WARGA SCP

Khamis, Mei 06, 2010

SIMPAN JADI PEKASAM

ALHAMDULILLAH

PEKASAM

Kalau ikut kamus dewan edisi ke 3, muka surat 997
pekasam membawa maksud ikan atau daging atau sayuran dll yang diasinkan atau erti kata lain dimasamkan dan disimpan beberapa lama.

Apa yang boleh kita adaptasikan dan dikongsikan pak itam bersama kalian dari perkataan PEKASAM ini dalam kehidupan seharian kita ialah jika kita mempunyai sesuatu ilmu atau perkara yang bermanafaat yang boleh kita kongsi bersama, janganlah kita simpan ia menjadi PEKASAM kerana ilmu yang bermanafaat dan dimanafaatkan itu sangat berguna dalam membantu kita apabila kita telah tiada kelak .

Imam Muslim, Tarmizi, Nasai, Abu Daud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdoa untuknya”.

Di dalam hadis tersebut, Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan kepada kita bidang-bidang pelaburan yang pasti akan menguntungkan kerana pahalanya akan berterusan mengalir selepas kematian kita, antaranya :

"menuntut dan mengembangkan ilmu-ilmu yang bermanfaat bagi agama dan umat, menghidupkan majlis-majlis ilmu atau pengajian-pengajian, dan lain-lain usaha yang membantu ke arah perkembangan ilmu pengetahuan yang dituntut oleh agama."

Jadi kalau ada ilmu yg bermanafaat dan membawa kebaikan , janganlah disimpan menjadi PEKASAM


Ada juga simpulan bahasa menyebut

"alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan"

yang membawa maksud membuat atau melakukan sesuatu pekerjaan itu hendaklah sampai sudah, bukan alang kepalang.

Jadi semalam, pak itam dah ikut simpulan bahasa tu

"alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan"
"alang2 makan , biar makan betul2 sampai habis dan licin "

tapi semalam pak itam bukan lagi seluk pekasam tu
pak itam siap kunyah lagi

heheheheheheheh

Alhamdulillah


ikan pekasam, sedapnya

inilah rezeki kami tengahari semalam


udang dgn sayur

sup ayam

36 ulasan:

  1. salam Pak Itam

    Gambar2 tu clear betul.Nampak menarik dan terliuk...

    Sebelum terbang tu eluk buat byk2 cerita makan2...kat sana berapa lama?

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam...

    Betul tu..kita jgn kedekut ilmu..kena kongsi!!

    pak itam pun kena kongsi le menu tu..ikan pekasam dgn sayur goreng tu i like d most la pak itam..xde lauk lain pun xpe..bleh tambah n tambah...heheh

    Selamat berangkat PI..

    BalasPadam
  3. salam pak itam,

    tengah malam buta ni, lapar pula perut ni nengok lauk pauk tuh.

    kalau makan , gula naik pulak

    nasib badan oiiiiiiiiiiii

    BalasPadam
  4. sedapnya ikan pekasam...lama tak makan!

    BalasPadam
  5. salam from makkah..

    wahhh bestnyer dia makan...tak semawa orang makkah nohhh...hehehhehehe


    waslam

    BalasPadam
  6. salam..

    mak itam pasti seronok pas masak jer pasti ada photographer dah sedia dgn cameranya nk snap gambar..hehehe,masakan isteri dihargai sepenuhnya ...

    BalasPadam
  7. salam pak itam,

    amboi! makan besau dia...terliur kita pepagi nih...

    eh, apa kata pak itam buat satu blog baru...letakkan resepi & gambar2 masakan! akak minat tu..:)))

    BalasPadam
  8. ye saya seberang tambak :)
    hmm banyak nya lauk, makan brapa org?
    suka peribahasa lama tapi budak sekarang bnyk tak tau..

    BalasPadam
  9. Salam pak itam

    Hantaq mai setalam kat rawang ni bleh hehehhe

    BalasPadam
  10. dan siapa makan pekasam, pasti lekat bau di baju

    - orang yang ada ilmu, sorok² pun orang tahu juga, alang² tu baik lah kongsi sama² kan

    [percubaan utk berfalsafah, hehe] :)

    BalasPadam
  11. Salam Pak Itam,

    Hihi ikan pekasam le pullok
    Seb baik sy tak makan ikan nie..so tak terliur..
    Hari tue borak dgn CL pasal Pak Itam nye entry asam pedas haha

    BalasPadam
  12. Salam pak itam....aduh...laponya tegok lauk pauk yang mak itam masak tu...ada ikan pekasam lagi..mesti sedapkan.

    BalasPadam
  13. Salam Pak Itam,

    Alhamdulillah... ...rezeki lagi....
    (rezeki tengok je!!!)

    Bilalah agaknya dapat rasa yang betul2

    BalasPadam
  14. Salam,

    hai pak itam...bikin Taj panas hatilah....ghinduu kat pekasam nih...last kali makan pekasan dr perlis...sedap noh...

    seronok isteri pak itam memasak...coz ada org rajin nak amik gambar...

    BalasPadam
  15. Salam Pak Itam,
    sib baik tgk lepas lunch hehehheheh kalu tak pizzaaaa....kat depan pun tolak tepi kehekehekeh.....I LIKE n3 ni.....

    BalasPadam
  16. salam,

    Ikan pekasam yang akak beli masa balik Bota hari tu ada lagi 5 paket .. memang sedap dimakan, pembuka selera !

    BalasPadam
  17. zue dulu mmg x pndai mkn ikan pekasam..bila opismate bagi dan blajr cara2 memasaknya. mmg kena dgn tekak zue ni.

    kat jb...payah nak dpt.

    BalasPadam
  18. alamak...pekasam...by the way, kawan Uncle tengah dok buat ikan pekasam for export. Last week masa kat kl Uncle dah tengok packaging dia...memang cantik!

    BalasPadam
  19. waalakum salam mama ju

    insyallah 1/2 bulan

    BalasPadam
  20. waalakum salam azima

    pak itam ada ilmu mcm mana nak mamam je hehehe

    BalasPadam
  21. waalakum salam az

    sabar jelah, nak buat mcm mana kan

    makan je tapi sikit

    BalasPadam
  22. salam SAK

    ikan tu kawan dari kedah yg beri

    mmg naikkan selera makan hehe

    BalasPadam
  23. waalakum salam cl

    dah pelawa dah , siap ketuk pintu bilik 1205 lagi hehehe

    BalasPadam
  24. waalakum salam cm

    hehehe gambar tu mak itam pun tak tahu bila pak itam ambik hehehe

    pak itam sekodeng dari jauh je hehehe

    BalasPadam
  25. waalakum salam kak nab

    hehehe tak boleh

    nanti mak itam nak claim royaltinya

    hihi

    mati nak bayo nanti hehe

    BalasPadam
  26. salam mampir

    makan berdua je hehehe

    heavy lunch psl tak ambik dinner

    BalasPadam
  27. waalakum salam shami

    ok, zam zam ala kazam hehehe

    yg spi talam je, psl jin dah makan lauknya hehe

    BalasPadam
  28. salam KOG

    wah2 KOG dah boleh jadi dr falsafah hehe

    BalasPadam
  29. waalakum salam syima

    syima dan cl bergosip2 psl asam pedas pak itam di mekkah ye hehehe

    mesti cl kata masuk buku 3-5

    BalasPadam
  30. waalakum salam MI

    ikan pekasam tu naikkan selera makan MI hehe sedap

    BalasPadam
  31. waalakum salam ibu sayang

    insyallah, kalau bertandang ke HC jika ada rezeki, boleh kita makan sesama

    BalasPadam
  32. waalakum salam taj

    panas hati takpe, jangan hati panas hehe

    pak itam candid gambar tu hehehe

    BalasPadam
  33. waalakum salam rni

    ada tak pizza baru jenis pizza top up pekasam hehehe

    BalasPadam
  34. waalakum salam kak sarina

    betul tu kak, pembuka selera sampai asyik terbuka je hehehehe

    BalasPadam
  35. salam zue

    kat johor ada rasanya, tapi susah nak cari

    ikan tu kawan dari kedah yg kasi

    BalasPadam
  36. salam uncle

    wah2, ikan pekasam dh terkenal seantero dunia

    mesti diexport ke timur tengah tu

    BalasPadam