak jejakkan kaki ke semua benua kat bumi Allah ni hampir terlaksana, cuma benua america selatan je mcm nak pegi, mcm tak nak pegi hehehe

      Padam
  4. Salam...

    Subbahanallah...cantik..kalo depan mata sure lagi tak terkata apa2..menakjubkan. Dulu2 saya ada belajar geology..my lecturer cakap..smua batuan kt dunia ni jalur2 yang ada menuju arah yang sama..bila tgk photo2 kat atas..terbuktilah betul ckp2 beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam zila

      alhamdulillah

      mmg tak terucap betapa indahnya GC ciptaan Allah

      Thanks kerana follow SCP

      Padam