WARGA SCP

Rabu, Januari 02, 2013

PART 16 USA : JAHANAM STYLE NOT GANGNAM STYLE

ALHAMDULILLAH

Viva Vision Canopy ni hampir 90 kaki dari lantai. Jadi kalau nak lihat apa yang ada dipaparkan, kenalah dongak ke atas. 1995 adalah tahun pertama ia beroperasi . Menawarkan gambaran yang jelas dengan screen resolusinya dengan hampir 16.7 juta warna. Manakan tidak, hampir 17 juta sahaja dihabiskan untuk tujuan tersebut.

Namun jangan terperanjat jika kali pertama ke sini kerana terdapat "bar" yang di sini menyajikan wanita dengan topi koboi tapi hanya berbikini. Dalam istilahnya hanya  "2 pieces" . 

Aku tak heran pun koboi wanita yang menari atas meja bar tu hanya dengan "2 pieces" dan hanya mengerling je hehehe

Yang halal "no pieces" ada aku bawak hahaha

Sekali terpandang tak sengajakan, tapi kata tok guru jangan berkelip matanya, kalau berkelip kira dah tak sengaja dan dah dua kali pandang .


Jahaman Style not Gangnam Style

Kalau nak tahu, beginilah corak  kehidupan mereka tapi mereka sendiri bukan umat islam yang takda hukum-hakam. Namun yang membimbangkan ialah umat islam di negara kita sendiri yang ada hukum-hakam cuba meniru gaya hidup mereka ini . 

Itu lagi membimbangkan hingga ada antara penganjur parti-parti liar di negara kita terdiri dari mereka yang mengaku islam dan yang pengikutnya juga dari kalangan orang islam.

Tu belum lagi ada penari2 tiang terdiri dari gadis beragama islam.
Moga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada kita semua agar tidak tersesat .

Jauh perjalanan, luas pengalaman.
Jadi mana yang baik  jadikan teladan manakala yang tidak elok jadikan sempadan agar tidak tersesat di kemudian hari.

Insyallah

















6 ulasan:

  1. Salam bapak. Err rasanya macam pernah ada dulu gadis penari tiang beragama Islam di Malaysia, pernah keluar dalam Harian Metro tapi dah kena tangkap dah kot.
    Cekap la bapak tembak gambaq gadis koboi dengan two-piece tu tanpa berkelip mata, kihkih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      penembak pro gred AAA je yang boleh tembak tanpa kelip mata hahahahahah

      Padam
  2. Salam.
    Hebat perjalanan Rezeki ni....awat tak main takraw kat LV?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam uncle


      kalau saya pakat main takraw, menangis tokey judi pasal semua meja lengang nanti kat LV hehehe

      uncle lagi hebat menguruskan rombongan le Bali tu utk pemain2 bola tu , bukan senang nak uruskan semua keperluan

      saya baca tulisan uncle psl bawak team tu ke Bali tapi tak sempat nak ngomen hehe

      Padam
  3. alhamdulillah..rezeki dpt melihat negara org..kalau tpt2 mcmni kt akn rasa kita xkan boleh jade kepunyaan mrka disebabkan gaya hidup yg sgt bertentangan dan hnya mencari murka Allah..nauzubillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah


      mana yg baik kita jadikan teladan
      yang sebaliknya kita jadikan sempadan

      Padam