بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Namun kesedaran untuk melaksanakan salah satu tuntutan islam ini telah mula timbul dalam diri walaupun ada juga kalangan mereka yang buat endah tak endah je dan cuba mencari pelbagai alasan atas faktor "kemampuan" sedangkan kereta baru silih bertukar ganti saban tahun dan "belum sampai seru" sedangkan seru "ke kota London" datang saban tahun.
Inilah hakikatnya yang walaupun pedih namun perlu kita jadikan sebagai renungan dan paling penting sebagai peringatan buat diri kami sekeluarga insan yang lemah agar tidak lupa dan lalai dengan urusan dunia dan sentiasa menanamkan impian dalam hati agar Tanah Suci Makkah dan Madinah sentiasa dalam "wish list" kembara kami .
Sebagai ingatan, tidak pernah pula kita dengar ada yang jatuh miskin atau papa kedana selepas pulang menunaikan umrah atau haji .
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Meninggalkan Bir Ali dengan iringan talbiah dan bersyukur kerana kami diberi lagi kesempatan untuk menjalani ibadat umrah bersama-sama nanti walaupun keletihan amat terasa kerana seharian berada di bumi Madinah Al Munawwarah.
Memang kali ini perjalanan kami menjalani ibadat umrah merupakan satu kenangan dan sejarah buat kami . Macam yang aku katakan sebelum ini dalam n3 terdahulu, walaupun Allah selalu bagi kami peluang menjadi tetamuNYA , namun tiap kali kunjungan kami ke Tanah Suci, pasti ia merupakan suatu pengalaman baru buat kami dan kami tak pernah jemu untuk sentiasa memenuhi jemputan Allah ini.
Buat julung kalinya juga, kembara kami ke Tanah Suci dimulai di Makkah dan akan berakhir di Makkah juga. Jika kunjungan sebelum ini , selepas tawaf wada' , maka selang 1-2 tahun juga baru menerima jemputan Allah , tapi kali ini dengan izin Allah, kami menerima jemputannya sekali lagi dalam hari yang sama selepas tawaf wada' disebelah paginya tadi.
Mengapa kunjungan jemaah ke tanah suci sering dikaitkan dengan perkataan "jemputan atau tetamu Allah". Ini kerana kunjungan ke Tanah Suci Makkah untuk menjalani ibadah umrah atau haji berbeza sama sekali dengan kunjungan kita ke Kota London atau New York kerana jika kita berkemampuan, sekelip matanya kita boleh berada di kota2 tersebut, tapi untuk kita dijemput menjadi TetamuNYA, berkemampuan kita dari segi wang ringgit dan apa saja tidak akan menjamin kita dijemput menjadi TetamuNYA .
Hakikatnya sekarang senarai menunggu untuk menunaikan fardhu haji buat masa kini pula telah mencecah hampir ratusan ribu orang dan mencecah giliran ada yang hampir 25 tahun lagi bila tiba gilirannya. Namun jika Allah dah "keluarkan surat jemputan" untuk kita menjadi tetamuNYA, pasti faktor senarai menunggu yang panjang tadi tak akan dapat menghalang kehadiran kita untuk menjadi "tetamuNYA".
Namun sebaliknya jika kita dah bersedia segala-galanya dan bulatkan tekad untuk menjalani ibadat haji atau umrah, tapi kalau "tiada jemputan" dari Allah untuk menjadi tetamuNYA, pasti kita tetap tak dapat menjejakkan kaki ke sana.

Dalam 5-6 shots juga sempat aku ambil
sebelum aku beredar ke laluan saei
Alhamdulillah,Namun kesedaran untuk melaksanakan salah satu tuntutan islam ini telah mula timbul dalam diri walaupun ada juga kalangan mereka yang buat endah tak endah je dan cuba mencari pelbagai alasan atas faktor "kemampuan" sedangkan kereta baru silih bertukar ganti saban tahun dan "belum sampai seru" sedangkan seru "ke kota London" datang saban tahun.
Inilah hakikatnya yang walaupun pedih namun perlu kita jadikan sebagai renungan dan paling penting sebagai peringatan buat diri kami sekeluarga insan yang lemah agar tidak lupa dan lalai dengan urusan dunia dan sentiasa menanamkan impian dalam hati agar Tanah Suci Makkah dan Madinah sentiasa dalam "wish list" kembara kami .
Sebagai ingatan, tidak pernah pula kita dengar ada yang jatuh miskin atau papa kedana selepas pulang menunaikan umrah atau haji .
Jika kita berkemampuan, apa salahnya kita belanjakan harta kita itu ke jalan Allah. Yang penting jika niat kita ikhlas, bapak yakin pasti Allah akan melipat gandakan lagi harta kita dgn menggantikannya lebih banyak lagi.
Macam bapak katakan tadi ,belum ada orang yang jatuh miskin selepas mereka pulang menunaikan Haji atau umrah. Yang bertambah rezekinya , ramai rasanya.
Bapak dengan rasa rendah diri minta maaf kerana bapak tak berniat menyinggung hati sesiapa pun kerana ia adalah peringatan buat bapak sekeluarga sebenarnya.
Bapak dengan rasa rendah diri minta maaf kerana bapak tak berniat menyinggung hati sesiapa pun kerana ia adalah peringatan buat bapak sekeluarga sebenarnya.
OK, berbalik kepada cerita kami tadi sepanjang perjalanan menuju ke Kota Makkah, Mak itam , anak pompuan aku dan anak jantan aku akhirnya terlelap kerana kepenatan agaknya . 4 jam perjalanan pergi dan 4 jam perjalanan lagi untuk pulang ke Makkah pasti sesuatu yang melelahkan, namun cuba kita bayangkan semasa zaman Rasulullah dan para sahabat hanya dengan menaiki unta sahaja ketika itu.
Solat jamak takdim magrib-isyak kami di tengah jalan entah kat mana pun aku tak tahu .Selepas itu aku terlelap "pang,pang alang" je apabila Abdul Karim asyik dok bukak cermin sisinya agar angin masuk kerana pastinya beliau juga kepenatan memandu kami ke sana-sini seharian .
Maka lepas tu bermulalah episod diolog " ayam dan itik" antara kami untuk menghilangkan rasa mengantuk dan kepenatan Abdul Karim . Kalau tak, biar aku je yang pegang stereng tu hehehe
Pukul 12.00 tengah malam, kelibat menara jam besar mula kelihatan hampir 20-30 kilometer lagi memasuki Kota Suci Makkah. Macam biasa , keadaan lalu lintas tak kira masa dan ketika begitu sibuk menghampiri Masjidil Haram .Pukul 1.00 pagi jugak baru kami di Al Massa .
Kami sedia maklum, keadaan kawasan tawaf dan saei saban malam bermula jam 11.00 malam hinggalah sebelum subuh dan terlalu padat. Kami ambil keputusan untuk mengekalkan ihram kami dan hanya menyempurnakan tawaf, saei dan bergunting serta tahalul kami hanya selepas solat subuh nanti kerana keletihan sangat .
Kami cuba mendapatkan rehat yang secukupnya pagi ni dan melelapkan mata seketika hingga sebelum subuh . Namun aku pesan kat anak2 aku agar berhati2 kerana masih dalam keadaan berihram dan sentiasa menjaga patang-larang yang telah ditetapkan.
Malam tu aku tidur dengan kain ihram dan tali pinggang besar masih terlilit di pinggang tanpa selimut kerana takut tanpa disedari karang tertutup atau terselimut bahagian kepala pula.
Malam tu aku tidur dengan kain ihram dan tali pinggang besar masih terlilit di pinggang tanpa selimut kerana takut tanpa disedari karang tertutup atau terselimut bahagian kepala pula.
Lepas subuh , bersarapan dahulu sebelum kami bersama2 menuju ke laman kaabah untuk melakukan tawaf umrah . Keadaan ketika itu taklah sibuk sangat berbanding waktu dini hari. Nanti lepas tawaf, kami berjanji akan bertemu semula di jalan menuju ke kawasan saei.
Macam biasa selesainya tawaf diikuti pula dengan solat sunat tawaf dua rakaat di bahagian belakang makam ibrahim dan kerana israk masih ada ketika itu, aku lanjutkan sekali sunat solat israk sebelum kami berjanji nak bertemu semula nanti untuk melakukan saei bersama-sama di tepi kawasan masuk sementara menghala ke laluan saei nanti.Alang2 kejap lagi nak masuk waktu dhuha, aku terus berada di situ dan sempat solat sunat dhuha sekali.
Lepas tu baru aku beredar ke tempat yang dijanjikan. Tapi kelibat mak itam dan anak2 tak nampak langsung.
Mana pulak depa ni ..............
Lepas tu baru aku beredar ke tempat yang dijanjikan. Tapi kelibat mak itam dan anak2 tak nampak langsung.
Mana pulak depa ni ..............
Assalamualaikum Pak Itam,
BalasPadamSeronok sangat baca semua catatan perjalanan umrah Pak Itam kali ini...seperti biasa your citer is so happening! ada ketawa2 sana sini maa...asam pedas dah lama tak makan!
Sebenarnya saat ini hati kak nab berdebar2 dok tunggu visa nak ke sana...minggu depan! tapi pagi ni kena gi hantar surat beranak yang ori untuk dapatkan visa...hari tu kata nak yg disahkan oleh JPN...ni untuk anak2 kaknab lah...sikit rumit bagi yg nak gi umrah jika berumur 45thn ke bawah bg wanita...
Pak Itam doakan akak yer...miss Al-Massa...kali ni akak gi dgn THTS..so tak duduk kat situ ler..
Hari2 dok tgk gambar2 yg marbeles tu...
waalaikumsalam kak nab
Padamharap kak nab sekeluarga sihat walafiat
hehehe dah mcm tulis surat karangan pulak
lama dak kak tak makan asam pedas ni hehe
baru sehari dua je dapur dan chef kesayangan saya beraksi kembali
doa saya agar urusan kak nab sekeluarga ke tanah suci dipermudahkan
laaaa ni mcm2 peraturan arab dok buat psl nak mohon visa krn tanah suci terutama Masjidil Haram tgh renovate besar2an
hari tu masa buat visa kami, semua dokumen photostate je
Mmg saya suka kat Al Massa krn pada saya dekat sgt dan keluar jalan ke depan dah sampai Masjidil Haram
Salam bapak. Kalau nak ikutkan giliran ikut list Tabung Haji, saya umoq 70+ nanti baru dapat ke sana tapi harapnya tidakla macam tu, entah2 tak sempat nak sampai umoq 70 pun dah jalan saya ni..
BalasPadamwaalaikumsalam ciku
PadamAlhamdulillah, yg penting dah daftar dan urusan jemputan ke sana, serahkan pada Allah
moga niat ciku terlaksana
cakap pasal jalan , rasanya esok pagi pasti ciku kena jalan, kalau tak mcmmana ciku nak pegi sekolah dan masuk kelas hehehe
jgn ambik hati, bapak gurau je hehe