WARGA SCP

Selasa, Januari 26, 2010

TAYAR-TAYAR KEHIDUPAN

pak itam ingat nak pakai tayar ni kat kereta , lambat sikit habis bunganya ngeh ngeh
sesiapa berminat hubungi pak itam di talian 010-6644tekan-tekan tak dapat he he

senang nak buat berkebun

ni kalau balik KL naik tractor ni, agak2 berapa jam


Mungkin sekali pandang, tiada yang istimewa dengan gambaran yang dipaparkan . Tapi sekiranya kita lihat kembali dengan mata hati kita, gambaran ini boleh kita interpretasikan sebagai satu lumrah kehidupan samada kita sedar atau pun tidak.

Hidup ini ibarat tayar a.k.a roda, kekadang di atas, kekadang di bawah . Tidak semestinya selalu di atas dan tidak semestinya selalu dibawah selagi roda itu berpusing. Begitulah juga dengan kehidupan kita . Sekiranya kita berada di atas, pandang-padanglah yang berada di bawah . Tapi yang paling ditakuti bila ketika roda itu berhenti berputar , dimanakah kedudukan kita ???

Sekiranya roda telah rosak , maka akan terkeluarlah ia dari rimnya,Begitu juga dengan kehidupan. Sekiranya kehidupan kita tidak berpandukan kepada prinsip2 dan amalan seperti yang dianjurkan dan disarankan, maka mulalah muncul segala permasalahan. Tapi kembalikan ke pangkal jalan . Insyallah

Untuk roda berputar dengan lancar juga, perlu cukup angin. Kalau tidak akan mengganggu sedikit kelancarannya walaupun masih berputar. Begitulah juga dengan kehidupan kita .

Tapi tayar traktor ni betul-betul memeningkan kepala pak itam. Manakan tidak, pembekal yang sepatutnya membekalkannya pada pak itam telah mendiamkan diri kerana kehabisan stok sedangkan tempahan telah dibuat 3 bulan lebih awal. Kerana kegagalannya memaklumkan pada pak itam menyebabkan kegagalan juga pada pihak pak itam membekalkannya kepada pihak sekolah. Akhirnya setelah kata dua oleh pak itam “ada atau tiada” , barulah dia memberikan kata putus tiada.Alasan yang diberikan sungguh tidak munasabah . Kalau lebih awal lagi , kan senang. Lalu sebuah lagi syarikat pembekal dihubungi dan apa yang memeranjatkan , stoknya melambak. Pada petang itu juga , pak itam dapat menyelesaikan amanah yg diberikan oleh pelanggan pak itam setelah hampir 3 bulan tertangguh.Kerja-kerja pemasangan siap dalam masa 3 jam . Alhamdulillah.


Apa yang ingin pak itam kongsikan di sini ialah amanah dan kejujuran dalam melaksanakan sesuatu urusniaga atau tugasan atau apa saja yang sewaktu dengannya sangat penting. Sebagai seorang islam , semuanya akan dipersoalkan nanti di akhirat kelak . Sikap tidak beretika seperti ini telah menular dikalangan individu tidak mengira agama kebelakangan ini kerana hanya memikirkan keuntungan saja . Ingatlah, keuntungan diakhirat lebih bermakna dan bernilai dari segala-galanya bagi yang beragama islam.

12 ulasan:

  1. salam

    pak hitam...

    saya pun suka traktor tu.. senag nak berkebun.. hihiihihi

    BalasPadam
  2. Salam,
    Bagus nasihat ni. Makasih pak itam tolong mengingatkan kita semua.

    Kata orang tua, Asam Garam kehidupan. Ada juga yang bila berada diatas tak ingat orang dibawah..itulah bila giliran dia pula akan dibalas begitu juga.

    Cuma untuk renungan dan ingatan untuk kita semua,

    Semoga kita sentiasa ingat diri & sentiasa insaf dengan keperitan orang lain.

    BalasPadam
  3. betul tu pak itam...hidup ibarat roda...

    BalasPadam
  4. salam CR...

    roda2 kehidupan . begitulah kekadang diatas kekadang di bawah ..

    BalasPadam
  5. salam CR,

    walaupun roda roda itu bersifat sama iaitu bulat dan kerjanya adalah berpusing mengikut dan menongkah pusingan jam.

    yang berbeza adalah saiz dan bunga pada roda roda itu.
    kesan nya berbeza mengikut muatannya sama ada ringan atau berat.

    smoga roda hidup kita tak lari dari trek yang diredhai Allah.

    BalasPadam
  6. Dear Pak Itam.
    Macam tulah kalau orang tu tak jujur dengan amanh yang diberikan. Tanggungjawab yang diberikan tak terlaksana. Tapi hasil daripada usaha Pak Itam, alhamdulillah, semuanya laancar! Well done Pak Itam...

    BalasPadam
  7. salam my life

    kalau ada sebuah kat rumah, tetiap hari boleh berkebun ngeh ngeh

    BalasPadam
  8. salam abg sulong

    alhamdulillah, hidup saling ingat mengingati antara satu sama lain

    secara tak langsung , pak itam pun boleh mengingatkan diri sendiri supaya tidak alpa

    BalasPadam
  9. salam kak nab

    betul,betul,betul

    BalasPadam
  10. salam kak ummi

    begitulah realiti kehidupan kita ni

    BalasPadam
  11. salam kak S

    amin, semoga kita sentiasa dilandasan yang sepatutnya

    BalasPadam
  12. salam uncle

    alhamdulillah, selagi sesuatu amanah atau pekrjaan tak settel, selagi tulah rasa tak selesa

    BalasPadam