WARGA SCP

Jumaat, April 26, 2013

PART 34 TANAH SUCI MAKKAH : DOA

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Abu Hurairah Radhiaallahu ‘Anhu meriwayatkan bahawa 
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Para haji dan mereka yang melakukan umrah adalah wakil-wakil Allah. Apabila mereka berdoa kepadaNya, Dia menjawab doa-doa mereka dan apabila mereka memohon keampunanNya, Dia mengampunkan mereka”.
(Riwayat Ibnu Majah)

Doa merupakan senjata umat Islam dan merupakan pendinding dan perisai  serta pelindung manusia daripada segala bencana dan musibah yang datang tentunya dari Allah juga.


Ia merupakan satu perbuatan beribadah yang mulia dan bukan hanya dipanjatkan kepada Allah SWT setiap kali selepas menunaikan solat, tetapi hendaklah dilakukan pada setiap masa dan keadaan tanpa mengira situasi .


Namun seringkali kita sebagai manusia yang lalai dan alpa serta seringkali terlupa untuk memanjatkan doa buat Allah S.W.T dan apabila terjadinya sesuatu musibah yang datang ketika itulah kita tidak putus-putus berdoa ke hadrat Allah.

Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,
“Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 

Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
 Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.

 Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, 
“Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, 
“Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
 “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

Hadith dari Abu Hurairah, 
Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Antara tempat mustajab berdoa  di Makkah ialah :
1. Di Multazam
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Multazam adalah tempat dikabulkannya doa. Tidak ada satu pun doa seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan.” 
Hadis Riwayat Ahmad 

2. Di bawah Pancuran Emas dan Hijir Ismail
Diceritakan dalam kitab Fi Rihaabil Baitil Haram bahawa suatu hari Nabi Ismail menyampaikan keluhan kepada Allah SWT tentang panasnya kota Makkah. Kemudian Allah A.W.T menurunkan wahyu kepada Nabi Ismail AS, 
“Sekarang Aku buka Hijir mu salah satu pintu surga yang dari pintu itu keluar hawa dingin untuk kamu sampai hari kiamat nanti”.
Tempat yang terletak antara rukun Syamin dan rukun iraqi ini dipercaya menjadi salah satu tempat mustajab untuk berdoa. 
Di sinilah Nabi Ismail A.S pernah tinggal bersama ibunya, Siti Hajar,   Hijir Ismail dipagari oleh tembok rendah yang disebut juga dengan Al-Hatim berbentuk setengah lingkaran dan merupakan sebahagian dari Kaabah.

3. Di Bukit Safa dan Marwah
Diriwayatkan dari Jabir dari Abdullah bahwa Rasulullah S.A.W pergi menuju Safa hingga melihat Ka’bah, lalu mengucapkan kalimat tauhid, tahmid, dan takbir sebanyak tiga kali, kemudian berdoa sesuai dengan apa yang beliau kehendaki.
 Hadis Riwayat An Nasa’i  

4. Di belakang Maqam Ibrahim
Dalam kitab Qadhaya al Mar’ah fi al Hajj wa al Umrah, Dr. ‘Ablah Muhammad al Kahlawi menuliskan bahwa “di antara keutamaan Maqam Ibrahim ialah dikabulkannya setiap doa yang dipanjatkan disana”.

Marilah kita membanyakkan doa pada Allah untuk sebarang urusan kita.  Hanya Allah sahaja untuk kita sembah dan tempat memohon pertolongan.












4 ulasan:

  1. As salam

    Alhamdulillah suka baca n ni dan suka tengok foto yang dirakam.

    BalasPadam
  2. amboih...terasa macam masih ada disana!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg seronok kat sana walaupun dunianya hanya kawasan persekitarannya

      Padam