SUASANA SELEPAS SOLAT JUMAAT TERAKHIR SEBELUM TIBA HARI WUKUF
Kita sebagai seorang muslim yg beragama Islam pastinya telah menanamkan tekad dan azam untuk menjadikan syurga Firdausi sebagai matlamat kita nanti apabila berada di alam akhirat.
Namun di mana tahapnya nanti yang akan di tuju kelak sedangkan Allah SWT seperti mana janjinya telah menjadikan beberapa buah syurga mengikut "tingkat"nya sebagai tempat yang kekal abadi yang akan dihuni kelak.Begitu juga dengan neraka. Jawapannya di akhirat hanya 2 sahaja :
a. syurga
b. neraka
tiada c atau d
Akhirnya kita semua tanpa mengira bangsa dan agama yang pastinya akan menuju Akhirat tempat yang kekal selamanya.
"Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekal lah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya."
Kenikmatan Syurga kerap digambarkan oleh Rasulullah semasa hayatnya :
Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah SWT berfirman:
"Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Untuk mengapai impian itu dirasakan sungguh susah, tapi yang pastinya tidak mustahil dengan izin Allah jua melalui amalan kita semasa hidup.
Abul-Laits berkata:
"Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:
1. Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t "Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya."
2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis:
"Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia."
3. Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. :
"Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."
4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis:
"Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari kiamat."
5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.
Kesimpulannya, selagi kita masih bernyawa dan menumpang hidup
di bumi Allah ini, lakukan seberapa banyak amal yang boleh dengan
sebaik-baiknya dan tinggalkan lah segala yang mungkar
sejauh-jauhnya
insyallah, kita akan dapat mencapai
tujuan dan matlamat yang pastinya kekal abadi
syurga jawapannya
(peringatan ini ditujukan khas buat diri ku )
salam,
BalasPadamaduh! rindunya kak nab pada Baitullah. Ya Allah! jemputlah aku menjadi tetamuMu lagi.
Assalamualaikum.....
BalasPadamYa spt Hjh Zainab.... Mama rindu nyer utk menatap Baitullah. Kapan bisa aku dijemput sbg tetamu Mu Ya Allah....... Aku yg kerdil ini..yg serba berdosa , serba miskin amal, serba lalai, serba lupa dan alpa. Ampuni daku Ya Kekasih Ku.......Ya Rabbii izzati
Salam Rezeki
BalasPadampagi-pagi mandi di kali
sabun digosok membuang daki
halwa mata ini bermakna sekali
itulah dia kawanku cik Rezeki
salam CR,
BalasPadamaduhai hancoq qalbu kak S bila dengaq lagu tu sambil baca N3 n tengok gambaq Mekah.
butir mutiara yang tersimpan terlerai bertaburan.
terima kasih CR. smoga kita dijalan yang sama menuju Firdaus. InsyaAllah.
syurga, neraka?
BalasPadamteringat lagu Hetty Koes Endang
sorga ada di depan mu .. depan mu, depan mu..
neraka di belakangmu.. belakang mu, belakang mu..
eh eh jangan buru2, jangan buru2
kalau memilih pacarmu..
ngeh ngeh ngeh
sambungan entry jodoh CP..
Salam Pak Itam,
BalasPadamKalau disuruh memilih sekarang memang pilih syurga. Tapi kenalah buat perkara-perkara yang boleh membawa ke syurga. Itulah harapan kita, selebihnya Allah yang menentukan segalanya.
salam kak nab
BalasPadamdoa saya semoga Allah sudi menjemput kita lagi ke sana, insyallah
salam mamawana
BalasPadamAlllah Maha Mendengar, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
insyallah
Salam AZ
BalasPadamPergi ke kedai membeli roti,
Alhamdulillah, semoga dihayati
salam kak S
BalasPadamalhamdulillah, tk
semoga kita dapat mendiami syurga firdaus yg kita semua idamkan
insyallah
Salam CP
BalasPadameh eh jangan buru2, jangan buru2
salah tu, patut
ngeh ngeh jangan buru2, jangan buru buru
ngeh ngeh
salam abg sulong
BalasPadamalhamdulillah, insyallah