WARGA SCP

Selasa, Januari 19, 2010

KAIN PELIKAT GOMBANG

fail2 yg dok menimbun


kalkulator tu dh 15 tahun, sampai dah tak nampak lagi butangnya he he

dengan alatan ni dah boleh buat bisnes, syukur alhamdulillah

yang ini jadual waktu kerja sahabat pak itam ngeh ngeh ngeh

Alhamdulillah, setiap hujung minggu aku dan isteri akan pulang ke teratak ku dan menghabiskan masa di sana sehingga petang ahad . Itulah rutin hidup kami . Tapi kebiasaannya aku akan membawa bersama sebuah beg yg penuh dengan dokumen2 .

Kalau tidak kemana-mana, masa ku akan dihabiskan di depan lappy untuk menyiapkan segala perkara yang perlu disiapkan sebelum hari Isnin. Kekadang berejam juga , tapi tak memeningkan kerana "alah bisa tegal biasa" Kita yang menguruskan waktu, bukan waktu yg menguruskan kita. Kalau di sesetengah syarikat, pada hari sabtu atau ahad dimana mereka terpaksa berkerja, selalunya hanya memakai pakaian seperti t shirt sahaja, tapi pak itam rasa pak itam lagi best, kerja hanya memakai kain pelikat gombang dengan t shirt pagoda je he he he seronoknya

Janji ada pen drive , sebuah kalkulator dan hp di sebelah ku, itu sudah memadai .Segala urusan boleh diuruskan secara online dan melalui panggilan hp saja . Memang seronok kalau dapat bekerja dari rumah. Penat dan letih, boleh berhenti ikut suka hati . Takde siapa nak marah dan arah. Itulah dunia kehidupan ku.

Sambil buat keje, boleh merayau2 ke rumah rakan2 di alam maya.

Kalau dulu aku banyak "work hard" tapi beberapa tahun kebelakangan ini, aku dah mula "work smart". Yalah, dah puas aku bertungkus lumus untuk membina apa yang ada aku ada sekarang, sekarang masanya untuk aku "maintain" saja . Kerja, harta dan kekayaan di dunia kalau dikejar sampai mati pun tak sudah.Aku dah tak mahu nak kejar-kejar sangat. Alhamdulillah, dengan apa yang Allah SWT kurniakan untuk kami ini , melebihi dari keperluan kami .

Tapi itulah, aku tak tahu dan pasti siapa yang akan meneruskan kesinambungannya. Anak2 masih menuntut. Kakaknya masih dlm semester 2 mengambil jurusan "Office Managemant" dan adiknya pula baru tingkatan 2. Aku memang berharap agar anak-anak ku akan berminat dan dapat meneruskan apa yang telah aku mulakan dan bina selama ini . Itu doa dan harapan ku.

Semoga Allah SWT memakbulkan apa yang kuhajati ini.
Semoga Allah SWT mendengar luahan hati ku ini yang mengharapkan terbaik untuk anak-anak dan isteri.
Semoga kehidupan kami terus diberkati di dunia dan akhirat.

Insyallah

32 ulasan:

  1. salam

    dear pak itam

    insyallah pasti ada anak2 yg berminat tu...

    BalasPadam
  2. salam CR..

    wah seronoknya berkerja tanpa tekanan, rezeki masing2 tak samakan antara kita.

    BalasPadam
  3. Salam Rezeki,

    ermmmmmmmmmm,, macam biasa di lihat si panda itu. tetapi dimana? konfius pulak

    BalasPadam
  4. salam pak itam,

    seronoknya tgk cara pak itam keje tu...tak tension, santai jer.

    BalasPadam
  5. Salam CR...

    Alhamdulillah..ada citer baru perkembangan bisnes pak itam...

    Saya suka n3 ni..berangan sendiri nak buat bisnes camtu kat rumah...bila nak jadi kenyataan...entahlah...

    Saya doakan anak2 pak itam akan sambung bisnes pak itam pada masa depan...pak itam bole jadi contoh yang baik untuk anak2....kan insyallah...

    Pak itam citer lagi aar nanti..pentadbiran bisnes pak itam...saya tunggu..

    Aikkk camner gambaq panda ada kat situ..oohhh kak ngah ngan pak itam kongsi minat sama..aarr ngeh..ngeh..ngeh..

    Pssssst apa kelebihan si beruang panda tu...hehehhe

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam
    seronok baca kisah pengalaman pak Itam,santai je.
    dah lama saya tak dengar perkataan kain pelikat gombang,dulu memula kahwin,suami tanya juga macam mana rupa gombang tu.rindu pula dengan family...

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Seronoknya Pak Itam dah sampai tahap 'maintain' jer. Alhamdulillah, itulah keberkatan rezeki kurniaan Allah kepada Pak Itam sekeluarga.

    VpeaceV

    p/s ermm....ma ma'na "gombang" ya Abu Aswad?

    BalasPadam
  8. Seronoknye pak itam skrg...dah puas bersusah, masa utk menikmati ganjarannya.

    p/s Happynya tengok mesin kira2 pak itam tu sebijik mcm akak punya...maksud akak ofis punya tapi dipinjamkan kpd akak.

    BalasPadam
  9. salam...CR, n3 akak ada gak buh suara gitu...ummi humaira dah jd cikgunya...alhamdulillah celikhati ank murid nih...tq ummi.CR mcm satu sekolah la kita...akak buh n3 cerita kat Madinah...akk nyer siri kmbara 2007 episod2 akhir...bole larr kita kongsi pengalaman...ada pic masjid Nabi terkini...heehhehe ehsan dr kawan...

    BalasPadam
  10. Salam Pak Itam.

    Sebenarnya nak maintain tu yang agak memenatkan tu...tapi rasa2nya Pak Itam akan berjaya maintain kalau tak pun melebarkan sayap lagi!

    BalasPadam
  11. salam..
    jadual waktu tu serupa mcm anak saya punya jer..hikhik..

    Teringat kata-kata azimat beruang kungfu..
    "There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!"

    BalasPadam
  12. salam

    aiiikk macam mana panda tu boleh ada kat situ,muka panda tu pun geram jer,cam ada hutang tak settle,patut arr tapir dan ayam utan mantain senang hati kat high castle rupanyer jelmaan kak ngah ada kat situ,hehehr..

    BalasPadam
  13. salam..


    cooop.coop cam ada suara boyfren lama cm kt sini...anuar zain tu...aduss,tak sangka pak itam pun peminat lagu ni..

    BalasPadam
  14. ngeh ngeh ngeh.. akak nya tu masih available lagi ker pak itam?

    ooo CP berminat ni nak teruskan apa yg pak itam telah mulakan.. ok lah tu, anak x minat, menantu minat, oppps.. ngeh ngeh ngeh.. CP single n available lgi ni..

    BalasPadam
  15. Salam Pak itam,

    Amin smg anak2 Pak Itam akan mewarisinya.
    Berjasa tul calculator tue kan hehe

    BalasPadam
  16. Salam Pak itam..

    tabik spring kak ngah kat pak itam.. p opis pakai kain pelikat je.. tapiii.. bukan sebarang pelikat oooo.. cap gajah meniarap.. mahai gabah tuh.. heh heh.. (opsss.. masa kak ngah skolah dulu.. guru beso cakap.. tak baik auta arr.. la la la)

    aisey pijal.. potong jalan arr.. kak ngah baru nak tackle anak teruna pak itam wat menantu.. bleh kak ngah warisi stable2 lumba kuda.. psstt.. kita share arr.. 'apa yang penting kerjasama'.. ngeh 3x

    alahai.. panda tu tak reti2 dok umah.. asik berjalan je.. balik2.. babap kang!

    BalasPadam
  17. salam my life

    semoga mereka berminat dan dapat mewarisinya, insyallah

    BalasPadam
  18. salam kak ummi

    itulah ketentetuan Allah kepada hambanya , alhamdulillah

    BalasPadam
  19. salam AZ

    mesti AZ lihat panda tu kat kedai koperasi he he

    BalasPadam
  20. salam kak nab

    alhamdulillah, tapi kekadang tension juga , tapi bila tension tgk tv dulu, minum dulu lps tu sambung balik he he

    BalasPadam
  21. salam shami

    alhamdulillah, bisnes berjln spt biasa

    saya pun berharap agar dapat mewariskan kepada mereka nanti

    insyallah

    BalasPadam
  22. salam um. masyitah

    kain pelikat gombang he he

    masa kat makkah dulu, saya pakai kain pelikat dgn baju kurung je bila ke masjidil haram ,

    BalasPadam
  23. salam kak ina

    alhamdulillah, rezeki yg dikurnaikan buat kami sekelurga

    calculator tu ibarat nyawa he he
    kalau hilang poning kepalo nak kira

    BalasPadam
  24. salam umiazuddin

    maintain takpe , jgn perut "mountain" sudah le he he

    ni cakap arab biar pak itam jawab

    "ku fandang kiri kanuri, wal saki baki tumfuk2 tahi unta " ngeh ngeh

    BalasPadam
  25. salam kak ana

    alhamdulillah, nanti saya jengok umah kak ana

    BalasPadam
  26. salam uncle

    mmg kata org nak maintain sukar sebenarnya, tapi alhamdulillah. selagi ada usaha dan rezeki dr Allah

    insyallah

    BalasPadam
  27. salam kak pinat

    mmg pun jadual waktu tu sekarang byk kat kedai koperasi sekolah he he

    cikgu pinat punya jadual waktu mengajar tahun ni penuh tak?

    BalasPadam
  28. salam cm

    mmg panda tu mukanya geram je

    ada hutang belum selesai he he

    BalasPadam
  29. salam cm

    laaa tu kan pak itam nyanyi , masa tu muda2 "rezeki zain" ngeh ngeh

    BalasPadam
  30. salam CP
    ngeh,ngeh budak tgh belajar lagi he he

    kalau dah jodoh , mana tau he he

    BalasPadam
  31. salam syima

    semoga apa yg dihajati dimakbulkan allah

    calculator tu dah banyak buat duit he he

    semua dgn izin Allah jua

    BalasPadam
  32. salam kak ngah

    ngeh ngeh siapalah guru besau kak ngah tu

    kak ngah jgn korek lelebih rahsia dgn CL tau, tak baik he he

    BalasPadam