WARGA SCP

Jumaat, Januari 15, 2010

AKU TERLALU RINDU PADA MU


sila klik pada butang "Play" pada klip video
koleksi video pak itam semasa di sana yang menjadi penawar bila rasa rindu memuncak
Ya Allah,
Kerinduan ku untuk berada di rumah Mu
Begitu kuat dan meluap-luap
Kerinduan yang tidak pernah luput
Tidak pernah padam
Tidak pernah surut
Hingga ke akhirnya

Tiada tempat yang sedamai begitu
Tiada tempat yang setenteram begitu
Tiada tempat yang seasyik begitu

Sesungguhnya ketenangan di sana sukar untuk digambarkan
Sesungguhnya kedamaian di sana sukar untuk diungkapkan
Sesungguhnya keasyikan di sana sukar untuk diluahkan
Aku ingin sentiasa berada di rumah Mu
Namun apakan daya Semua ketentuan Mu untuk ku telah tertulis

Semoga aku dapat menziarahi rumah Mu dalam masa terdekat
Insyallah

24 ulasan:

  1. Salam,
    Wah..kerinduan orang-orang yang soleh tu.. Samalah kita ni pak itam, cuma belum ada reaeki lagi kesana.

    BalasPadam
  2. salam CR,

    kak S suka dengar lagu ketelusan hati nyanyian Anuar Zain.

    cuba CR hayati lagu tu.
    kak S tak berapa ingat seni kata dia.
    lebih kurang cam ni.

    cinta ku hanya indah
    hanya bahagia
    untuk selamanya
    apa yg kurasakan ini
    persembahan untuk MU

    mencintai MU
    tak mengenal waktu
    tak mengenal puitis
    hanya tulusnya hati
    mencintai MU
    tak mengenal ragu
    keyakinan hati ku
    hanya untuk MU selalu.

    cinta ku tak berdusta
    tak mengenal ingkar
    tak kenal nestapa
    tak ada 1000 janji
    hanya bahagia utk selamanya

    BalasPadam
  3. Salam CR,

    Sy memang menyimpan azam untuk melangkahkan kaki ke kota suci itu.
    Buat masa sekarang, jujur sy katakan sy kurang dapat menyelami apa rasanya Kerinduan yang sering dimaksudkan oleh mereka2 yang telah sampai ke sana.
    Itu yg menyebabkan sy semakin berkobar2 untuk ke sana satu hari nanti dengan izin Allah spy dapat merasai kemanisan RINDU itu.

    BalasPadam
  4. Wah pak itam, sempat ambik video lagi...saya nak seludup kamera pun takut. Pak Itam bukan saja pandai menulis cerita, pandai pulak tu bermadah bicara.

    Sino, mmg majoriti yg dah pergi Mekah/Madinah mesti terasa rindu & nak pergi lagi. Kadang2 tu mcm orang angau dok teringat kedua2 tempat tu.

    BalasPadam
  5. salam..CR..

    saya rasa saya faham kerinduan yang pak itam rasa tu....walaupun saya tidak pernah lagi sampai kesana..

    saya antara komentar PDKM yang belum jejak kaki sesana lagi..
    Saya mampu pergi kesana...
    Tapi saya masih lagi menunggu suami saya...selesaikan semua urusannya...pernah saya disuruh pergi dulu...tapi apalah guna saya pergi tanpa dia disisi...

    Sehingga ke saat ini...saya mengubat rindu saya dengan banyak bermunajat pada Allah pada dinihari..saban malam tanpa jemu...
    saya yakin hari tu akan sampai juga..nanti

    saya akan terus berdoa dan perbaiki segala kelemahan diri ...mungkin ini ujian untuk saya juga supaya lebih banyak bersabar....

    Jom CR...kita munajat pada Allah dinihari...meluahkan rasa hati..mendekatkan diri pada Ilhai..walau dimana kita berada sekalipun....seperti kita ada ditempat suci itu...
    Marilah kita bina kedamaian hati kita sendiri ..walau kita berada di tengah2 kelompok insan bermacam2ragam ini...
    Kemampuan bole mengatasi segala kehendak kita...namun kebahgian belum tentu dapat diperolehi dengan kemampuan kita...hanya cinta kasih kita pada Allah walau dimana berada saja mampu mengubat segalanya.....

    p/s: maaf terpanjang..dan kalau tersentuh...

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Akak faham sangat tentang kerinduan tu, sebab tu lah bila terjumpa blog PDKM terus akak follow, sebelum mulakan activiti harian akak akan kesana dulu ,pandang dan lihat rumah Allah , Kaabah, sejuk dan damai rasanya hati..syukur kehadrat ilahi dengan adanya blog CL .

    BalasPadam
  7. Tumpang lalu Pak Itam...

    Shami2,

    Akak dulu pun mcm Shami juga. Puas ajak suami pergi tapi mcm2 alasan dia beri. Tahun 2004 akak gi umrah tanpa suami (pergi dgn ibu). Alhamdullillah tahun 2008, Allah jemput akak & suami menjadi tetamuNya. Hari2 lepas solat Subuh & Maghrib, akak baca Surah Al-Hajj (ayat 27)minta Allah jemput jadi tetamuNya.

    BalasPadam
  8. Salam CR...

    tumpang lalu..

    Ina terima kasih kerana perkongsian pengalaman dan nasihat......bunga2 macam ina buat macam dah ada tapi tak berapa nak kembang lagik...mak saya tak leh tinggai ayah..sbb ayah berniaga, makan minum dia mak jer bole faham..huhuhu..
    Kak Umi humaira ada ajak juga...kawan kat rumah pun ajak juga...huhuhu...( gua kena pikiaq sendiri.ngeh..ngeh..ngeh)

    BalasPadam
  9. Salam,

    Tumpang lalu jap CR...

    Ina rupanya kita sama pegi tahun tu, tapi tak kenalkan , tak jumpa, En. Imran Paris pun pegi masa yang sama jugak. Kalau jumpa masa tu seronok jugak kan ina, boleh jumpa dgn CL sekali kat sana

    Shami kalau dah sampai masa akan dijemput juga jadi tetamu nya sabar ye.

    BalasPadam
  10. salamabg sulong

    alhamdulillah, semoga hajat dijemput ke sana tercapai secepat mungkin, insyallah

    BalasPadam
  11. salam kak S

    saya dah add lagu tu kat blog saya

    cinta pada yang esa yg kekal selama-lamanya, insyallah

    BalasPadam
  12. salam syima

    doa saya semoga syima dijemput ke sana nanti

    sebenarnya rindu utk berada di sana sukar utk digambarkan, diluahkan, diceritakan

    esok bila syima berpeluang berada di sana nanti, syima akan rasakan sendiri maksud "RINDU" itu, insyallah

    BalasPadam
  13. salam kak ina

    pak itam alhamdulillah semua boleh dgn izin Allah jua
    insyallah

    byk lagi videonya masih tersimpan rapi , kalau rasa rindu, just tengok je

    BalasPadam
  14. salam shami

    berdoalah pada Allah SWT , insyallah saat dan ketikanya jika sudah tertulis, shami pasti akan sampai ke sana jua dgn izin Allah

    kami insyallah dah ada perancangan, seawal2 nya tahun ni, dan selewat-lewatnya tahun hadapan, dgn izin Allah jua

    BalasPadam
  15. salam kak sidah

    alhamdulillah, kerinduan kita utk berada di Rumah Allah tidak akan padam dgn izinnya jua

    sekurang2 terubat kerinduan bila buka blog PDKM

    BalasPadam
  16. salam kak ina

    yg penting niat utk ke sana diikuti usaha, doa dan tawakkal

    BalasPadam
  17. Salam Pak Itam,

    akak pun merancang juga, jom kita gi sama2 ikut plan CL, insyaallah, ajak geng2 PDKM.

    BalasPadam
  18. Salam Rezeki

    Sesat jalan kena bertanya
    supaya kerja mudah dan selesa
    memang rindu kepadaNya
    Itulah rahmat dari yang Esa

    budak menangis tersendu sendu
    kerana dia,aku dan kamu
    makin di pandang semakin rindu
    bila gerangan akan bertemu

    ikan gelama si ikan pari
    ikan gemok pemakan daki
    hatiku gundah tidak terperi
    hendak ke sana tunggu rezeki

    BalasPadam
  19. salam rezeki

    mohon Allah beri 'kad undangan' pada saya juga. InsyaAllah awal bulan 4 ni saya ke sana. Doakan saya ye. Niat sudah ada, usaha sedang bersungguh-sungguh dan saya bertawakkal padaNya :)

    BalasPadam
  20. salam az

    pergi bertandang kerumah cik hana
    pergi bertandang bersama cik hawa
    insyallah akan ke sampai ke sana
    dengan berkat izin Allah jua

    BalasPadam
  21. salam khairyn

    insyallah, dgn doa , usaha dan tawakkal, Allah akan menjemput Khairyn ke sana

    alhamdulillah

    BalasPadam
  22. salam kak sidah

    insyallah jika dizinkan Allah

    BalasPadam
  23. Rindu tak mampu diucapkan dgn baris baris kata nwalau percakapan. Rindu itu sebak, rindu tu airmata, rindu itu tangis sendu bila melihat Baitullah. Remang bulu roma, remang seluruh tubuh menggigil sayu syahdu. Entah...Itukah rindu. Lalu aku ingin sekali bertemu KAMU.

    BalasPadam
  24. salam mamawana

    alhamdulillah, kerinduan yg sukar diungkap

    BalasPadam