WARGA SCP

Rabu, April 17, 2013

PART 27 TANAH SUCI MAKKAH : SEPERTI BERADA DI DALAM BINAAN BAITULLAH

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH

Baitullah seakan-akan menarik-narik dan memanggil aku . Memang begitu kuat sekali tarikannya pagi ni. Aku dok congak2 yang anak2 aku dan mak itam baru round ke 2 saie, pasti dalam 30-40 minit lagi baru selesai






Aku pula sementara dok ralit memandang Baitullah, tanpa disedari makin lama-makin aku turun sikit demi sikit  dan berdesup aku dah menuju tepi Hijir Ismail yang ketika itu sedang di tutup untuk tujuan pembersihan.

Begitu juga kawasan Multazam juga sedang dibersihkan oleh petugas. Namun kali ini Allah lebih gerakkan aku untuk berada betul2 depan pintu masuk ke Hijir Ismail .

ni aku dok tunggu belakang tali
yang dipegang oleh petugas pembersihan



ni aku bebetul kat depan pintu masuk Hijir Ismail

Aku menunggu dengan penuh sabar sambil memerhatikan pekerja-pekerja Masjidil Haram sedang membersihkan dan mop lantai kawasan persekitaran yang ketika itu dikawal oleh ramai petugas juga dengan tali tebal warna merah . Tetiba polis kat situ dok teriak kata sesuatu,


موسم الحج
لا تفتح هذا الباب
يجب أن تتبع إذا كنت تريد أن تدخل الباب هناك
 
"haji haji
pintu ni tak buka
kalau nak masuk kena ikut pintu sana"

Aku faham akan maksudnya yang kalau nak masuk ke Hijir Ismail lepas depa bersihkan, aku kena pergi pintu yang satu lagi kerana pintu masuk yang aku dok tunggu depa tak akan bukak.

depa  siram air mawar


Aku pun apa lagi terus dok menyusur sesenyap pelan-pelan menyelit ikut celah tembok luar hijir Ismail yang melengkung tu dan ada 3-4 orang dok ikut belakang aku .Pandai depa dok belakang badan aku yang tegap ni sama-sama menyelinap hehehe 
  
Tup-tup aku dah berjaya menyusup ke pintu yang satu lagi . 

Tak sampai 30 saat lepas tu, pintu di buka dan berduyun-duyun depa dok masuk serbu termasuklah aku yang memang ada kat tepi terus cari tempat di bahagian hadapan juga  dan terus solat sunat. Rasanya dalam banyak kali juga Allah bagi peluang solat sunat kat situ walaupun agak sukar aku nak sujud kerana ada sahaja kaki yang melangkah depan tu namun aku tak hiraukan semua tu.

Ada sekali terpaksa aku kuak kaki orang kerana nak sujud .

Aku sujud jugak dan aku tawakkal pada Allah agar jangan ada pulak terpijak kepala aku yang botak licin ni .Kalau tak mau berbekas tapak kaki orang kat atas batu jemala aku ni.

Puas jugak aku berdoa setiap kali dalam sujud . Aku rasa syukur sekali dan itulah hikmahnya yang aku  katakan tadi bila kami tak bertemu seperti yang dijanjikan untuk saei bersama-sama. Allah nak bagi peluang kat aku untuk masuk ke dalam Hijir Ismail yang seumpama berada dalam Kaabah itu sendiri dan bersolat di dalamnya.

Oleh yang demikian, tidak sah tawaf di dalam Hijir Ismail  kerana ia termasuk dalam Kaabah dan sesiapa yang inigin bersolat di dalam Kaabah, dia boleh melakukan solat di dalam Hijir Ismail kerana ia sebahagian dari Kaabah.

Sayidatina Aishah berkata : 

“Suatu hari, aku ingin memasuki kaabah untuk bersolat di dalamnya. Rasulullah S.A.W pun memegang tangan ku lalu membawa ku masuk ke dalam Hijir  Ismail dan bersabda :

“Solatlah dalam Hijir ini kalau kamu mahu masuk ke dalam Kaabah kerana ialah sebahagian daripada Kaabah, tetapi kaum mu (Quraisy) kekurangan belanja ketika membinanya maka mereka pun mengeluarkannya daripada binaan Kaabah.” 

Lepas aku rasa dah lama dan puas, lantas bangun dan aku terus tarik sorang jemaah kat situ yang gantikan tempat aku lalu aku berundur ke tepi sikit. Tu yang semua foto kat dalam Hijir Ismail dalam n3  ni yang sempat aku rakamkan sebagai perkongsian terutama bagi sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci supaya mereka dapat sedikit gambaran apakah itu Hijir Ismail dan kalau ditakdirkan dapat masuk ke Hijir Ismail,apa yang sepatutnya kita lakukan kerana peluang nak masuk kat dalam tu sukar sekali terutama kalau jemaah terlalu ramai .

antara tempat mustajab berdoa
bawah pancur emas ni


lihat kiswah tu
sampai naik lusuh sebaris je dari kiri ke kanan
kerana di sini menjadi tumpuan dan idaman setiap jemaah

Dalam pada tu pelbagai gelagat yang aku dapat saksikan . Ada yang meraung, ada yang menangis dan ada yang meratap kat Kaabah tu yang sudah tentunya berdoa dan merintih pada Allah betul-betul di depan RumahNYA . Namun perlu diingat ,kita meminta hanya pada Allah sahaja dan bukan pada Kaabah yang hanya sebagai perlambangan dan tidak punya apa-apa kuasa pun .

Tu sebab seringkali apabila ada jemaah  yang terlalu taksub dok meratap bergayut di kiswah kaabah,habis dihalau petugas-petugas di situ sambil berteriak 

"Hajjah ,Hajjah",
"Haram,Haram"
Aku tinggalkan Hijir Ismail dengan satu kepuasan di hati yang ALLAH sahaja  yang Maha Mengetahuinya dan semoga apa yang aku doakan dan impikan di Hijir Ismail tadi diperkenankan dan dimakbulkan olehNYA.

Insyallah

10 minit lagi  pukul 9.00 pagi



6 ulasan:

  1. terima kasih tuan...dapat baca pun dah auranya.
    As-salam .

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      Alhamdulillah

      sedikit perkongsian buat semua

      Padam
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    begitu lah dugaan untuk bersolat sunat di Hijir Ismail.... kebanyakannya jemaah berbangsa asing yg meratap/menangis kat tepi KAABAH.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      walau byk dugaan, namun tetap kita nak masuk solat dan berdoa dalam tu

      depa memang taksub dan banyak perbuatan bidaah depan kaabah

      Padam
  3. Alhamdulillah dapat jugak tgk tempat kerja lama saya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya selalu menyimpang ke Safwah tu lps solat singgah kat sebuah supermarketnya di tingkat 2 beli jus mango dan cream caramel hehe

      tak suka kat bin dawood psl ramai org dan nak bayar pun beratur panjang

      Padam