WARGA SCP

Jumaat, April 30, 2010

PINTU




ALHAMDULILLAH

Bapak2, ibuk2, kakak2,adik2 apa kabhar

harap waras semua hehehe

hari ni bapak itam nak cite pasal pintu aje

sebenarnya setiap detik , masa dan waktu kita akan sering bertemu dengan berbagai rupe pintu samada kita sedari atau tidak, suka atau pun sebaliknya

ada pintu kebahagiaan,

ada pintu kejayaan,

ada pintu jahanam pun ada

yang pasti bangun pagi mesti kita jumpa pintu bilik air dulu

lepas tu pintu kereta bila nak pegi koje

tiba tempat koje, pintu pejabat pulak

pendek kata semua pintulah

tapi apakah reaksi kita dah tak tahan , jumpa pulak bilik air atau tandas yg takde pintu

sendiri mau ingatlah

hehehehe

tapi pengajaran utama yang bapak itam ingin sampaikan di sini ialah kaitan berwuduk dengan pintu syurga :

Sabda Rasullullah SAW:

“Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,
http://islamicpath.org/files/2009/02/kalima2.png
(Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya,)

akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka."

Lihat, betapa kasih dan sayangnya Allah swt kepada hambanya , dibuka kesemua pintu syurga .

Oleh itu pak itam menyeru diri pak pak itam dan para pembaca semua, marilah kita amalkan setiap kali selepas berwuduk.


21 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Terima kasih atas perkongsian ni..

    Pintu yg tu Pak Itam snap kat mana???

    Arrrrr...pintu hati pak itam lupa nak cakap ('+')..

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam.
    Terima kasih atas peringatan ini, kadang-kadang banyak benda yang kita terlupa dan sentiasa perlu diperingati...
    gambar header tu mengingatkan saya suatu masa dulu..hehe...

    BalasPadam
  3. salam from Makkah..

    ana warasss..

    alhamdualilahh...syukur punya teman cam cikgu shaari ni...meningatkan kita semua...


    syabas...bapak itam


    waslam

    BalasPadam
  4. Salam CR

    Terima kasih bapak kerana tazkirah ini...lepas ni cerita tentang pintu hati ya...macam yg Azima tanya tu...sebenarnya pintu hatinya masih.....ok Bapak(eh bila pulak CR jadi Bapak mama...hihi..)

    BalasPadam
  5. saya baru tersinggah di sini. suka pesanan ringkas tapi penuh berisi. Tapi saya ni mcm tak tahu, nak cari, dimana high castle? tak jumpa kat peta. betul ni bukan gurauan. jgn ketawakan saya yg bwh tempurung :)

    BalasPadam
  6. Salam Pak itam..

    Dalam banyak2 pintu
    Pintu hatilah yang kena dijaga hehhe
    Baik buruk ada dalam tu...Allah jar yang tahu...
    Mudah-mudahan pabila pintu hati kita terbuka ..yang ada semuanya yang baik...walaupun hakikatnya susah sebab ada makhluk tu yang duk coba2 nak pesongkan kita...
    Selagi kuat iman kita insyallah selagi tu kita waras pakk...hhehe

    Terima kasih atas peringatan. n3 yang baik lebih2 lagi dipagi jumaat yg mulia ni
    Blog pak itam antara blog yang saya suka masuk sbb banyak peringatan dan perkongsian pengalaman dapat di kutip

    BalasPadam
  7. terima kasih, besar pahala pak itam kalau ramai yang amalkan sama²

    BalasPadam
  8. salam bapak itam,

    ibuk ucapkan terima kasih kerana bisa baca tazkirah yang santai2 begini dong!

    hahaha, pak itam...boleh buah buku semua koleksi entri pak itam ni...banyak pengajaran dalam kelucuan coretan pak itam. you got the talent as a writer!!

    BalasPadam
  9. Salam Pak Itam

    ooo pintu yer. albab hheh

    nice tazkirah pagi ni

    BalasPadam
  10. salam pak itam..

    lama saya tak singgah sini,
    demam la pak itam..nasib baik jumpa pintu klinik...hehehe..

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam azima

    adalah pintu yg jadi mangsa pak itam tu hehe

    pintu hati hehehe nanti pak itam cite psl nya ye

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam arol

    kita semua manusia lemah yg kdgkala alpa

    ni mesti arol ingat masa keja dulu ye

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam mama ju

    ni jadi bapak dlm n3 ni je hehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam cl

    saling ingat mengingati perkara yg baik demi kebaikan bersama

    insyallah

    BalasPadam
  15. salam saya

    hehehe high castle hehehe

    ada terconggok kat peta malaysia heheh tapi kena carik bebetul hehe

    nanti jumpalah hihi

    BalasPadam
  16. salam shami

    alhamdulillah, ni pun cara pak itam menghibur hati sendiri dan hati org lain disamping berdakwah

    nak beri ceramah, takde permit, karang kena tangkap hehehe

    BalasPadam
  17. salam KOG

    alahmdulillah , sekadar menyampaikan sedikit ilmu yg pak itam ada

    dan antara yg berguna esok bila kita telah mati ialah ilmu yg bermanafaat

    insyallah

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam ibu nab

    alhamdulillah, saya lebih suka pendekatan sebegini dari dulu lagi

    talent
    hehee talent sebagai penulis petisyen kat tepi jalan adalah hehe

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam az

    aha , lupa pulak pintu=albab hehehe

    lama tak tgk cite ahmad albab hihi

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam hajah amz

    demam, tulah pi main hujan masa beli ikan kat pasar tani, siapa suruh hehehe

    bagaimana persiapan nak ke sana?

    tu pintu klinik kat HC ye

    spikan salam saya buat hubby

    BalasPadam
  21. Salam,

    pak itam...terimakasih krn mengingatkan...selalu lupa la Taj ni...

    BalasPadam