بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
suasana pagi yang indah
dengan langit yang membiru
memasuki pintu utama King Abd Aziz
Aku cukup bertuah sekali kerana aku bisa menghabiskan waktu dhuha dengan solat menghadap Baitullah saban pagi . Macam biasa nanti lepas sarapan pagi selepas pulang suboh , aku akan memasuki Haram semula untuk menikmati Baitullah dengan perasaan yang tenang dan mendamaikan .
Langsung takda rasa jemu sambil melaksanakan solat dhuha di lantai Kaabah.
tangga ni tempat kesukaan
jemaah lepak mengadap Baitullah
Memang suasana ketika itu macam biasa tidak terlalu sesak berbanding malam hari. Ramai yang berjaga sepanjang malam akan tidur disebelah paginya . Itu menyebabkan keadaan setiap pagi di situ akan begitu tenang dan mendamaikan menyebabkan aku takkan melepaskan peluang untuk berada di sana.
Dari Abu Hurairah R.A yang meriwayatkan
sabda Rasulullah S.A.W
"Sesiapa yang mengerjakan solat dhuha dengan istiqamah, nescaya
akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah sekali pun dosanya sebanyak buih di lautan"
penjuru rukun yamani
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat sekali dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan iaitu puasa tiga hari tiap bulan, dua rakaat Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Sabda Nabi Muhammad SAW :
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”
(HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Solat sunat Dhuha boleh dilakukan pada ketika waktu matahari sedang naik. Anggaran masanya adalah 28-30 minit selepas waktu syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.20 pagi dan ditambah 28-30 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 7.50 pagi hinggalah sebelum zohor nanti.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik dalam tinggi segalah atau kiraan 7 hasta yang bersamaan 3 meter, lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
“Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba', di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda;
“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”
(HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
Antara surah-surah yang dianjurkan untuk dibaca bagi yang bersolat Dhuha 2 rakaat ialah ayatul kursi sebanyak 10 kali pada rakaat pertama diikuti surah Al ikhlas sebanyak 10 kali juga di rakaat ke 2 .
Bagi yang hafal surah As Syams , bolehlah dibaca mengantikan Ayatul kursi tu tadi dan dikuti dengan surah Ad-Dhuha di rakaat ke dua atau Surah Al Lail di rakaat pertama dan surah Al Isyirah di rakaat ke 2.
Solat dhuha ini boleh kita lakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ialah lapan rakaat.
1.27 tengahari waktu Malaysia
8.27 pagi waktu Mecca
sedang elok waktu dhuha
Sedikit perkongsian dari aku utk semua yang tak seberapa kerana dulu-dulu , aku pun tak dapat istiqamah dan sering mengabaikan amalan-amalan sunat yang disangat-sangat dituntut masa aku muda .
Namun Alhamdulillah sejak beberapa tahun lalu selepas aku pulang dari mengerjakan haji 6 tahun yang lalu, Allah telah memberikan aku masa dan kelapangan serta kekuatan buat aku untuk terus istiqamah melakukannya .
Aku sungguh bersyukur kerana Allah masih beri aku masa, peluang dan umur serta usia dan kesihatan untuk aku melakukannya berbanding ketika aku muda-muda dulu dan Allah bagi aku peluang untuk aku memperbaiki diri serta dapat mengamalkan amalan yang sangat dituntut yang jarang aku lakukan ketika usia muda ku.
Aku mohon keampunan dari Mu Ya Allah
Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Amat Menyayangi