WARGA SCP

Sabtu, April 20, 2013

PART 30 TANAH SUCI MAKKAH : à partir de la fenêtre Al Massa part 1

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH

Dari Jendela Kamar Al Massa
à partir de la fenêtre Al Massa 

Sudah dua kali aku menginap di Al Massa 
dalam kunjungan kami ke Tanah Suci Makkah.

Sebenarnya aku hanya mendapat pengesahan penginapan
seminggu je lagi sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah
kerana hotel ni masa kunjungan kami telah hampir 90% ditempah
oleh jemaah dari Indonisia sebenarnya
yang silih berganti menginap di situ.

Aku dah sediakan pelan B sekiranya
kami tak dapat menginap di Al Massa dan kemungkinan
akan menjadikan Zam-Zam Pullman di Zam-Zam Tower
sebagai pilihan ke dua.

Tapi aku lebih suka menginap di Al Massa kerana  ia terletak
 di penghujung Ibrahim Al Khalil Road yang
 tak sampai 20 meter dari dataran Masjidil Haram.

Keluar je lobi hotel jalan sikit ke depan dah sampai 
dataran Al Haram dan boleh pilih samada nak ke tingkat atas Masjidil Haram melalui jambatan
atau ke bawah tanpa perlu meredah orang ramai .

Untuk pergi ke Masjidil Haram dan pulang juga 
agak senang dengan izin Allah jua.

Kedudukan Al Massa yang berdekatan dengan Haram
membolehkan aku sering kali berulang alik ke sana
jika tergerak untuk melakukan ibadah tanpa mengira masa.
Aku sangat bersyukur kerana Allah bagi kami peluang sebegitu.
Yang best boleh jenguk je kat tingkap untuk mengetahui
samada keadaan jemaah dah sesak ke atau sebaliknya menuju
ke Masjidil Haram.

Cuma di Al Massa tiada bilik Kaabah View
kerana ia terlindung dengan Istana Raja tapi 
masih boleh memilih untuk Haram View dan sekitarnya.
Namun siaran tv 24 jam dapat diikuti
berkaitan perkembangan sekitar Haram di dalam kamar Al Massa.

Harga bilik di Tanah Suci Makkah
sentiasa berubah-ubah mengikut musim dan bulan.
Harganya pula ditentukan dengan jarak dari Masjidil Haram
dan juga viewnya .

Kekadang bagi yang kali pertama ke Tanah Suci Makkah
mereka akan berkata "takpa kalau jauh sikit"
tapi sekiranya penginapan sejauh melebihi 1 km ,
bayangkan kita yang perlu dan hendak ke Masjidil Haram setiap hari dengan berjalan kaki dengan jumlah jemaah yang terlalu ramai
dan padat serta 5 kali sehari , 
1 km yang bersamaan 1000 meter boleh memakan masa hampir 
30-40 minit juga.

Mula2 memang semangat terutama yang masih muda,
tapi bagaimana dengan yang berumur pula,
lama-kelamaan makin hilang semangat
akhirnya hanya solat di dalam bilik hotel sahaja
dan hanya 2-3 waktu je berulang alik ke masjid.

Ini kenyataan dan realiti 
bukan cerita rekaan 
namun kita terpaksa hadapinya
kerana Allah dah jadikan 
ada yang jauh serta ada yang dekat
ada yang susah dan ada yang senang.

Namun kita kenalah berusaha untuk mencari yang terbaik,
kalau nak beli ikan kat pasar
pasti kalau boleh kita nak dapatkan ikan yang fresh,
kalau nak beli daging nak buat rendang
pasti nak cari daging "fresh" atau daging "batang pinang".

Jadi apa salahnya kalau kita nak beribadat 
dan kebetulan Allah bagi kita lebih sikit rezeki
kita cuba dapatkan yang terbaik.

Nak kata aku ni jenis banyak duit sangat,
tidaklah juga kerana aku pun kena menoreh dengan gigih
untuk mencari rezeki dan menampung keperluan kami,
tapi aku sangat bersyukur kerana ada sahaja pertolongan
dari Allah buat kami untuk mencukupi 
keperluan hidup kami .

Sekarang ni, kalau kita lihat saban hari dalam suratkhabar,
syarikat pengendali umrah yang menawarkan pakej umrah
dengan pelbagai tawaran yang tentu mesti akan diletakkan 
sekali dengan jarak hotel penginapan ke Masjidil Haram
kerana itulah yang akan menentukan harga sesuatu pakej
umrah yang akan mereka tawarkan .

Satu lagi yang menentukan harga pakej yang ditawarkan
ialah syarikat penerbangan yang digunakan
dan samada ada penerbangan terus atau penerbangan transit
yang kekadang kena transit sampai 6-7 jam juga,

Namun sekarang masalah paling kritikal yang dihadapi
untuk pengendali umrah ialah mendapatkan bilik penginapan
yang tidak terlalu jauh dari Masjidil  Haram 
kerana banyak hotel2 kecil sebelum ini yang menyediakan penginapan berhampiran Masjidil Haram telah dirobohkan 
dan mula digantikan dan dibangunkan dengan hotel-hotel baru
menyebabkan hotel penginapan sedia ada yang berhampiran
Masjidil Haram agak tinggi juga sewaannya,
namun walaupun harganya tinggi , namun kemudahan yang disediakan adalah baik,
begitu juga dengan kedudukannya yang berhampiran.

Kedudukan penginapan yang terletak berdekatan
dengan Masjidil Haram sebenarnya satu kelebihan
untuk kita nak berulang ke Masjidil Haram 
tanpa mengira waktu .

Namun tak perlulah kita gundah gulana jika penginapan
kita agak jauh dari Masjidil Haram dan juga kita bergumbira jika penginapan kita berdekatan dengan Al Haram
 kerana Allah Maha Mengetahui
apa yang terbaik buat hambaNYA dan pokok pangkal
terpulang kepada hati dan diri kita kerana ada juga yang 
hotel penginapannya depan Masjidil Haram tetapi lebih
suka solat di dalam bilik berbanding yang tinggal jauh namun 
setiap waktu solat sudah berada di Masjidil Haram 
utk solat berjamaah.
 
Senang cerita
kedudukan samada dekat atau jauh 
bukan penentu ibadat kita
cuma tentulah yang dekat merupakan
satu kerahmatan dan kelebihan dari Allah  
buat kita dan kita gunakan apa yang Allah kurniakan ini
dengan sebaik mungkin.

Namun paling penting
apa yang telah Allah kurnakan dan tentukan buat kita,
syukurilah dan nikmatilah ia dengan hati yang terbuka
dan janganlah pula timbul soal bermegah-megah dan sebaliknya
kerana semua itukan hanya pinjaman.


ALHAMDULILLAH

à partir de la fenêtre Al Massa part 1

 






Al Safwah seberang jalan Al Massa


6 ulasan:

  1. Kami tanam azam duduk di safwa the next time pergi umrah. Pak itam pakai pekej mana? Tak dpt safwa , massa pun nmpak okay sangat. Pak itam ada contact person di mekah ke utk pastikn dapat bilik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk Makkah Clock Tower Hotel, Dar al Gufran , Pullman Zam-Zam,
      Al Marwa Raayhan boleh buat booking online je kak atau musim tak sibuk boleh walk in

      Rakan saya ni last uruskan jemaah di Mecca kerana katanya nak berhenti dah lepas balik hari tu dan memang rezeki saya kebetulan dia ada kat sana masa tu

      Cuba akak contact Hj Azli di blog PDKM jika berminat kerana ia boleh uruskan penginapan di Safwa secara individu

      Padam
  2. Hah, nampak jugak al safwah....pagi tadi baru dok contact dengan staff lama-lama disana....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe tempat jatuh lagi kenang, inikan pulak tempat uncle bertahun jugak cari rezeki kat sana

      Padam
  3. Assalamulaikum.

    Ssya mohon izin di muat turun gambar nya untuk di simpan di dalam hp saya buat bakar semangat jadi terus membara untuk menjadi tetamu Allah SWT. Dpd saya Rosli Adam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      silakan

      Alhamdulillah

      Padam