WARGA SCP

Khamis, Januari 21, 2010

ADAKAH KITA PENCURI ???




"Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?" Baginda menjawab : "Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya."
(Hadis Riwayat : Ahmad).

Suatu hari, selesai solat berjamaah, Rasulullah duduk bersama para sahabatnya di salah satu sudut masjid.
Tiba-tiba datang seorang laki-laki ke sebuah sudut lain dan langsung mengerjakan solat sendirian. Dalam solatnya orang itu rukuk dan sujud dengan cara seperti mematuk-matuk (sekejap-sekejap) karena terburu-buru.

Melihat hal itu, kemudian Rasulullah berkata kepada para sahabatnya :

"Apakah kalian menyaksikan orang ini? Barang siapa meninggal dalam keadaan (solatnya) seperti ini, maka ia meninggal di luar agama Muhammad"

Nabi Saw kemudian memperumpamakan orang itu seperti burung gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma.

"Bagaimana ia boleh kenyang?" , tanya baginda.

Sikap terburu-buru dalam solat, hingga merosakkan gerakan dan makna solat, termasuk perbuatan yang berdosa.

Hal itu sama saja dengan memusnahkan thoma'ninah yang merupakan salah satu rukun solat. Padahal, tidak ada solat tanpa melengkapi rukun-rukunnya.

Jadi, dengan tidak dipenuhinya thoma'ninah, solat bukan sekadar tidak sah, tetapi solat itu dianggap tidak ada.

Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat (QS Al-Ma'un: 4).

Mengapa Allah dan Nabi saw mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri?

Sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandung makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung.

Membuang thoma'ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan.

Dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun, terutama terhadap yang lebih tinggi kemuliaannya. Justeru, apatah lagi terhadap Allah yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam kehidupannya.

Sehubungan itu , pak itam menyeru diri pak itam sendiri dan juga rakan2 sekalian agar kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang dicoretkan sebagai pedoman dan panduan kita kerana SEJAHAT-JAHAT PENCURI IALAH MEREKA YANG MENCURI DALAM SOLAT.

Walau sepenting mana pun sesuatu perkerjaan itu yg kita tangguhkan kerana mengerjakan solat , pastikan kita tak menjadi PENCURI DALAM MENGERJAKAN SOLAT

Insyallah.

18 ulasan:

  1. Asalamualaikum Tokey,
    Awal-awal pagi belum ada yang masuk. Kalau tak jenguk kedalam, lalu depan rumah Pak Itam ni pun jadilah. Banyak orang saya tengok buat macam tu, mematuk-matuk..ngeh..ngeh.. Golongan pak ustaz pun ada juga. Alamak, apa sudah jadi.. kan terikut-ikut orang biasa macam kita ni.. Sedangkan nabi dah pesan awal-awal. Untuk renungan kita bersama.Minta maap kalau ada yang terasa. Allah waklam.

    BalasPadam
  2. Salam CR..

    satu peringatan yang baik...solat tiang agama..solat dulu akan dipersoalkan..berbanding ibadah lain...insyallah sama2 kita perbaiki diri kita ...

    BalasPadam
  3. salam,

    smoga kita dapat perbaiki diri dan abadat kita.

    tq atas N3 ni.
    serta lagu feberet kak S tu.

    BalasPadam
  4. Salam CR,

    Terima kasih atas peringatan ini. Semoga memberi manfaat buat semua... sama-sama memperbaiki diri....

    BalasPadam
  5. salam,
    terima kasih kerana memberi ingatan ini, maklumlah saya manusia yg kadang kala lalai.

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Terima kasih atas ingatan bersama.
    Kekhusyukan dalam solat itu sbnrnya yang lebih utama kan. Apabila kusyuk telah dicapai maka tiada istilah 'curi' di dalam solat.

    Adakah kita mampu untuk sampai ke tahap itu? Wallahua'lam..Bersama2 sama kita memperbaiki solat dan diri kita.Insya-Allah

    BalasPadam
  7. Salam Pak itam..

    teng kieu atas peringatan.. sahabat yang baik sentiasa ingat mengingatkan.. amin

    psstt.. terkenang masa kecik2 dulu.. solat punyalah laju.. tak dan 2 minit dah bagi salam.. tergedik-gedik nak main punya pasal.. end up.. taraaaa.. kena ligan keliling kampung.. berbirat belakang sehhh.. adussss.. pengajaran yang tak akan dilupakan sehingga keakhir hayat.. Al-Fatihah untuk arwah ayahda cheq..

    BalasPadam
  8. Salaam Pak Itam,

    Terima kasih atas peringatan.

    Cheq pun lebih kurang sama gak mcm Kak Ngah... masa kecik2, smayang xpress, takut terlepas giliran main jengkek (orang selatan sebut teng teng (?), omputih panggei 'hopscotch', orang Papua New Guinea...tak tau depa panggei apa)

    Tapi laa dak dahh, insyaAllah.

    Al Fatihah buat almarhum ayahanda Kak Ngah.

    VpeaceV

    BalasPadam
  9. Peringatan kepala semua orang termasuklah Uncle sendiri yang selalunya alpa....

    BalasPadam
  10. salam abg sulong

    patutlah saya nmpk kelibat je he he

    semoga kita dapat melakukan solat yg terbaik dan semua amalan kita diterima

    insyallah

    BalasPadam
  11. salam shami

    semoga amalan kita diterima Allah
    kita hamba yg lemah dan cuba memperbaiki kesilapan

    insyallah

    BalasPadam
  12. salam kak S

    semoga amal ibadat kita semakin baik dari masa ke semasa

    insyallah

    BalasPadam
  13. salam tikah

    insyallah, kita memperbaiki kelemahan kita dalam ibadat.

    BalasPadam
  14. salam catz

    kita ni semua manusia yang lemah dan tidak sempurna

    insyallah, kita cuba perbaiki kelemahan kita itu

    BalasPadam
  15. salam syima

    lumarah manusia punya banyak kekurangan dan kelemahan

    insyallah kita cuba memperbaikinya

    BalasPadam
  16. salam kak ngah

    peringatan buat diri ku juga

    alfatihah buat allahyarham ayahanda kak ngah dan juga buat ayanahda ku

    BalasPadam
  17. salam umiazuddin

    semoga kita sentiasa diberi petunjuk

    pssss orang papau new guinea panggil albusketton he he

    BalasPadam
  18. salam uncle

    kita ni manusia biasa yg punya banyak kelemahan

    semoga kita terus memperbaikinya

    insyallah

    BalasPadam