ALHAMDULILLAH
Lepas selesai semua urusan yang sepatutnya di Masjid Nabawi selepas zohor, aku pun cakap kat Abdul Karim yang kami nak pegi "picnic dan mandi manda" dan minta dia carikan tempat yang sesuai. Lepas tu Abdul Karim puaslah dail HP dia tanya kekawan dia mana tempat yang sesuai untuk bawa kami . Lepas sorang-sorang dia telepon kerana dia bukan penduduk Madinah dan dia tak tahu mana tempat yang sesuai dan paling "best" nak bawa kami untuk "mandi-manda".
Dia dok cakap arab dgn kekawannya dalam HP dan yang aku paham ayat lastnya "mandi-mandi".
Lain sepatah haram aku tak paham .
Aku risau jugak yg manalah tahu dia salah faham apa yang aku maksudkan, pengabis dia bawak kami pi mandi entah kat mana hehehe
Aku risau jugak yg manalah tahu dia salah faham apa yang aku maksudkan, pengabis dia bawak kami pi mandi entah kat mana hehehe
Untuk pengetahuan kalian, cara aku berkomunikasi dengan Abdul Karim dah macam ayam dengan itik , cuma nasib baiklah dia paham adalah sikit2 bahasa inggeris dan aku faham sesikit bahasa arab. Jadi bolehkan kami bual sikit-sikit.
Luar Restoran, kereta towkeynya kot
Akhirnya lepas pusing dalam 10-20 minit, sampailah kami ke tempat kami nak "picnic dan mandi-manda tengahari tu. Dari luar memang takda gaya tempat "picnic dan mandi-manda langsung". Masuk ke dalam di tingkat atasnya , tersedia banyak bilik2 kecil buat sesiapa yang "nak picnic dan mandi-manda" yang dipisahkan kepada dua bahagian besar .
Satu bahagian terdiri dari banyak bilik2 kecil buat yang datang bekeluarga dan kira satu mahram dan satu bahagian lagi terdiri dari banyak bilik jugak buat golongan lelaki sahaja. Kami kena masuk ke bahagian untuk keluarga je.
Suasana restoran di sini berbeza sama sekali dgn kat Tanah Melayu yang kalau kita masuk je sesebuah restoran, pasti didepan kita kerusi meja dan pelanggan manakala kat sini takda tu semua. Yang pasti pelanggan ramai,tapi semua dok makan kat dalam bilik-bilik kecil yang tertutup dan berpintu.
Suasana restoran di sini berbeza sama sekali dgn kat Tanah Melayu yang kalau kita masuk je sesebuah restoran, pasti didepan kita kerusi meja dan pelanggan manakala kat sini takda tu semua. Yang pasti pelanggan ramai,tapi semua dok makan kat dalam bilik-bilik kecil yang tertutup dan berpintu.
OK, untuk kami berempat acara kami untuk "mandi-manda" tengahari ni , aku order 2 dulang . 1 dulang untuk hidangan ayam mandi dan satu dulang lagi untuk kambing mandi sementara untuk Abdul Karim dia je, aku orderkan sedulang kambing mandi . Tapi kerana bukan mahram, dia kena makan kat bilik lain .
selamat menjamu mata
kalau sesiapa teringin laaaa ni
tak dapek den nak nolongnya
hehehe
kambing mandi
yang hitam tu hatinya yang dipanggang dan dibakar
yang hitam tu hatinya yang dipanggang dan dibakar
satu dulang kambing mandi
satu dulang ayam mandi
"No table and chair" dalam bilik tu dan kira dok bersila atas karpet yang sofanya jenis sofa arab keliling bilik tu. Bermula lah episod "picnic dan acara mandi-manda kami dan berhempas pulas juga kami nak habiskan dua dulang tu . Kejap aku kuak lentang, kejap gaya kupu-kupudan kejap gaya bebas nak ngabiskan.
Rasanya,
Alhamdulillah. Sedap sangat dan nasinya boleh dimakan dan ditelan begitu sahaja. Kambingnya pula memang sedap dan ada hati kambing sekali dia letak . Ayam mandinya pula jenis dibakar .Beza rasanya yang aku dok selalu makan kat Tanah Melayu kerana ini original punya di Tanah Suci Madinah.
penuh lemak kambing tu , tapi punyalah sedap
Aku dan anak jantan aku "mandi dengan kambing" sementara mak itam dgn anak pompuan aku "mandi dengan ayam " . Cuma pilihan minuman je tak banyak . Dah jadi budaya mereka yg pilihan minumannya laban dan pepsi.
Aku dan anak jantan aku kira "game" dulu sementara mak itam dan anak pompuan aku terkial2 nak habiskan . Lepas tu aku sempat turun bawah pi dapur tengok bagaimana mereka masak dan menyediakan hidangan. Ayamnya dibakar kat satu dapur besar gunakan arang yang menjadikan rasa dan keharumannya tak boleh nak cerita.
Aku rasa kenyang sungguh dan malam nanti dah tak payah makan, tapi aku tak boleh bayangkan yang Abdul Karim boleh habiskan sorang2 sedulang kerana portionnya besar . Tapi dah jadi perut arab yang memang boleh makan banyak sebegitu, rasanya licin dulang tu.
Kalau tetiap hari macam ni, mau maju ke depan perut aku lepas ni hahaha
dapur besar bakar ayam
sorang pekerjanya dok rehat dan makan kat dapur
Kenyang sudah dan hajat nak "picnic dan mandi-manda" kat Madinah dah tercapai sudah dengan izin Allah. Keluar dari restoran yang dari luar aku pun tak sangka itu sebuah restoran, dua orang mamat arab ni dok terserempak aku tengah shot beberapa keping foto sekitarannya.
Depa pun menawarkan diri nak jadi model sambilan aku tengahari tu dan siap posing lagi. Memang kebanyakkan pemuda2 mereka yang aku temui ni kira sporting dan selalu menawarkan diri untuk dirakamkam potret mereka .
Ok, kemana kami lepas ni .
Pasti pasar kurma kerana kami memang nak beli kurma dan seangkatan dengannya di Pasar Kurma Madinah.
Alhamdulillah.
dua model sambilan
kof pa = stop
jauh larinya
jauh larinya
Abdul Karim setia menunggu kami
Salam bapak. Adoi sentap tengok acara mandi-mandi tu, tak bleh tahan. Macam boleh capai ja kat skrin ni, terasa2 dalam mulut, adoyai..
BalasPadamwaalaikumsalam ciku
Padammamam je skrin tu hehehe
Salam bapak,
BalasPadamdah agak dah acara mandi-mandi ni membabitkan kambing dan ayam kan..masyaAllah nasi mandi ni memang sedap, makan gitu dengan lauk tanpa kuah pun tak hirau dah kalau ribut pasir berlaku luar restoran kan. saya sempat merasa beberapa kali masa kat makkah tu..kat KL kalau bapak nak merasa mandy rice ni sila p hadramawt restoran kat chulan square..ini pioneer punya restoran..
waalaikumsalam
Padambapak selalu pegi yg kat jalan ampang tu , Hadramawt baru bukak kat situ dalam 2-3 bulan
Salam pak
BalasPadamYa allah terliur saya tgk mandi manda tu.
Nak ajak la husband gi makan kambing mandi.
Yummy
waalaikumsalam
Padampi la ajak pekena bang sepinggan dua
tapi jangan pi mandikan kambing , udah le hehehe
Hahaha
PadamSedapnyaaaa nasi mandi, kat KL selalu makan kat Saba tentu sedap lagi nasi mandi Madinah :)
BalasPadampernah sekali makan kat Saba area cyberjaya tu lps balik dari KLIA, tapi rasanya tak berapa umphhhhh
Padamkat sini punya lagi terangkat
Assalamualaikum Tn Hj,
BalasPadamMelihat gambar Nasi Mandy di N3 Tn Hj, mengingatkan kembali semasa menunai Haji sempat pesan 3 nasi tersebut untuk dimakan di dalam bilik penginapan 6 orang....Akhirnya terpaksa hantar ke bilik kawan yg berdekatan oleh kerana nasinya terlalu banyak......tetapi kambingnya memang menyelerakan........
waalaikumsalam
Padammmg nasinya banyak , portion org arab mmg besar2 sebab depa kuat makan