WARGA SCP

Isnin, Januari 18, 2010

SETIAP DETIK DAN SAAT NAFAS YANG KITA HELA



Pak itam ingin berkongsi bersama kalian semua beberapa pengalaman yang sukar digambarkan, sukar diceritakan. Gambarannya sarat dengan "roh dan jiwa"

Terdapat beberapa peristiwa yang masih kuat dan kekal di dalam hati, jiwa dan sanubari ku.

Antaranya menyaksikan suasana menuju ke jamrah tidak akan luput dari ingatan selagi hayat dikandung badan.

Selepas subuh dan bersarapan, pak itam bersama seorang teman telah menghabiskan masa di atas "fly over" berhadapan pintu masuk terowong muassim. Kebetulan khemah bagi maktab pak itam hanya di tepi pintu masuk terowong muaasim. Suasana damai dan indah di bumi Mina dengan keheningan pagi dipecahkan oleh laugan suara takbir yang bergema hasil dari jutaan umat yang menuju ke jamrah .

Pada masa itu, hati pak itam meronta-ronta untuk mengikuti rombongan jemaah tersebut, namun pak itam terpaksa akur dengan nasihat dan garis panduan perjalanan jemaah haji Malaysia yang menetapkan agar waktu melontar selepas pukul 9.00 malam bagi mengelakkan kesesakkan.

Suasana begitu meriah namun mereka semua hanya mempunyai satu tujuan. Melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah bagi menyempurnakan wajib haji dan sebagai perlambangan sebagai penentangan kepada syaitan dan iblis seperti yang dilakukan oleh Nabi Allah ibrahim semasa baginda hendak menyembelih anaknya iaitu nabi Ismail.



Setengah jam kemudian , suasana semakin meriah , jemaah semakin bertambah. Tapi dengan izin Allah jua, terowong tersebut tetap mampu "menelan" ratusan ribu jemaah . Itulah kebesaran ALLAH dalam mentadbir sesuatu perkara.

Diam tak diam , hampir 1 jam juga Pak itam duk ralit memandang dan menghayati suasana ketika itu yang hanya dapat dialami setahun sekali je jika menunaikan fardhu haji. Pak itam mengambil ia sebagai iktibar bahawa Allah itu Maha Berkuasa ke atas segalanya.
Dengan semangat yang berkobar-kobar
Dengan diiringi panji-panji keimanan ,

Menuju ke satu destinasi yang sama,
Menuju ke satu satu matlamat yang serupa
Menuju ke satu tujuan yang murni
Menunjukkan semangat penentangan dengan iblis dan syaitan laknatullah

Namun hakikatnya,
Penentangan terhadap syaitan
Bukan hanya bermusim
Yang pasti setiap detik dan saat nafas yang kita hela

Allahuakbar, Allahhuakbar, Allahuakbar, Walillahilham


22 ulasan:

  1. Salam ..Moga hidup terus berbahagia..Ah kenangan di Mekah tu terus mengamit jiwa...

    BalasPadam
  2. salam

    cm rasa kerinduan pak itam pada tanah suci makin memuncak,doa ikhlas dr cm moga dijemput Allah lagi sebagai tetamu kelas satu,insyaallah..

    BalasPadam
  3. Salam ,

    Pak Itam , berjiwa kental pada yang satu, insyaallah berjaya...

    Akak patuh pada perintah tabung haji yang tak benar kan jemaah kita pegi waktu tu, tunggu lah malam, insyaallah kalau ada rezeki pegi lagi , nak rasa melontar waktu pagi pulak. Dah tau kan macam mana, nak ikut CL lah, jom pak itam kita gi ramai2...

    BalasPadam
  4. salam,

    aduh sebak bila merenung gambar sambil mendengar dan menghayati lagi feberet Kak S.

    tq Pak Itam.
    smoga pak itam dan mak itam dijemput oleh Allah menjadi tetamu NYA.

    BalasPadam
  5. Salam CR..

    Moga mendapat jemputan dari Allah secepat mungkin....sambil2 tu...bole isi masa dengan banyak2 mengaji..moga tenang diri dan isteri..menunggu tibanya hari yang dinanti...

    BalasPadam
  6. salam

    salam ukhwah pak hitam

    insyaallah mudahan2 kita semua ada rezeki untuk ke sana..

    p/s : dah terbayang2 nie suasana kat sana.....doakan semuanya dipermudahkan...

    senyum dekat cm(-_-)

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam..

    tengahari yang berembang ini.. dicelah pohonan getah.. sambil menjamu selera ngan biskut kering cicah ayaq melo.. (tgh bulan seh.. makan miskut je) cheq melayari blog pak itam.. ohhh! kenangan mengusik jiwa.. terpandang-pandang kenangan lama.. masa terus berlalu.. namun masih terpahat kukuh dihati.. semoga cheq boleh sampai kesana lagi.. InsyaAllah..

    psstt.. ayaq zam2 cheq dah tinggai suku.. emmmm, nak tggu kakak cheq p lambat lagi.. kirim ngan pak menakan bleh??? heh heh.. pahala oooo..

    BalasPadam
  8. Mina ditinggalkan dalam kenangan. Falsafah melontar kekal sebagai amalan. Setiap detik syaitan sentiasa menggoda anak Adam. Lontarkan ia dengan zikrullah.

    BalasPadam
  9. salam

    dear kak noor

    kalau akak nak air zamzam.. mai umah azie.. azie boleh bagi untuk akak... insyallah

    BalasPadam
  10. Salam..

    pak itam.. cheq tumpang sat arrr..

    Dear Azie,

    Alhamdullilah.. tima kasih banyak2.. 'buleh sokmo nak gi slalu.. tapi gak, nak gi guano.. pitih ta'do'.. heh heh

    BalasPadam
  11. salam

    salam kak noor

    insyaallah pasti ada rezeki akak nanti..hihihhhi

    BalasPadam
  12. salam mama ju

    semoga kehidupan kita dirahmati Allah

    BalasPadam
  13. salam cm

    tk atas doa mu , sedang memilih2 tarikh yg sesuai , insyallah

    BalasPadam
  14. salam kak sidah

    mmg seronok kalau boleh buat haji cara CL , tapi bagi kita rakyat luar banyak kekangannya dari segi undang2 .

    alhamdulillah rezeki CL dan saya amat gembira dan bersyukur atas apa yg dikurniakan pada CL dan kita semua

    BalasPadam
  15. salam kak S

    alhamdulillah, semoga doa dan hajat kita terkabul

    BalasPadam
  16. salam shami

    saya amat merindui saat2 mengerjakan haji di sana ,
    nak tunggu spi giliran semula lama lagi, namun Allah maha berkuasa ats segalanya

    BalasPadam
  17. salam azie

    semoga urusan azie dan kita semua dipermudahkan, insyallah

    BalasPadam
  18. salam kak ngah

    makan biskut kan sedap he he he

    rindu nak ke sana , terutama buat haji

    air zam2 cheq ada 2 botol je lagi, tu pun botol 500 ml he he

    BalasPadam
  19. salam kak ina

    alhamdulillah, semoga terus diberkati

    BalasPadam
  20. salam azie

    kak ngah, mau 1 gelen baru cukup ngeh ngeh

    BalasPadam
  21. salam kak ngah

    kan "pitih" yang kat bawah bantal tu lum usik lagi he he

    BalasPadam
  22. salam azie

    azie kirimkan kan kak ngah air zam2 tu naik kapet terbang, zam zam ala kazam ngeh ngeh

    BalasPadam