WARGA SCP

Khamis, Januari 28, 2010

22 TAHUN SUDAH LESEN KU

dulu kereta ni yang selalu kena "kidnap" buat belajar memandu sendiri

Terkenang aku peristiwa 22 tahun dulu . Masa tu umur ku 20 tahun. Selepas mengumpul sedikit wang dari kerja ku sebagai buruh kasar atau lebih tepat lagi kerja kontrak yang tak seberapa, akhirnya aku pun mendaftar ke Pusat Latihan Memandu Lai .

Tapi sebelum mempunyai lesen memandu kereta , aku kerap sebenarnya memandu kereta Wak Segan (volkswagon) kepunyaan abang ku yang diletakkan di rumah. Itu pun tengok kiri kanan dulu, ambik kunci, lari dan bawa kereta tu menyusuri jalan di Parit Bakar, Parit Amal , Parit Sakai dan segala banyak parit yang sememangnya banyak di kampong ku. Dulu kenderaan tak banyak di jalan raya, jadi senanglah aku nak belajar. Syoknya bawak keta wak segan ni, bila dia meluncur laju dalam gear 4, eksosnya akan meletup “pom” “pom” “pom” . Satu kampong boleh dengar, meriah sekali. Tak payah tunggu hari raya nak dengar bunyi letupan meriam .

Jadi semasa mendaftar di pusat memandu tu, kerana aku pun tak punya banyak uang, aku hanya memilih 2 kali belajar saja . 1 sessi untuk belajar parking di tanjung mas , dan 1 sessi lagi di atas jalan raya yang akan dilalui kelak semasa melakukan ujian sebenar bersama pegawai JPJ. Untuk 2 sessi ni, aku hanya perlu membayar RM24.00 sahaja. 1 sessi RM 12.00.

Kalau dulu bayaran yang dikenakan sangat murah berbanding sekarang yang memerlukan beratus-ratus ringgit hanya untuk mendapatkan lessen memandu.

Tentang lesen ‘L” pula , aku telah memilikinya setahun sebelum itu. Hari yang ditunggu pun tiba dengan debaran di hati. Bercakap tentang debaran, masa nak berkhatan dulu pun tak berdebar mcm masa nak ambik lesen memandu kereta.

Pagi-pagi lagi aku dah terconggok di JPJ menunggu tuan punya kedai memandu tu sampai . Untuk ujian pagi ni, aku terpaksa membayar lagi RM 30.00 untuk sewaan kereta. Masa tu kebanyakkan kereta yang digunakan ialah kereta Datsun kotak yang kecil itu. Keistimewaan kereta ni, sterengnya boleh dipulas semau mungkin mengikut kehendak. Jadi senang sikit nak parking.

Giliran ku sampai , ujian pertama berhenti di atas bukit . Sebelum tu ramai juga pelajar yg gagal kerana tidak dapat memberhentikan kereta di garisan betul2 terletak di atas bukit. Ada juga yang dapat berhenti dengan kedudukan yang tepat, tapi bila berjalan semula, kereta mengundur sedikit menyebabkan “tester” akan mengagalkannya.

“Pak itam bin Pak Busu” , jerit “tester” meyeru nama ku.
Dengan langkah yang bergaya penuh keyakinan , aku pun masuk ke dalam kereta lalu memulakan sessi ujian itu dengan mulut ku sentiasa terkumat kamit membaca doa.

Mula2 betulkan tempat duduk dulu mengikut keselesaan pemandu, pasang tali pinggang, betulkan cermin sisi dan cermin di dalam kereta. Tu semua akan dikira , kalau tak buat “sure gagal” bukan “sure heboh”

“Ek ek ek, bromm” bunyi deruan kereta , tetap macam bunyi Datsun, kenapa tak macam bunyi Ferari

Pedal minyak ditekan perlahan-lahan dan kereta mula menaiki bukit. Alhamdulillah, aku dapat berhenti betul2 di atas garisan . Enjin kereta dipadamkan. Tarik “hand brake” keluar kereta dan lihat sendiri mana kedudukan tayar. Gembiranya hati ku ketika itu. “Lepas satu azab” bisik ku dalam hati.

Masuk kembali ke dalam kereta untuk “azab” kedua.
Yang part ni ramai yang “kantoi” kerana kena hidupkan enjin, lepaskan handbrake perlahan2 dan kena imbang antara pedal minyak dengan cluth. Kalau salah imbang enjin mati , sah-sah kantoi, Kalau kereta termengundur ke belakang juga , lagilah kantoi

Hati ku mula berdebar-debar
“Ya Allah, berilah aku kekuatan” doa ku. Aku tak punya banyak wang untuk menduduki ujian itu lagi

Tentu rakan2 abang-abang, adik-adik,ibuk-ibuk,bapak-bapak juga punya pengalaman ini untuk dikongsi bersama

Penat menulis, sambung esok-esok ya.

20 ulasan:

  1. salam,

    anak2 sekarang lepas SPM ja dah belajar driving.

    mudahnya hidup mereka.
    zaman baru cara hidup pun baru.

    BalasPadam
  2. Salam Pak itam....

    Baca kisah pak itam, teringat kisah saya masa dolu2 sebelum mendapat lesen (lesen saya ditaja... hehehe guna duit loan belajar) ada gak curi2 bawak keta ayah.... anak2 lelaki sblm dpt lesen ayah ajar bawak keta.. tp anak2 pompuan kena p belajar kat kelas memandu... Nampak cam senang jer bawak keta... saya pun try ler... curi kunci keta... start.... sekali tersilap pres minyak... berdentum langar pokok... mengamuk ayah saya... sejak tu tak berani dah... sampailah dpt lesen 10 tahun lalu baru berani bawak kete ayah...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... saya sekali jer test utk dptkan lesen... bayaran pun waktu tu agak murah... dalam RM345 jer (thn 99)... itu pun ditaja oleh JPA... hehehe

    BalasPadam
  4. mula2 pas SPM amik lesen motor dulu..

    masa kat U baru amik lesen motor..

    hmm satu je lagi lesen lum dapat..
    lesen nak ngurat anak dara pak itam yg tgh belajar kat u tu, ngeh ngeh ngeh

    ampun pak..

    BalasPadam
  5. salam pak itam,

    kenapa ada kesamaan antara kita.
    Ayah juga dulu dikenali sebagai pak itam.Kawan ,guru dan pengetua semua memanggil ayah begitu.

    Ayah juga memiliki beetle hingga sekarang.Tapi warnanya 'kopi susu'.Umurnya mencapai 40 tahun.Masih on the road.Nak cuba ajak CL mai Kedah.

    Dan gunanya 'just for keep'.Banyak orang nak membelinya, tapi no,no not selling.

    BalasPadam
  6. Salam pak itam...

    Tumpang lalu... CP... awat hang dua kali ambik lesen motor nie? hehehe

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. ngeh ngeh ngeh.. tumpang lalu pak.. eh silap, pak itam

    tikah, silap daa.. yg kedua tu lesen keter..

    BalasPadam
  9. Akak masa mula2 kerja tak kisahpun nak ambik lesen kereta. Maklumlah dulu dok KL...mana2 nak pergi senang, naik BMW* tambang 50sen je.

    Tukar kerja di Melaka, hasben suruh belajar. Naik bas susah bertime. Belajar masa tengah sarat mengandung 7 bln. Test pulak masa bulan puasa. 1st time test, kantoi kat bukit. 2nd test akak dah tak kira, apa nak jadi, jadilah. Akak bertekad nak tekan minyak byk2 supaya kereta tak undur. Apa lagi, berderum satu lokasi. Janji lepas...dah 18 thn lesen akak.

    * Bas Mini Wilayah

    BalasPadam
  10. Baca Ayah Zain punya komen...biar betul..."nama-nama tempat az bermain (tuut....)

    BalasPadam
  11. Salam semua,

    minta maaf, minta ampun. Salah taip nak tulis 'bermain-main'. Nasib baik umi umairah tolong sound. Entah berapa ramailah dah baca tuh.

    moral cerita : itulah masalhnya bila menaip pakai dua jari. Pah tu nak cepat pulak.

    Minta2 dia orang faham tu typing error

    BalasPadam
  12. salam kak S

    dulu saya nak ambik lesen kumpul duit sendiri, tapi alhamdulillah, kakaknya tempohari ambik lesen pakai duit gajinya sendiri masa keja sambilan sementara tunggu result spm.

    BalasPadam
  13. salam tikah

    langgar pokok he he he abis jahaman keta abah tu he he

    BalasPadam
  14. salam tikah

    kira handallah sekali test ngeh ngeh dulu murah je

    BalasPadam
  15. salam CP

    itu lesen ooo manyak susah mau lulus ngeh ngeh

    BalasPadam
  16. salam ayahanda

    nama pak itam tu kak ngah punya kerja tu ngeh ngeh
    jgn jual beetel tu, sayang . susah nak dapat sekarang

    beetel yg saya pernah lenjan tu sekarang abg dah jual lebih kurang rm4 ribu pada peminat keta antik

    tentu banyak kenangan bettel tu pada ayahanda

    BalasPadam
  17. salam kak ina

    he he janji luluskan

    BMW , dulu saya pegi dating dgn mak itam naik tu je , murah pun murah ngeh ngeh 50 sen puas ronda

    BalasPadam
  18. salam kak ina

    he he maapkan je lah, tu mesti taip nak cepat , mcm saya dulu nak taip sembuh sepenuhnya tertaip semput sepenuhnya, nasib baik kak ngah betulkan ngeh ngeh

    BalasPadam
  19. salam az

    ngeh ngeh ngeh bukan disengajakan

    he he

    BalasPadam
  20. Salam ...

    Mama dulu amik lesen belajor tiga bulan pastu tak gi amik peksa atas jlnraya.

    Takooottttt! Kalu nampak ada ayam kat depan keta..mama bleh halau syoh...syoh...syoh...tepi aku nak parking nih (tingkap keta tutup mana ayam tu dengar kan). Bila nampak lori tata mai dari depan, seghiau berpoluh satu badan bleh pejam mata drive macam kura2..nasib panjang umur tu yg tak gi amik peksa.


    Lepas 10 tahun kemudian baru mama berani amik semula. Mak oiii mahai tu..... Berani matilah tu konon mama nih. heeeee....

    BalasPadam