Alhamdulillah, hujung minggu tiba lagi. Seperti biasa segala jadual untuk hari sabtu dan ahad telah dalam perancangan, namun seperti yang diketahui umum, semalam negeri Johor telah kehilangan seorang sultan. Allah telah menjemputnya kembali . Satu kehilangan yang besar buat rakyat negeri Johor atas pemergian Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin.
Jadi , aku terpaksa mengubah sedikit jadual yang telah disusun . Lantas aku pun mengajak isteriku , "Darling, jom balik HC". Dekat pukul 9.00 pagi kami pun bertolak dari pinggir hutan ke HC. Perut lapar pula lalu kami pun singgah ke sebuah gerai di HC . Jam menunjukkan hampir pukul 10.00 pagi. Nak makan tengahari terlalu awal . Akhirnya aku "pekena" semangkuk lontong bersama telur goreng. Pak itam tak suka telur rebus. Tapi lauk untuk tengahari di gerai tersebut dah siap. Seperti biasa , hari bersenang-senang, lalu kepala ikan mayong dan beberapa jenis sayuran dibungkus. Tengahari ni kataku kepada mak itam "tutup dapur" he he kesian isteriku, sesekali kasilah dia rehat .
Sesampai je ke teratak kami , kami telah dikunjungi oleh saudara Amran bersama isteri dan anaknya. Masa tu aku tercenggang juga bila dia memperkenalkan diri. Pak itam cuba "recall" balik , Akhirnya apabila Amran menyebut "pak itam kan" aku tersenyum. Rupanya En. Amran dan isteri sering mengikuti perkembangan blog di PDKM sebagai silent readers lantas mengikuti juga perkembangan blog aku SCP.
Lantas kami pun menjemputnya masuk. Alhamdulillah, walaupun kali pertama bersua, namun ikatan silaturahim dan ukhwah yang terjalin diharapkan berpanjang. Kami meluangkan masa dengan berbual mengenai pelbagai "hal negara dunia dan hal negara akhirat". Suatu yang aku tertarik dan bangga dengan usaha murni pasangan ini yang telah mewujudkan kelas tahfiz atas inisiatif sendiri bersama beberapa ajk dan mempunyai hampir 20 orang pelajar setakat ini.. Satu usaha yang murni dan tentunya diberkati Allah SWT . Semoga usaha En. Amran ini sentiasa dipermudahkan dan sentiasa dibawah kerahmatan Allah SWT. Di harap En. Amran dan isteri jika ada kelapangan, singgah2lah ke teratak kami dan tidak serik untuk datang lagi . Kami memohon maaf atas segala layanan kami yang tak seberapa dan hanya dapat menghidangkan minuman sahaja kerana kami baru saja sampai dari hutan . Dalam pada tu pun, pak itam terlupa pula untuk mengambil no. hp nya. Kami sangat bebesar hati dengan kunjungan tuan suami isteri dan anak.
Tengaharinya masa kami dihabiskan dgn mengikuti siaran langsung istiadat permakaman di TV sehingga tamat . Selepas asar, pak itam dan mak itam pun bertolak ke JB. Biasalah, hujung minggukan masa kami "berdating" a.k.a "berendut" ngeh ngeh
Sambil tu, sempat pak itam ambil beberapa barangan utk pelanggan pak itam . Kebetulan keperluan dapur pun dah habis. Maka pasaraya "gergasi " menjadi persinggahan kami. Keperluan utk teratak kami di HC dan di tepi hutan dibeli. Tidak ketinggalan juga untuk anak2 angkat kami yang seramai 13 ekor tu.
Magrib pak itam di Jaya Jusco berdekatan pula , namun satunya yang sepatutnya pak itam rasa perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusannya. Bagaimana sebuah pusat membeli belah yang tersergam gagah hanya mampu menyediakan sebuah surau yang sangat kecil bagi menampung jemaah. Untuk mengambil wuduk juga memerlukan sedikit masa dan beratur dan begitu juga untuk bersolat . Sebagai satu tanggungjawab sosial, mereka sepatutnya memikirkan dan bersedia untuk mengorbankan sedikit ruang yang lebih besar dan selesa bagi keperluan tersebut. Fikir-fikirkan lah.
Aktiviti malam minggu kami berakhir dengan 2 gelas capuchinno di cafe sambil borak-borak, cerita-cerita dan memacam lagilah ngeh ngeh

Kalau tetiap hari, hari minggukan seronok he he he
kekadang pak itam berimiginasi kalau hari bermula dengan Isnin terus di ikuti Sabtu dan ahad dan seterusnya Isnin, Sabtu , Ahad tiada selasa , rabu dan khamis
Alangkah bahagianya dunia ..............
takziah kepada rakyat johor termasuk ler CP..
BalasPadamberendut, ngeh ngeh ngeh, tak tahu lah kalau2 org lain tahu apa maksud berendut tu, ngeh ngeh ngeh..
Salam Pak Itam..
BalasPadamTakziah atas kemangkatan Sultan Johor..walau bukan rakyat Johor tapi sy anak kelahiran Johor..huhu
Berendut? CP, cheq tau argh maksud berendut tue..
Salam Pak itam..
BalasPadamTakziah buat rakyat Johor... Al-fatihah....
Pak itam... nie ada permintaan... nak ler tengok anak2 angkat pak itam...
Salam.
BalasPadamWah, sanasini rumah...
Masa dulu2 org selalu sebut berendut..sekarang apa che Pit?
Nampaknya Pak Itam ni femeslahkan...
salam,
BalasPadammasa berdua untuk terus bercinta.
smoga sihat dan bahagia selalu.
Salam takziah buat rakyat Johor di atas kemangkatan ke bawah DYMM Sultan. Walau siapapun kita, apbila tiba masanya, semua akan ditinggalkan, yg hanya dibawa hanyalah amalan. Alhamdullillah, nampak dlm TV, kerabat2 Johor sama2'berpelu'h ketiak' menguruskan jenazah Al Marhum.
BalasPadamAkak ada sikit kenangan 'manis'dgn Al Marhum Sultan..belum sempat nak update blog lagi. Tunggu...
Salam Pak Itam,
BalasPadamMacam lagu P.Ramlee,"Berdua di taman firdausi" cehhwah.. Seronoklah pak itam ni, dah boleh santai-santai hujung minggu. Saya walaupun ada anak dah besar-besar, tapi masih belum dapat enjoy berdua-duaan lagi. Masih ada 2 lagi anak yang masih dalam sekolah rendah & sorang lagi yang belum sekolah. Jarak antara anak-anak kami jarang-jarang.
Pak Itam, tak ziarah syeikh sebelum dia balik Makkah ke..? Kalaulah pergi nanti kirim salam ngan syeikh ye..
Dear Pak Itam.
BalasPadamAmboi...jalan 2-2- orang yea.....kelllaassss.....macam tulah hendaknya sentiasa....semoga berbahagia Pak Itam dan Mak Itam....amin!
salam CP
BalasPadambila CP nak berendut ngeh ngeh
Salam syima
BalasPadamaf fatihah buat al marhum
kalau dh kawin pun boleh berendut, tapi dgn isteri tau , bukan org lain he he
salam tikah
BalasPadamal fatihah buat al marhum
anak2 angkat pak itam tu allergic dgn camera ngeh ngeh
salam mama ju
BalasPadamdh berumur ni berendutnya lain fesyen sikit he he
salam kak S
BalasPadambetul tu
salam kak ina
BalasPadamtakziah buat keluarga dan al fatihah buat al marhum
salam abg sulong
BalasPadamtak sempat rasanya
salam uncle
BalasPadamtq uncle, itulah gamaknya. kawin muda , 20 tahun anak dh besar , akhirnya tinggal berdua je he he