بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Dalam pada aku merakamkan saat-saat indah Blue Hour dari tingkat atas Masjidil Haram , lensa kamera ku sempat merakamkan gambar pemuda ni yang juga tengah posing untuk dirakamkan oleh fotonya melalui HP oleh seorang remaja.
Sejuk mata memandang raut muka wajah pemuda ini yang "bersih" dan "tenang" . Sudah pastinya ia bukan berbangsa arab dari raut mukanya dan cara ia berpakaian .
Ketika di kota Makkah inilah, kita bisa ketemu dengan pelbagai golongan manusia dari pelbagai bangsa dari seluruh dunia yang pastinya mereka itu tentulah saudara seagama kita .
Namun barang diingat, di kota Makkah ini walaupun merupakan tempat tumpuan penganut agama islam beribadah, namun di sini juga terdapat juga golongan yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti mencuri walaupun di hadapan Baitullah sendiri ketika jemaah sibuk melakukan tawaf .
Sehingga kini juga sejak dari dulu-dulu lagi rasanya, terdapat beberapa individu berbangsa indonisia yang bergerak secara kumpulan kecil 3-4 orang pula sering menawarkan pertolongan kepada jemaah tak kira lelaki atau perempuan yang kepingin mengucup Hajarul Aswad . Tapi selepas pertolongan yang diberikan itu yang disangka secara percuma dengan niat untuk membantu, sejumlah wang yang agak besar perlu dijelaskan secara paksa setelah impian mereka terlaksana.Mak itam yang tengah tawaf tu hari tu disapa oleh mereka lalu bertanya,
"ibu nak cium Hajarul Aswad, kalau mahu biar kami tolong"
Di kota Makkah juga, sindiket peminta sedekah secara terancang juga bertaburan sekitar Masjidil Haram untuk mengemis simpati dengan menjadikan anak-anak kecil mereka sebagai punca utama mengaut keuntungan sedangkan mereka hanya duduk dan memerhatikan dari jauh lalu lari bertempiaran bila pihak polis mengadakan operasi .
Hakikatnya macam-macam ada di Kota Suci Makkah. Kalau pahala yang hendak kita raih, maka Allah S.W.T dah sediakan ruang yang secukup-cukupnya tanpa mengira masa dan sekiranya dosa dan unsur2 bidaah serta khurafat yang ditagih, maka tak terkiranya juga peluang yang Allah sediakan untuk perkara tersebut di sini.
Pelbagai kepercayaan mengikut mazhab terdapat di sini dan janganlah kita terpengaruh dan terikut-ikut dengan apa yang kita lihat sekiranya ia menyalahi hukum islam sebenarnya dan jadikan ia sebagai satu pengalaman, teladan dan sempadan agar kita juga tidak tergolong dalam golongan yang sesat .
Rasulullah S.A.W bersabda :
Orang-orang Yahudi berpecah menjadi 71 golongan, satu masuk syurga dan 70 dalam neraka. Orang-orang Nasrani juga berpecah menjadi 72 golongan, 71 dalam neraka dan satu masuk ke syurga. Dan demi jiwa Muhammad yang ada dalam kekuasaanNya sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi 73 golongan ,
satu masuk syurga dan 72 masuk dalam neraka.
Rasulullah S.A.W ditanya:
Siapakah mereka (yang masuk syurga itu)?,
Beliau menjawab : "Al Jama'ah".
Hadis Riwayat Ibnu Majah
jap lagi masuk waktu israk di Makkah
Salam bapak. Di sana pun ada jugak rupanya orang2 yg berniat jahat. Ingatkan takdak, haisy..
BalasPadamKalau bapak tak habaq, saya konpem ingat mamat baju hitam tu mamat Arab. Bukan eh.
waalaikumsalam ciku
Padammcm2 ada kat sana kalau ciku nak tahu
mcm Astro juga hehehe
Assalamaualaikum Tn Hj,
BalasPadamSemasa menunaikan Umrah saya dan rakan telah terjumpa dengan sekumpulan individu bangsa Indon yg boleh membantu utk dapat menciumi Hajar Asward........yg mana rakan saya terpaksa membayar SR250.00 atas setelah dapat menciumi Hajar Asward....mereka akan mengikuti kita sehingga ke hotel sekiranya tidak membayar apa yang dituntut oleh mereka.....tetapi usaha mereka tersebut banyak mengasari jemaah-jemaah yang lain.
waalaikumsalam Tn HJ
Padammasih ada lagi kumpulan tu sentiasa berkeliaran di kawasan tawaf hingga sekarang ni
Assalamualaikum tn. Hj. Rezeki,
BalasPadamInfo yg sangat berguna memandangkan pada 28/4/2014 saya akan mengerjakan umrah. Mohon dijauhi drp golongan2 yg mengambil kesempatan...
Waalaikumsalam
PadamAlhamdulillah
semoga dapat menjalani ibadat umrah dengan baik dan sentiasa dalam dalam kerahmatan Allah, Insyallah