بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Aku sering ketemu dengan tuan empunya wajah ini
saban waktu kerana ia bertugas membersihkan dan menyapu
jalan sekitar hadapan Al Massa
Ketika aku meminta izin darinya untuk merakamkan potretnya sedang ia menyapu,
lantas ia meletakkan penyapu usangnya di tepi tiang lalu persis berdiri tegak dihadapan aku
seperti untuk mengambil gambar pasport pula.
Aku tersenyum lantas merakamkan beberapa keping potretnya.
Memang sporting sungguh tuan empunya diri foto ini.
Tuan empunya foto ini aku rakamkan
di sekitar Hilton Hotel ketika kami sedang
di sekitar Hilton Hotel ketika kami sedang
mencarikan kopiah buat anak jantan aku
di kedai tempat empunya foto ini bekerja
di kedai tempat empunya foto ini bekerja
Tuan empunya foto ini aku rakamkan di hadapan Al Massa.
Memang selalu aku ketemu dengan pemuda ini yang sering berulangalik
dengan Harley Davidson Makkah ni dan sering meletakkan motornya
di tepi Al Massa lantas aku minta kebenaran darinya untuk memberikan satu pose istimewa
buat aku sebagai kenang-kenangan
Tuan empunya potret ini aku temui sedang ia asyik merakamkan panorama Masjidil Haram
dengan menggunakan telefon bimbitnya.
Aku mohon keizinan darinya untuk memberikan satu pose buat SCP
sebagai kenang-kenangan.
Tuan empunya potret ini adalah Ismail yang merupakan salah sorang
pemandu peribadi kami semasa di sini.
Kami jarang berkomunikasi kerana Ismail tidak memahami bahasa Inggeris
namun ia sorang yang sangat baik dan menjalankan amanah dan tanggungjawab
yang diberikan sepanjang kami di sini.
Tuan empunya potret ini sentiasa dapat kita temui kerana tugasannya membersihkan dan menyapu
di jalan sekitar tepi Hilton menghala Misfala.
Potretnya aku rakam ketika waktu pagi sedang menyapu lebihan jagung yang dibeli
oleh para jemaah yang diberikan kepada merpati di sana.
Tuan empunya potret ini aku rakamkan semasa sedang memunggah
bagasi2 besar keluar dari hotel.
Merupakan porter yang bertugas di Al Massa .
Tuan empunya potret-potret ini aku rakamkan di waktu pagi dalam pukul 8 lebih juga
ketika mereka baru keluar dari Al Haram setelah menyelesaikan umrah mereka.
Aku minta keizinan dari mereka untuk dirakamkan potret mereka untuk koleksi SCP
Tuan empunya potret ini semua bertugas menjaga kebersihan di hadapan Al Massa
yang mengadap Istana Raja yang sempat aku rakamkan di waktu pagi dari kejauhan.

Assalamualaikum Tn Hj,
BalasPadamMelihat gambar-gambar di N3 Tn Hj ini, menunjukkan kesemua bangsa dibawah satu Agama ISLAM dari seluruh pelusuk dunia berada di Masjidil Haram dengan tanggung jawab masing-masing..
waalaikumsalam
Padambetul tu, masing2 ada tanggungjawab dan peranan masing2 demi agama
Salam bapak. Wajah2 yg dah terakam sebagai kenangan, in syaa Allah akan berjumpa lagi nanti :)
BalasPadamwaalaikumsalam
Padampanjang umur ,murah rezeki
pasti bertemu lagi dgn izin Allah
insyallah
MasyaAllah, Allahu Akhbar. Wajah yang pertama tu memang setiap pagi subuh akak cari ketika menuju haram untuk menghulurkan sedekah.
BalasPadamMurah rezeki mereka di sana
PadamAssalamualaikum wbt
BalasPadamterima kasih berkongsi.
tengok wajah-wajah mereka ni buat saya rindu nak jejak ke sana lagi. moga ada rezeki lagi nak ke sana :)
Waalaikumsalam
PadamAlhamdulillah
moga dijemput lagi menjadi tetamuNYA