WARGA SCP

Selasa, Januari 22, 2013

PART 32 USA : IMPIAN HAMPIR TERLAKSANA

ALHAMDULILLAH

Semua orang pasti mempunyai impian. Impian boleh kita bahagikan kepada dua bahagian. Impian di dunia dan juga impian di akhirat.

Kalau impian di akhirat, pasti setiap individu aku rasa tak kira agama terutamanya kita yang beragama islam menanamkan impian untuk memasuki syurga . Rasanya takda kut yang impiannya nak masuk neraka. Jadi untuk merealisasikan impian akhirat tu, Allah dah bagi kita satu garis panduan yang cukup mudah dan sejelas-jelasnya dan kita sebagai hambaNYA tak boleh lari dari mengikuti apa yang telah digariskan. Tapi semua itu kerja Allah sebenarnya untuk menetapkan samada kita berjaya memasuki syurga atau disebaliknya.Namun lambat atau cepat dialam akhirat nanti, pasti orang yang beragama islam akan berakhir di syurga seperti yang dijanjikan.

Tak semestinya orang islam yang nampak selekeh dan selalu melanggar perintah Allah akan berakhir di neraka nanti dan juga tak semestinya orang islam yang nampak alim akan memasuki syurga dulu kerana selagi kita bernama manusia, pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan yang sentiasa dicatat oleh kedua-dua malaikat di kiri kanan bahu kita tanpa tertinggalkan walau sebutir zarah.Kita bukan bersifat  maksum.

Memang tak dapat kita nafikan sebagai manusia yang lemah macam aku jugak pasti tak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan , namun Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Sentiasalah cuba melakukan perubahan dalam diri demi mencapai impian di akhirat kelak dengan melakukan apa sahaja suruhannya dan cuba meninggalkan segala larangannya.

Semoga kita semua sebagai umat islam akan berakhir dengan impian yang hakiki ini iaitu bertemu dan berkumpul di syurga nanti, tapi kita kenalah berusaha ke arah tersebut .

OK, itu impian akhirat.

Ini yang aku nak cerita adalah impian dunia pula. Kalau insan yang bernama manusia takda impian kat dunia ni, aku rasa kehidupan mereka "kosong,kosong,kosong" bak lagu Najwa Latif tu. Dah Allah jadikan manusia tu punya hati dan impian tu tentunya datang dari hati .Tak pernah pulak impian datang dari kaki hehehe

Ada yang mempunyai impian yang macam-macam.
Ada yang nak anak ramai,
Ada yang nak bini ramai,
Ada yang nak rambut lurus dan macam-macam lagilah hingga kalau di tulis , dari Tanah Melayu sampai Grand Canyon ni pasti tak cukup tanah.

Antara impian kami yang hampir terlaksana ialah untuk menjejakkan kami ke semua benua di muka bumi Allah ni untuk melihat kehebatan Allah mencipta bumi ini di samping melihat peradaban manusia yang hidup melata Allah letakkan di bumiNYA ini.

Alhamdulillah,
Dengan izin Allah , Benua Asia, Benua Eropah, Benua Afrika, Benua Ocenia dan kini Benua Amerika telah kami jejaki. Hanya satu lagi je yang belum iaitu Benua Amerika Selatan . Tak tahulah sempat ke tidak kerana hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Dulu dah plan nak pi tengok World Cup 2015 kat Brazil, tapi perancangan kami tak serius ke arah tu.

Kalau nak kira2 dan kumpul segala perbelanjaan kami semasa kami merealisasikan impian kami kembara ke benua2 tersebut sejak tahun 2001 lagi, pasti entah berapa bijik banglo yang dapat kami kumpul dan beli dengan wang tersebut , tapi bagi ku seperti mana yang aku katakan, kepuasan diri tak dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta kekayaan.

Bagi kami cukuplah apa yang sekadar kami ada sekarang sebagai tempat berteduh anak2 kami nanti bila kami  dah tiada. Kalau nak lebih, mereka kena cari sendiri kerana yang wajib dan asas serta yang  perlu,  telah kami sediakan. Kalau nak kira dengan segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan hanya utk kembara kami , entah sekarang aku dah pakai Ferari kot, tapi cukuplah apa yang kami pakai sekarang kerana itu sudah memadai . Aku tetap gemar bawak kereta aku yang bertampal dengan binding tape tu .Pada siapa yang tak mengenali aku pasti berkata , 

"kereta buruk bertampal2 dengan binding tape pun masih dibawanya lagi, pasti kerja kontrak bancuh simen je " 
hehehe
Kepuasan memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Kepuasan seseorang individu pasti tak sama kerana rambut sama hitam, impian lain-lain.
Yang sama impiannya macam aku kata tadi bagi org islam , tentu semua nak masuk ke syurga.

Sebenarnya hidup ini tak selalu indah tapi tak bererti kehidupan kita ini akan berakhir dengan kekecewaan selama-lamanya. Cepat atau lambat kita tak tahu dan begitu juga kesudahannya samada kesudahan yang memeritkan atau sebaliknya.

Begitu juga yang kita sangkakan kehidupan yang begitu indah dan rezeki yang banyak tak semestinya berakhir dengan "happy ending".

Begitu juga dengan kehidupan kami .
Kami pun bukan jenis belajar pandai dan sampai ke universiti .
Tapi maklumlah, bila kita tak belajar tinggi, orang pandang kita lekeh .
Bila kita hanya mampu duduk rumah sewa yang 25 ringgit sebulan sewanya masa tu, siapalah kita di mata mereka . Aku tak peduli semua tu kerana yang penting kehidupan kami sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah , tak kira masa kami susah atau senang. Itulah menjadi impian  kami masa tu.

Mana lebih penting,
mulia di mata manusia atau mulia pada pandangan Allah ??????

OK.

Ni hadiah dari aku untuk tatapan mata kalian semua lepas aku dok letak mak itam dalam bakul motor kerana kesejukkan dan aku meranjau sendirian sesorang kat sepanjang  tebing tu untuk mendapatkan koleksi terbaik buat simpanan ku .Kalau aku terjatuh dari tebing tu 6000 kaki ke bawah, pasti takda foto2 ni hehehe

Hadiah percuma dari aku dan semestinya semuanya datang dari Allah jua.Mana foto yang boleh aku kongsikan, aku kongsikan.

Semua tembakan menggunakan lens 18-200 serta Polarizer Neutral Density Filter .


































9 ulasan:

  1. Salam
    Cantiknya gambar gambar tu.
    Betul I agree.
    Kalau dah traveller tu memang traveller.
    Deep down I faham sangat maksudnya.
    Impian dunia tu.
    Kalau boleh memang nak travel seluruh pelusuk dunia, insya allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      tu yang bila tapak kaki rasa gatal je, cecepatlah pi cari tiket kapal terbang hahaha

      insyallah
      panjang umur,murah rezeki dan diizinkan Allah,pasti sampai nanti

      Padam
  2. Assalamualaikum pak itam...

    Lama tak tinggalkan jejak tp saya sentiasa follow blog scp ni. Lama gak x jumpa kat bandar hc. Moga sentiasa dikurniakan kesihatan oleh Allah swt. Wassalam.

    Hjh Amz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah
      kami sihat sejahtera

      lama tak jumpa kat hc hehehe
      kami menghaibkan diri dari HC hehehe

      sampaikan salam buat abg haji

      Padam
  3. Salam bapak. Orang yg paling banyak dosa pun pasti teringin jugak nak masuk syurga. Teringin. Semoga akan sempat insaf sebelum dipanggil pulang olehNya, amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      insyallah

      bapak pun sendiri byk dosa,dosa mata ni asyik terpandang je
      moga Allah ampunkan segala dosa kita

      insyallah

      Padam
  4. lamer tak singgah nih sebb sibuk pasal banjir (mcm MB pulak nak melawat kwsn), tengok2 pak itam dan mak itam dah jauh terbangnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe
      Kalau bulan 3 nyingah scp, rasanya kami dh terbang lagi

      Padam