ALHAMDULILLAH
Lepas aku beredar keluar dari Hijir Ismail, lantas menuju ke laluan saei antara Safa dan Marwa. Aku nanti je kelibat mak itam dan anak-anak pistol aku kerana pasti mereka akan melintasi aku nanti. Bagai diduga, kelibat mereka muncul menuju ke bukit Safa untuk pusingan ke 6 dan satu lagi pusingan untuk ditamatkan di bukit Marwa nanti.
Aku pun samalah ikut sekali . Barang diingat TIADA SAEI SUNAT sebagaimana TAWAF SUNAT. Aku katakan demikian kerana sebenarnya masa aku saei tadi sesorang , dengan izin Allah aku terlihat kelibat dua orang pemuda melayu kita dok saei dari Safa - Marwa , Safa - Marwa memakai pakaian biasa sahaja tanpa ihram.
Bukit Marwa
Dalam pada tu aku tertanya-tanya dalam hati,
Dari pemuda tu berulang alik antara Safa ke Marwa tanpa dapat apa2 pahala , lebih baik mereka lakukan Tawaf Sunat kerana sah-sah Tawaf Sunat Allah dah janjikan pahalanya.
Dua tiga kali aku berselisih dengan mereka dan hati ku dah terdetik nak bertanya.Aku rasa Allah nak duga aku samada aku berani menegur atau pun tidak kerana dalam ramai2 pagi tu,asyik ternampaknya kelibat pemuda tu berdua .
Namun aku padamkan niat tu dan serahkan pada Allah kerana nanti aku tak mahu niat baik aku nanti disalah anggap oleh mereka pula dan tak mau mereka mengganggap aku nak tunjuk pandai pula.
Aku hanya mampu menegur dalam hati sahaja .Aku insan yang banyak kekurangan dan kelemahan dan rasa tak cukup layak lagi untuk menegur kerana takut disalah anggap nanti .Namun kalau ada yang bertanya tentang sesuatu kemuskilan,insyallah aku akan bantu dan jawab.
Memang perbuatan mereka bersaei tu tadi tak lah salah dan hingga menyebabkan berdosa , namun itukan sia2 je namanya.
Kerana salah pemahaman dan kurang ilmu ni, ada yang beranggapan jika ada tawaf sunat ,pasti saei sunat pun ada.
Kerana salah pemahaman dan kurang ilmu ni, ada yang beranggapan jika ada tawaf sunat ,pasti saei sunat pun ada.
Bukit Safa
Kalau dalam musim umrah bagi jemaah lelaki selain dari yang mengambil upah menolak kerusi roda, pasti ihram sentiasa terlekat di tubuh badan mereka semasa bersaei berbanding dengan musim haji yang dah lakukan tahallul awal selepas melontar di Jamratul Aqabah, mereka dah boleh buka ihram walaupun tak terlepas semua pantang larang lagi.
Masa tu mereka dah boleh lakukan tawaf ifadah dengan pakaian biasa dan begitu juga dengan saei. Tapi ni bukan musim haji dan semestinya kalau ikut turutan rukun-rukun umrah, lepas tawaf diikuti dengan saei dengan pakaian ihram juga baru bergunting serta tahalul.
Ingatan buat diri sendiri serta anak-anak ku,
tuntutlah ilmu pekerjaan umrah dan haji ni betul2 dan janganlah jenis ikut-ikut je kerana jika tidak , berlakulah nanti sepertimana peristiwa aku bertemu dua orang pemuda ni yang melakukan "saei sunat". Aku cuma bersangka baik je dan harap mereka cuma melakukan riadah di antara safa dan marwa.
OK, depa bertiga dah selesai saei ,
Alhamdulillah tapi masa yang diambil agak lama juga kerana anak jantan aku ada masalah sikit injury kat lututnya akibat main futsal . Aku pula dah stanby SR50 jika kecederaan lutut abang tu makin menyebabkan kesakitan masa saie nanti dan upah je budak arab nanti sorong. Tapi alhamdulillah, abang dapat habiskan juga saei ,cuma lambatlah sikit.

abang dah keletihan
lututnya injured pasal main futsal kat sekolah tempohari
hari tu pengelangan tangan retak sikit
biasalah anak tengah nak membesar
selalu abang dok edit gambar kenakan akak dia
laaa ni apak edit tambah penutup mata tu kat abang hehehe
adik dah edit gambar akak kat pet-pet
jadi mcm ni
hehehe

Sedikit lagi perkongsian, pengalaman, ilmu umrah dan haji ni sangat penting dan perlu dipelajari dengan sedalam-dalamnya. Sebagai contoh , kalau kita nak ke Paris atau New York, just kemas barang dan terbang je berbanding dengan nak pergi ke Tanah Suci dan takdanya nak fikir "datang bulan" ke terutama bagi orang perempuan ketika itu kerana kalau datangnya "bulan" tu tadi, just tempek je la hehehe
Tapi kalau ilmu tak cukup dan datang "bulan" ketika nak bertolak ke Makkah dari Madinah, tu yang ada sampai bagi yang perempuan yang kurang ilmunya terus tak mau pasang niat umrah kerana mungkin pemahamannya tak boleh berniat umrah kerana keuzuran tadi.Tu belum lagi kerana pernah terjadi sebenarnya peristiwa yang perempuan dalam ihram tak mau pakai bra dan seluar kecik kerana katanya berjahit sedangkan larangan dalam ihram tu hanya untuk lelaki je hehehe
Aku ni pun yang Allah bagi peluang dapat selalu ke sini jugak rasa ilmu yang ada di dada aku ni terlalu cetek dan akan buat ulangkaji dan membaca sebagai persiapan lebih awal setiap kali nak pergi ke Tanah Suci kerana aku tetap merasakan ilmu yang Allah pinjamkan untuk aku masih tak cukup lagi dan aku akan sentiasa bawa bersama buku panduan Umrah dan Haji sebagai bahan rujukan jika terdapat kemuskilan yang timbul. Ilmu dalam diri ni mesti selalu dibaja dan diperbaharui kerana dah semestinya kita kan manusia yang lemah .
Alhamdulillah
Semua rukun umrah dan yang disunatkan juga dah selesai . Balik ke Al Massa untuk bersihkan diri, rehat-rehat jap kerana nanti zohor nak ke Masjidil Haram semula .

keluar ikut pintu king Abd Aziz
terus je
Salam bapak. Banyak ilmu pengetahuan yg saya dapat dengan baca entri bapak pasal umrah ni, alhamdulillah.
BalasPadamBaru saya nak tanya, awat mata anak bapak tu tapi rupanya, kehkehkeh!
Waalaikumsalam ciku
PadamAlhamdulillah
moga dapat memberi manafaat
hehehe kali ni apak dia edit tambah penutup mata tu
salam..
BalasPadamterima kasih. banyak ilmu yang saya dapat dari sini. tenkiu again bapak!
Waalaikumsalam
PadamAlhamdulillah
Itulah yg diharapkan agar sedikit ilmu yg bapak sampaikan dapat memberi manafaat buat semua
Salam pak
BalasPadamTq kerna tak jemu sharing dengan kita keikhlasan pak menunaikan umrah
Semoga pak sefamili dirahmati ALLAH sentiasa.
Waalaikumsalam
PadamAlhamdulillah
berkongsi sedikit ilmu dan cerita yang tak seberapa buat semua sebagai sebahagian dari tujuan bapak menulis di SCP
moga keluarga ibu juga sentiasa dalam kerahmatan dan perlindungan Allah, Insyallah
Assalamualaikum Tn Hj,
BalasPadamBenarlah apa yang diperkatakan oleh Tn Hj dimana kita perlu mendalami ILMU sebelum pergi menunaikan UMRAH ataupun HAJI dan jangan mengambil ringan........
Kalau tidak akan berlakunya ikut-ikutan bila melakukan sesuatu Ibadah........
Waalaikumsalam tn hj
Padamjangan kita jadikan umrah sebagai trend sama mcm pegi holiday tanpa mendalami segala ilmu yang sepatutnya yang berkaitan dan ambil ringan kerana takut pahala yang diraih tapi sebaliknya kita hanya mendapat penat dan lelah sahaja