Semua yang dikurniakan Allah kepada kita boleh ditarik balik hanya dengan sekelip mata jika Allah mengkehendakinya. Harta, pangkat, kekayaan semua hanyalah pinjaman semata-mata . Jadi kita sebagai peminjam haruslah sedar akan apa yang dipinjamkan. Sekiranya diberikan kesihatan sebagai pinjaman, bersyukurlah. Sekiranya diberikan pangkat sebagai pinjaman, gunakan pangkat itu untuk mentadbir sebaik mungkin dan begitulah juga sebaliknya.
Terkenang pak itam dengan apa yg menimpa kepada seorang saudara seagama pak itam. Dulunya dia seorang ahli perniagaan yang berjaya dan bergelar jutawan. Semua yang diimpikan , boleh didapatinya dengan mudah. Alhamdulillah, dia seorg yang pemurah tidak lokek dengan harta kekayaan yg dipinjamkan oleh Allah. Namun kerana “beberapa masalah” , dia terpaksa menjual semua perniagaan dan harta kekayaannya lalu berhijrah ke luar negara . Di sana , dia telah memulakan perniagaan yang baru. Untuk beberapa tahun awal, semua yang dirancang berjalan dengan baik. Tapi , itulah seperti aku katakan, “LANGIT TIDAK SELALU CERAH, KU SANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI”
Akibat krisis ekonomi dunia yang berlaku 2-3 tahun kebelakangan ini, semua yang diusahakan musnah dengan sekelip mata. Dia kini menjadi penganggur dan hampir 2 tahun juga tiada pekerjaan. Untuk meneruskan kelangsungan hidupnya di sana, beliau telah menjadi pemandu teksi. Bayangkan seoarang yang pernah bergelar jutawan sanggup menjadi pemandu teksi demi sebuah kehidupan. Tapi aku sangat berbangga dengan sikapnya kerana demi meneruskan kehidupan, sanggup melakukan pekerjaan tersebut demi rezeki yang halal.
Dia redha dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah padanya sekarang. Katanya lagi, "tiada apa lagi yang hendak dicari di dunia selain dari keredhaan Allah SWT" . Alhamdulillah, dalam kesempitan yang Allah berikan kepadanya, ada ruang lain yang Allah berikan kepadanya dan telah menunaikan haji sebanyak 2 kali . Kami sempat bertemu di Makkah semasa pak itam mengerjakan haji tahun 2007.
Sesungguhnya cerita benar yang aku alami ini sungguh menginsafkan diri . Kita sebagai insan terlalu kerdil dan lemah dengan ketentuan Allah dan semua yang ada pada kita hanyalah pinjaman semata-mata . Apa sahaja yg dikurniakan kepada kita ,bersyukur dan gunakan sebaik mungkin dan begitu juga dengan kehidupan.
Hadith riwayat Tirmidzi:
“Tidak bergerak telapak kaki seseorang hamba pada Hari Kiamat sehingga diminta bertanggungjawab tentang 4 perkara:
Tentang masa muda untuk apa dihabiskan
Tentang harta dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan
Masa hidup di mana dimanfaatkan
Dan masa sihat ke mana dihabiskan.”
Al Hakim pula meriwayatkan:
"Rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara: Masa mudamu sebelum tua; masa luang sebelum sibuk; masa kaya sebelum miskin; masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati.
Itulah realiti yang terpaksa kita fahami, sedari dan siap siaga setiap masa, apatah lagi ketika usia di hujung senja .
Enjoy it our life
LANGIT TIDAK SELALU CERAH, KU SANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI"
memang semalam pak itam sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari
jadi , bila ia berlaku , maka jalan disekitar JB jammed teruk
berehat seketika di teratak pak itam di KT .Selepas magrib,pak itam pun masuk ke hutan semula dan sampai ke pinggir hutan yg jaraknya lebihkurang 75 km dari KT hampir 8.23 malam
Salam CR,
BalasPadamMemang langit tidak selalu cerah semuanya penentuan Allah, maka beringatlah semasa kita senang, ingat Allah sentiasa, elok sangat perkongsian pengalaman ni pak itam , tersedar kita dari mimpi. Hidup hanya pinjaman, bila2 saja akan diambik jika sampai masa nya. Redha je CR, kita semua ni hak Allah.
No.1 kat mah CR, susah nak dapat no 1 diPDKM.
Salam CR,
BalasPadamSekarang ni akak dah pandai rayau2, sejak adanya PDKM, dulu tak tau dan tak kenal pun apa namanya blog ni, ini ketentuan Allah kan CR, maklumlah orang lama macam akak ni mana lah nak berblog sangat, tapi bila jumpa blog PDKM, hati terbukak untuk melayar. Tapi akak masih tak pandai nak buka blog sendiri lagi..nak tunggu masa yang sesuai je..
Salam CR,
BalasPadamBagus entri pak itam ni...boleh buat pedoman kpd kita semua. apa yg kita miliki adalah hak Allah semata-mata..dipinjamkanNya kpd kita utk mentadbir / mengurus / menggunakan di jln yg betul.
CR (tumpang lalu...kat sini tak berapa sibuk sgt mcm kat PDKM!! )
BalasPadamKak Sidah...jom jalan2 kat umah KN...selamat berkenalan.
Asalamualaikum Pak Itam, Singgah kejap je ni, rumah pak itam..psl guna komputer orang lain. Komputer saya sendiri rosak sbb tu tak boleh menjenguk ke rumah pak itam selama ni.
BalasPadamsalam CR,
BalasPadamsejak dua menjak ni memnag langit tak selalu cerah. kadang2 dari pagi dah cerah. Itulah asam garam kehidupan
betul betul betul
BalasPadamlangit mmg x selalu cerah..
ni pun dah mendung ni
ptg2 mesti hujan..
bila hujan mesti jem..
bila jem ada, roti lak takder..
sbb roti takder, kul 5 sharp kena kuar opis, kalau x, terkulat2 dlm jem tanpa roti..
salam..CR
BalasPadamkalau jem bukak lappy kita ym ..jommm...hehehe,CM boleh ajar itu skill..
Salam CR,
BalasPadamTopik ni sgt menarik, tk kerana menyiarkannya.
Bagi yang kerja di pejabat kekadang senario begini biasa sangat,bila kita bertukar atau pencen staff lama dah hilang respek dan tak pedulikan kita lagi.
Saya ada sorang boss lama yang saya sentiasa respek wpun dia dah pencen....rasa hormat dan terhutang budi masih ada. Masa saya senang dan susah dia sentiasa bagi peluang utk perbaiki diri. Kita ingat dia selalu.
Ada kes boss lama saya jugak baru dua bulan dia pencen saya dah melarikan diri,.... semu gara2 dia terlalu berlagak masa ada kuasa. Dalam kes ini saya tak pasti samada betul ke tidak apa yang saya buat.....Kalau boleh saya nak layan bekas boss ni cam boss pertama tadi.
Semua ni membuatkan saya sedar sejak mula bekerja hingga sekarang....mgkn byk hati yang saya dah lukakan tanpa saya sedari, saya pernah terlibat dalam bidang pendidikan selama 7 tahun sebelum masuk ke bidang korporat....ramai bekas pemegang biasiswa yang saya jaga dulu bersama2 tmpt kerja majoriti masih hormat dan ada segelintir yang buat2 mcm tak kenal.....entahlah mkgn mereka berdendam sbb masa belajar teruk mereka kena ikut syarat sebagai pemegang biasiswa dan pinjaman.
Di surau tmpt ramai org pencen, mereka ada kumpulan mrk sendiri..saya respek mereka sbb mrk aktif dengan aktiviti surau dan mereka ini ada yang bertaraf Dato'. Mgkn satu hari nnti saya akan menulis post bertajuk respek pulak di blog saya.....
Suka baca n3 Pak Itam...I like.
BalasPadamHidup ini umpama roda, ada masa di atas, ada masa di bawah. Segala yg ada pd manusia hanya pinjaman dariNya utk sementara. Tiada siapa yg boleh mendabik dada mengatakan diri hebat/berharta & berpangkat. Hakikatnya manusia itu fakir...tidak memiliki apa2 pun jua.
p/s-jeles nie (bukan dengki ye!), CL dpt buku La Tahzan dari CR. My peberet book tu. Pernah beli 1X, hilang. Lepas tu beli lagi.
salam CR..
BalasPadamSatu perkongsian pengalaman yang baik....
Langit tidak selalunya cerah...
Langit yang cerah bukan bererti tiada hujan...hujan bole turun walaupun langit cerah ( hujan panas)....
Tapi apa makna semua tu hanya DIA yang tahu....
Sederhana dalam hidup, redha dengan setiap rahmat yang Allah bagi...dan kenapa Allah bagi...
Semuanya kerana Allah sayangkan hambaNya...kadang2 kita mudah tergoda dengan pelbagai keindahan dunia, kita lupa seketika dengan DIA....ada saja kelemahan kita...pastinya kita adalah hamba yang kerdil disisiNya...
salam kak sidah
BalasPadamitulah janji Allah , semua hanya pinjaman, semua akan ditinggalkan kelak
janji Allah itu benar
kak sidah
BalasPadamalhamdulillah, kalau merayau jgn tak jumpa jalan balik , sudahlah he he he
saya menanti umah @ blog akak , berkongsi cerita dari kakak yg lebih dulu makan garam
salam kak nab
BalasPadamtk, sekadar perkongsian rasa hati saya
semoga kita tidak lalai dgn apa yg dikurniakan
salam abg sulong
BalasPadamtu sebab lama tk menyinggah he he
salam az
BalasPadamtu bukan asam garam lagi siap ada cuka, cencalok dan budu kehidupan
salam che pit
BalasPadamhe he kesian org bujang, cecepat kawin, balik umah bukan ada roti je, kopi , teh ada org buatkan ngeh ngeh
salam cm
BalasPadamtu skill mmg mahal he he
kat u pun takde pensyarah boleh ajar
hanya boleh berguru dgn cm je ngeh ngeh
salam rosli
BalasPadamalhamdulillah, tk atas perkongsian rasa hati tuan
kita sebagai insan yg punya byk kekurangan & kekurangan kdg kala
terlupa akan segala nikmat sekadar pinjaman
tapi lebih baik kita sedar dan diberi petunjuk dr Allah
itu bermakna Allah sayangkan kita
salam kak ina
BalasPadamalhamdulillah sekiranya kita sering diberikan petunjuk dan hidayah dr Allah
pss kalau hilang lagi beli lagi he he
salam shami
BalasPadamsemoga kita terus diberi petunjuk dan hidayah dariNYA