ALHAMDULILLAH
Selepas selesai urusan di Pasar Kurma, kami sekali lagi menuju ke Masjid Nabawi untuk solat asar pula. Kelihatan jemaah berpusu2 ketika itu ,namun dah jadi kebiasaan jemaah yang kebanyakkannya suka solat di bahagian luar belakang Masjid Nabawi berbanding dalam masjid.
Itu yang kita nampak macam dah penuh sedangkan hakikatnya bahagian dalam masih terdapat banyak kekosongan. Mungkin mereka malas nak ke dalam kerana kalau nak kira dari bahagian belakang hingga ke bahagian depan, mau satu dua kilometer lebih juga . Tapi apalah yang nak kirakan sangat kalau nak beribadat sedangkan kalau jalan-jalan dalam shopping kompleks atau sebagainya berpusing2 tentu jaraknya lebih dari itu.
menuju Masjid Nabawi
saf kat bahagian luar
dalam banyak lagi ruang yang kosong
Jika dulu musim haji , kami akan bermastautin dalam 9-10 hari juga di Madinah dan kalau pergi umrah dulu mau 2-3 hari juga di Madinah, kali ini hanya berada di bumi Madinah Al Munawwarah sehari je untuk persinggahan kali ini kerana kami dah rancang nak lama sikit berada di Makkah dan kami pun ambil penerbangan terus dan terus memasuki Makkah tempohari dan juga balik pun dari Makkah juga .
Lagi pun kami tak ikut mana2 pakej yang macam kebiasaannya akan tiba di Jeddah dan naik bas ke Madinah pula dan setelah beberapa hari baru pegi ke Makkah pula.
Namun atas rasa rindu dan kecintaan kami kepada Baginda Rasulullah , apalah sangat jika kami nak bandingkan dengan
SR 2k yang dikeluarkan hari ni khas untuk lawatan sehari ke Madinah kerana wang itu pun datangnya dari Allah S.W.T jua dan dibelanjakan kira ke jalan Allah untuk menziarahi Makam Baginda Rasulullah dan para sahabat dapat menghirup udara segar bumi Madinah sekali lagi selepas kali terakhir tahun Jun 2011 di sini dari Istanbul masa tu.
Banyak sebenarnya manafaat hasil dari persinggahan kami menziarahi makam Rasulullah walaupun sekejap . Cuba kita renungkan hadis-hadis di bawah ini sebagai panduan .
Lagi pun kami tak ikut mana2 pakej yang macam kebiasaannya akan tiba di Jeddah dan naik bas ke Madinah pula dan setelah beberapa hari baru pegi ke Makkah pula.
Namun atas rasa rindu dan kecintaan kami kepada Baginda Rasulullah , apalah sangat jika kami nak bandingkan dengan
SR 2k yang dikeluarkan hari ni khas untuk lawatan sehari ke Madinah kerana wang itu pun datangnya dari Allah S.W.T jua dan dibelanjakan kira ke jalan Allah untuk menziarahi Makam Baginda Rasulullah dan para sahabat dapat menghirup udara segar bumi Madinah sekali lagi selepas kali terakhir tahun Jun 2011 di sini dari Istanbul masa tu.
Banyak sebenarnya manafaat hasil dari persinggahan kami menziarahi makam Rasulullah walaupun sekejap . Cuba kita renungkan hadis-hadis di bawah ini sebagai panduan .
من زار قبري وجبت له شفاعتي
Maksudnya:
Sesiapa yg menziarahi kuburku maka dia wajib mendapat syafaatku.
(Hadis Riwayat Dar Qutni)
من زارني في المدينة محتسبا كنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة
Maksudnya:
Sesiapa yg menziarahiku di Madinah dgn mengharapkan pahala, maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untuk membelanya pada hari kiamat.
(Hadis Riwayat Baihaqi)
من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي
Maksudnya:
Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup.
Maksudnya:
Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup.
(Hadis Riwayat Dar Qutni)
dalam banyak ruang kosong
dah moden isi air zam-zam guna pam macam kat stesyen minyak je
tu pam merah macam minyak shell je hehehe
tu pam merah macam minyak shell je hehehe
Usai solat asar, kami lakukan ziarah wada' atau ziarah perpisahan buat penghormatan untuk Baginda Rasulullah S.A.W. Kekadang ramai orang yang kali pertama ke sini keliru adakah ziarah wada' tu wajib sama seperti tawaf wada' semasa nak tinggalkan Baitullah Al Haram dan bumi Makkah.
Ziarah Wada' ini hukumnya sunat sahaja sebagai penghormatan dan tanda perpisahan dan berdoalah agar Allah mengurniakan kita rezeki dalam apa jua bentuk sekali pun seperti rezeki dari segi keewangan,masa, kesihatan dll agar dapat kita bertandang lagi ke bumi Madinah Al Munawwarah dan dapat menziarahi lagi Baginda Rasulullah.
Aku tinggalkan Masjid Nabawi dengan perasaan yang bercampur baur akibat perpisahan ini dan berharap agar perpisahan ini tidak berlanjutan bertahun-tahun lamanya dan semoga Allah menjemput kami kembali dengan secepat mungkin untuk bertandang ke bumi Madinah dan bumi Makkah yang penuh dengan keberkatan ini.
Selamat Tinggal Rasulullah ,
Selamat Tinggal Masjid Nabawi,
Aku pasti merinduinya.
Saya juga merinduinya. InsyaAllah saya akan ke sana bersama keluarga bulan depan :)
BalasPadamMoga dipermudahkan perjalanan kak nanti, insyallah
PadamSalam Bapak,
BalasPadamAlhamdulillah..semoga ke hadapan nanti kita masih berpeluang menjejak halamanNya..saya masih berusaha memenuhkan tabung nak beli tiket nak menjenguk rumah Allah ini dan bermunajat kepadaNya..doakan ya.
Waalaikumsalam
PadamInsyallah, kita sama2 berdoa agar selalu dijemput menjadi tetamuNYA
Pasti usaha murni nak ke sana sentiasa dipermudahkan nanti
Assalamualaikum
BalasPadamSaya sentiasa merindui Madinah, saya tidak pernah bersolat diluar masjid rasa rugi pulak datang jauh2 hanya bersolat diluar...semoga allah memanggil saya menjadi tetamunya lagi
waalaikumsalam
PadamInsyallah dgn izin Allah, pasti dijemputNYA ke sana nanti
berada dalam Masjid Nabawi , tenang dan damai seperti Nabi Muhammad katakan yang bumi Madinah bumi yang tenteram
mengimbau kenangan lalu saya!
BalasPadamtempat jatuh lagi dikenang,
Padaminikan pula tempat uncle pernah cari rezeki di situ suatu masa dulu
salam bapak..
BalasPadamhati terpaut pada Masjid Nabawi..indah sungguh! :-)
waalaikumsalam
Padamalhamdulillah
kalau dah berada depan mata dan berada di sana, pasti lagi jatuh cinta dengan bumi Madinah
Salam bapak. Satu hari nanti, in syaa Allah :)
BalasPadamwaalaikumsalam ciku
Padaminsyallah
bapak doakan
Assalamualaikum bapak..
BalasPadamsaya mengikuti crita2 bapak di sini... ada crita yg membuatkan saya tersenyum sorang2...suke sangat.. saya nak bertanya ngan bapak sikit.. klu bapak pergi tanpa pakej.. mcmana cara nak dapat kan visa umrah dan boleh tak bapak berkongsi pengalaman cara2 bapak menguruskan booking hotel,transport dan apa yg perlu kita buat klu pergi tanpa pekej... harap sangat bapak boleh berkongsi pengalaman umrah tanpa pekej...