WARGA SCP

Isnin, April 08, 2013

PART 20 TANAH SUCI MAKKAH : PERJALANAN TERAKHIR

Perjalanan Terakhir : Part 1 from rezeki on Vimeo.
Lepas waktu Asar

ALHAMDULILLAH

Saat-saat akhir perjalanan seorang insan
begitu bertuah dan beruntung
kerana disolatkan di Masjidil Haram
dengan ratusan ribu jemaah
yang mendoakan
sebagai penghormatan terakhir
meninggalkan dunia yang fana'
menuju alam yang abadi


AL FATEHAH 

Setiap kali pulang ke Al Massa selepas selesai solat, pasti aku akan menemui detik2 ini kerana Al Massa terletak di depan tu .Selalu jugak bila aku nak pi solat, aku dok tunggu dan dok usung sama2 dari van memasuki ke dalam Masjidil Haram .

Dalam kain pelikat aku , aku pakai tracksuit bila aku kepingin nak usung jenazah2 tu yang akan tiba kira2 10-20 minit sebelum masuk setiap waktu solat. Kenapa aku pakai tracksuit kat dalam kain pelikat, jawapannya pasal depa usung jenazah tu punyalah laju mcm nak lari 100 m dalam pertandingan dan aku takut karang kain aku manalah tahu terpijak dek arab dan melurut ke bawah, lain dah jadinya hehehe

Memang mengah dan tercungap jugak tapi ramai orang yang tahu betapa besar pahalanya pasti berebut2 nak usung ,

 
Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya pahala yang mula-mula diberikan kepada hamba yang beriman sesudah matinya ialah semua orang yang mengiringi jenazahnya mendapatkan keampunan (dari Allah)
Riwayat Baihaki melalui Ibnu Abbas r.a. 


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: 
Rasulullah S.A.W bersabda: 
"Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah."

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tn Hj,

    Sememangnya laju jenazah-jenazah yang di usung keluar drpd MH oleh jemaah-jemaah yang mengusungnya yang saya alami semasa menunaikan haji........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      sambil usung jenazah , terus boleh masuk ke bahagian dalam Masjidil Haram tanpa perlu bersesak-sesak

      Padam