WARGA SCP

Rabu, Januari 20, 2010

PENYAPU,BAKUL SAMPAH , PEMADAM,SKOP DAN SEWAKTU DENGANNYA


buku kerja & rujukan utk koperasi sekolah

saki-baki penyapu yg tinggal , alhamdulillah

buku naskah contoh yang melambak kat stor
pada sesiapa kekawan yang jumpa pak itam utk
anak2 mereka, pak itam kata ambiklah dan carilah
dapat juga pak itam pahala



Alhamdulillah, semua urusan penghantaran pembekalan utk pelanggan2 ku dapat dilaksanakan dengan jayanya sepanjang bulan Disember walaupun ada ketikanya menerima pesanan dalam notis yang sangat singkat. Faham2 sajalah, sekolah yang akan dibuka pada bulan januari memerlukan pelbagai alatan dan keperluan . Aku dan staff tak habis-habis “main” dengan penyapu, bakul sampah, pemadam, skop ,binding tape ,kertas,tikar getah dan bermacam-mcm lagi keperluan dan peralatan pejabat. Untuk buku kerja dan rujukan bagi koperasi2 sekolah pula pun dah selesai. Sekarang ni tgk sibuk untuk "order" awal tahun pula.

Kesemua peralatan dan kelengkapan yg dihantar “tak nampak duitnya”. Nanti bulan 4 atau 5, barulah nampak hasilnya bila peruntukan sekolah dah masuk dari kerajaan dan mereka pula mula melakukan pembayaran. Itulah rutin setiap tahun, namun segala pembayaran mengikut “terms” 30 atau 60 hari kepada pengilang perlu dijelaskan awal bulan Febuari nanti. Tu salah satu sebabnya tak ramai peniaga dikalangan orang melayu yang sanggup berkecimpung dalam bidang ni.

invois pembekal yg dah setimbun yg perlu dijelaskan semua awal febuari

Melihat invois dari pengilang dan pembekal pun dah melambak, maka melambaklah juga cek yang nak kena “prepare” . Pak itam dah biasa membuat kerja-kerja perkeranian macam ni .
Seperti yang pak itam katakan, pak itamkan mula dari "negative A" lagi semua selok belok perniagaan , jadi ilmu tu pak itam dapat dan belajar sendiri .Sekarang dah sampai "X" cuma sikit lagi je nak khatam "Y" dengan "Z" . Tapi ilmu ni kan tak pernah habis.

Kedai a.k.a stor pak itam hanya beroperasi mengikut hari persekolahan saja kerana pelanggan pak itam 99.99 % adalah terdiri dari sekolah dan jabatan kerajaan . Pak Itam takde niat lagi nak buka untuk “walk in” customer. Cukup sekadar beroperasi mengikut waktu pejabat.Pak itam tak nak habiskan masa sehingga malam kat kedai. Urusan kita dengan Allah , keluarga dan masyarakat juga perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Kalau dah seharian kat kedai, tentu masa untuk yang tadi menjadi begitu terhad.

Apabila beroperasi mengikut hari persekolahan, maka yang untungnya adalah staff pak itam. Jika hari persekolahan 200 hari setahun, maka mrk pun kerja hanya 200 hari setahun sahaja. Jadi tolak , campur , darab , bahagi, cuti mereka lebih kurang 140 hari setahun. Rasa2nya takde kompeni lain yg buat mcm tu

Kalau cuti raya seminggu, seminggulah dia cuti, kalau Tahun Baru Cina seminggu, seminggulah juga dan begitulah. Tu sebab, Pak Itam selalu ingatkan, “depa beruntung , cuti banyak, gaji jalan, jadi time kerja, kerjalah betul-betul, time mengular, mengularlah betul-betul”

Teringat dulu semasa pak itam mengerjakan haji, pak itam tawakkal secara total pada Allah dan serahkan segala urusan pada mereka . Pandai-pandailah mereka uruskan . Alhamdulillah semua berjalan dengan baik walaupun ada sikit-sikit masalah . Tu biasalah, Boss takde , ular dah tumbuh sisik dan bertukar menjadi naga he he he

Diam tak diam dah bertahun-tahun juga mereka kerja dengan pak itam. Ada rakan2 yang bertanya “taknak besarkan lagi ke perniagaan ni” jawab pak itam “Alhamdulillah, cukuplah dengan apa yg Allah kurniakan” Teringat masa dulu semasa perniagaan pak itam hampir ke seluruh Johor sehingga Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang, masa tu susah nak “control” kerana faktor jarak dan masa . Akhirnya , pak itam biarkan saja . Harta dunia ni kalau dikejar, sampai mati pun tak sudah .

Rakan-rakan Pak Itam yang berbangsa Cina ada yang dah membesarkan perniagaan mereka , tapi akhirnya apabila bertemu pak itam katanya “Berniaga macam you juga tak pening , lagi besar lagi banyak benda nak fikir dan selesaikan dan overhead pun terlalu tinggi. Target setiap bulan nak kena capai, pening, pening,pening. Tak sampai target, tapi gaji pekerja yang ramai serta semua kos nak kena bayar”
Mereka tidak berkuasa sepenuhnya ke atas syarikat kerana mempunyai beberapa "partner" , berbanding pak itam yang berkuasa sepenuhnya ke atas segala pengurusan dan pentadbiran syarikat. Apabila dikaji dan difikir kata-katanya, memang ada betul .

Harta di dunia ni kalau kejar , sampai mati pun tak habis. Alhamdulillah , dengan rezeki yang Allah kurniakan pada kami . Kami dapat menikmatinya dan meraikan bersama . Itu pun melebihi dari keperluan dan semoga pintu rezeki ini terus dibuka dan yang paling penting diberkati setiap sen yang kami perolehi.
Insyallah.

21 ulasan:

  1. ngeh ngeh ngeh.. kami ni yg keje utk bercakap, tapi mmg selalu kena buat keje kerani..

    pasni nak ajak tukar tempat lak.. biar kami buat keje kerani, depa lak bercakap..

    BalasPadam
  2. salam CR...
    penyapu tu ada lebih lagi tak , mintak satu set . he he he

    gelihati baca .. "Tu biasalah, Boss takde , ular dah tumbuh sisik dan bertukar menjadi naga he he he "

    nasib baik naga tu tak ngap tuannya.he he he

    hubby ummi pun selalu sebut yg sama gak harta dunia kalu dikejar takkan cukup , bersyukur ler nikmat yg Allah bagi untuk kita, asalkan BAROKAH

    BalasPadam
  3. Salam CR...

    Tu dia barang dalam kedai..baguih larr plan pak itam time dan waktu kerja tu...semua dalam tangan kita sendiri kita tau dan puas hati.

    Satu perkongsian yang sangat baik...

    Bole motivate suami nih.

    Utk info Pak Itam...saya bekerja dengan seorang insan..wanita..MD..saya membantunya dalam perniagaan khusus kerja berkaitan construction, maintenance & teknikal...saya kena bimbing dia untuk dunia dan akhirat ...susah untuk saya luahkan tapi saya perlu tunaikan tjawab ini ...kerana Allah
    kepuasan bekerja ada tapi hasilnya ..bukan milik kita seadanya...saya kena kuat dan tabah..menimba pengalaman yang ada untuk membentuk perniagaan saya sendiri...di masa depan....pelbagai onak dan duri telah saya tempuh sepanjang 2 tahun...bersamanya...saya bole ungkapkan seperti berikut
    Harta dunia tiada bawa kebahgiaan keluarga, cukup sekadar adanya..jgan sekali zalim pada pekerja. Jujur. adillah dalam pentadbiran kita...kongsilah rezeki yang ada..biar pekerja sayang pada kita kerna budibahasa kita bukan kerna duit semata...

    BalasPadam
  4. Apa lagi yang ku dapat katakan mengenai dirimu Pak Itam. Kaulah satu dalam seribu. Ambil dunia ingat akhirat. Semoga hidupmu sekelaurga terus diberkati dan mendapat rahmatNya....Ameen

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,
    Saya yang part ini paling suka “depa beruntung , cuti banyak, gaji jalan, jadi time kerja, kerjalah betul-betul, time mengular, mengularlah betul-betul”.

    Baik benar hati pak itam, itulah orang kata sayangkan pekerja. Tujuannya supaya pekerja pulak sayangkan syarikat tempat diaorang bekerja. Betulkan pak itam, "Strategi yang baik".

    BalasPadam
  6. salam cr..

    "keje sendiri" kita tak terikat kan cr.. kita tenang dan enjoy buat keje...

    mcmana yer saya nak contact cr?? nak minta pendapat sikit nie
    email boleh?
    nie email saya
    azie_6873@yahoo.com

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Sy pun spt AbangSulung suka dgn statement ni "time mengular, mengularlah betul-betul” hehe..untung betul staff Pak Itam..

    Berniaga nie memang best kalu dah dpt tune and masyukk hehe sbb 9/10 rezeki tue datangnya dari berniaga..bukan mcm yg makan gaji nie..bak kata pepatah merapu "org gomen pi keje pagi balik petang, dapat gaji bayor hutang" ekeke..
    Tapi apa2pun sy bersyukur seadanya..rezeki memasingkan..

    Selamat mengkhatamkan ilmu hingga ke Z ye Pak Itam..I/Allah

    BalasPadam
  8. Tumpang lalu...Sino, tak kira le kerja gomen ke, koperat ke...sama je mkn gaji, tak kiralah gaji besarrr punya atau kicik kalu.

    Pepatah merapu saya,"kita semua sama, tak lebih tak kurang, gali lubang tutup lubang, bayar hutang keliling pinggang".

    Apapun akak bersyukur dgn rezeki yang Allah beri, asbab kerja makan gaji nielah dapat jugak akak pergi haji, beli rumah, beli kereta, sekolahkan anak, beri makan anak dan kumpul jugaklah sikit2 harta utk hari tua.

    BalasPadam
  9. Salaam Pak Itam...

    Semoga rezeki yang diperolehi Pak Itam terus mendapat keberkatanNya. Amin.

    VpeaceV

    psstt..Bos, ada kejer kosong tak? Cheq nak apply...Cheq berjanji akan mengular betul-betul.

    Lagi satu, taukei, itu penyapu terbang ada juai kaa? wa mau oler satu lozen, bayar ujung taun...
    Kautim arr, tokei?

    BalasPadam
  10. salam pak itam,

    kak nab setuju sangat dengan prinsip pak itam tu....harta dunia, banyak mana pun tak cukup!

    BalasPadam
  11. salam che pit

    jom CP tukar tempat dgn pak itam, pak itam teringin nak bercakap je, tapi syaratnya tak mo keje ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  12. salam kak ummi

    biasalah bebudak tu, kekadang boss ada pun dia nak jadi naga he he

    alhamdulillah, rezeki sikit ke banyak yg pentingnya keberkatannya

    BalasPadam
  13. salam shami

    alhamdulillah, yg penting keikhlasan dan kejujuran dlm bekerja tak kira kerja sendiri atau kerja dgn org lain

    insyallah

    BalasPadam
  14. salam kak ina

    alhamdulillah, pak itam hanya insan biasa je yang cuba melakukan yg terbaik utk dunia dan akhirat sebelum dijemput pulang nanti

    semoga kehidupan kita semua terus diberkati Allah, insyallah

    BalasPadam
  15. salam abg sulong

    alhamdulillah, saya ni jenis tak berkira dgn pekerja, tapi mana yg patut saya tegur saya tegur demi kebaikan bersama juga

    insyallah

    BalasPadam
  16. salam my life

    pak itam takde hp lah ngeh ngeh

    insyallah

    BalasPadam
  17. salam syima

    alhamdulillah, sikit ke banyak yang penting kita bersyukur dan apa yg kita perolehi tu diberkati Allah, insyallah

    BalasPadam
  18. salam kak ina

    alhamdulillah, syukur dgn setiap apa jua pemberianNYA

    BalasPadam
  19. salam umiazuddin

    alhamdulillah

    ada post kosong, "posto" he he

    aya amoi, semua ala, masuk buku tiga lima , belakang kila he he

    BalasPadam
  20. salam kak nab

    alhamdulillah

    mmg betul tu , kita bukan selama-lamanya hidup nk "menongkat dunia"
    akhirnya akan kembali juga

    BalasPadam
  21. pak itam boleh sy dptkan quatation utk pembekalan alat pejabat ni..

    inoewatuone@yahoo.com

    mekasih :)

    BalasPadam