WARGA SCP

Isnin, April 29, 2013

PART 35 TANAH SUCI MAKKAH : IHRAM


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH


Larangan Ihram bermula dari saat melafazkan niat 
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
  “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku dengannya  kerana Allah Ta’ala.”
 hinggalah sempurna semua Rukun Umrah, jemaah hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan atau pantang larang semasa berihram ihram seperti berikut:

Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan sebagainya) 

Memakai minyak rambut pada kepala termasuk 
 janggut bagi lelaki

Menggunakan dan memakai  bau-bauan pada badan , kain ihram 
serta pakaian 

Memakai sarung tangan 

Memotong kuku 

Memburu atau membunuh binatang darat yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal

 Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di dalam kawasan Tanah Haram 

Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bagi pihak orang lain 

Bercumbuan dan mukadimmah persetubuhan serta melakukan persetubuhan

 TAMBAHAN LARANGAN IHRAM JEMAAH LELAKI

 Memakai pakaian yang bersarung sama ada berjahit atau pun tidak yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, stokin , songkok dan sebagainya serta  menutup kepala atau sebahagian daripadanya. memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki. 

 TAMBAHAN LARANGAN JEMAAH WANITA 
 Menutup muka 
Jika sekiranya seorang wanita yang berada dalam ihram haji atau umrah menutup mukanya dengan
kain tudung secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut daripada
mukanya dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat.


Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia
mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir & taqdir).


Seorang wanita yang berada dalam ihram haji atau umrah dibenarkan memakai penutup hidung dan mulut (mask) 
kerana sesuatu keperluan.
Tetapi dia diwajibkan menyempurnakan dam (takhyir dan taqdir) dan dia tidak berdosa. 

Seorang wanita yang berada dalam ihram umrah boleh menutup muka dan hidungnya dengan tangan untuk mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam hidung dan mulutnya itu tanpa wajib
menyempurnakan dam.


Bagi kanak-kanak  yang sudah akil baligh yang mengerjakan umrah,mereka  bertanggungjawab membayar Damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram.Tapi kalau tak punya duit
untuk membayar dam tersebut, kenalah minta kat apak atau amak. 



disunatkan berittiba' ketika tawaf semasa dalam ihram
buat jemaah lelaki

ketika solat
tak perlu berittiba'
boleh pekena ais cream lepas sempurna umrah


cuba lihat selipar tu
dalam banyak2 selipar yg depa pakai
cuma satu je yang nampaknya menutup bahagian jari hadapan tu
kira telah melanggar larangan ihram jika masih dalam ihram

Jika sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram umrah, memakai pakaian yang dilarang dalam
kategori ini secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan
segera apabila dia tersedar atau diberi peringatan oleh orang lain.

Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia
mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam takhyir dan taqdir.

Dam takhyir dan taqdir boleh dipilih antara 3 perkara berikut mengikut kemampuan :
1. menyembelih seekor kambing di Tanah Haram Mekah yang sah dibuat korban, atau
2. bersedekah kepada enam orang fakir miskin di Tanah Haram Mekah. Setiap seorang dua 2 cupak makanan asasi Mekah, atau
3. berpuasa tiga (3) hari.


kalau dah sempurna semua rukun umrah
selimutlah semua , tak apa
kalau masih belum sempurna, tak boleh dan kena dam


sesetengah mazhab
kaki wanita bukan sebahagian dari aurat, jadi mereka tak tutup dan pakai stokin
bagi kita yang berfahaman Imam Shafie dari Ahli Sunnah Wal Jamaah
kaki wanita adalah aurat dan pastikan gunakan stokin yang tak menampakkan kaki

ihram wanita

5 ulasan:

  1. Cerita pasal kasut/selipar teringat 1 kejadian, nk masuk masjid kasut diletak dlm sarung kasut & ditinggalkan di rak. Bila nk keluar, tengok sarung dh hilang tp kasut elok tersusun atas rak...kelakar mcm tu punya manusia pun ada. Dh kira mencuri tu, tp akak dlm hati akak halalkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang kelakarnya bila terserempak jemaah warga kulit hitam dok usung beg kasut yang ada lambang pengendali umrah dari malaysia hehehe


      sah2 bukan depa punya hehehe

      Padam
  2. Assalammualaikom wbt tuan Hj, apa kabar, syukran berkongsi adap-adap ketika ihram. Semoga umah yang dilakukan ini diterima dan makbur. InsyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      nanti sebelum pulang, MI boleh pi umrah dari Lubnan pasal dah tak jauh tu, dulu ramai yg bertugas kat sana ikut Malbatt depa pi umrah sebelum pulang

      Padam
  3. Tanpa NamaOgos 05, 2016

    Syukran

    BalasPadam