WARGA SCP

Sabtu, Januari 30, 2010

22 TAHUN SUDAH LESEN KU : P2

kereta batman yang pak itam jumpa
masa ronda2 kat pekan tadi.
baik punya spoiler dan eksos di tepi

Masuk je dalam kereta , hidupkan enjin tekan minyak dengan cluth, kereta tu terus meluncur menuruni bukit. Alhamdulillah, bisik ku.

Towkey Lai dah tepuk dahi . Manakan tidak. Dalam hatinya "tatak untung,tatak untung"
Kalau aku lulus semua ujian, memang Towkey Lai tak dapat "cekik" duit aku.Puas mulutnya terkumat-kamit. Rasanya baca doa supaya aku gagal. Aku pulak baca doa biar lulus he he he

Ujian seterusnya ialah ujian meletak kenderaaan di tempat letak yg disediakan yang ke empat2 penjurunya terdapat batang kayu sebagai penanda .Terlanggar kayu tersebut dan ia tumbang, alamatnya kantoilah .Tapi itulah keistimewaan kereta datsun ni kerana sterengnya boleh dipulas semaksimum mungkin memberikan satu kelebihan dan memudahkan aku untuk meletakkan kenderaan dengan mudah walaupun ia jenis "paut stereng" bukan "power stereng". Muka towkey Lai dah merah padam he he

Akhirnya ujian jalanraya pula sebagai penghalang terakhir untuk menentukan aku berjaya atau gagal. Sebelah ku seorang "tester" dengan muka garang menyuruhku memulakan perjalanan . Semua yang aku pelajari ku praktikkan . Kalau dulu nak berhenti dipersimpangan, kita akan melambai2 dahulu tangan diikuti dengan tanda berhenti melalui tangan juga. Itu menjadi kenangan kepada ku sehingga ke hari ini.Sekarang dah takde lambai2 tangan pun. Hanya signal sebagai isyarat, itu pun aku tengok ramai yang kalau nak belok ikut suka hati mereka je . Bukan susah pun kalau nak bagi signal, tapi itulah mentaliti pemandu zaman sekarang yang kelulusannya aku rasa dah tak berkualiti mcm dulu2 . Tapi tak semua begitu. Namun kalau jumpa pemandu yang mcm tu, mau hangin satu badan .

Aku berjaya menjalani ujian jalanraya dengan baik walaupun markah yang aku perolehi 17/20 . Biasalah tester lelaki dan aku pun lelaki, tapi cuba perempuan ngeh ngeh

Hasrat ku untuk mengenggam lesen akhirnya berjaya . Towkey Lai jumpa aku dan tepuk dahi lagi. Dengan hanya berbekal bayaran RM24 untuk 2 sessi belajar dan RM30 utk sewaan kereta semasa hari ujian sebenar, towkey Lai hanya dapat RM54 dari ku, Mana nak untung katanya

Nasib kau lah, bisik ku dalam hati .


pssss pak itam terlihat dalam bola kaca kelibat seorg teruna pujaan ramai sedang berkejaran dgn mak dara mak dara di one utama, cuba teka ngeh ngeh ngeh

Khamis, Januari 28, 2010

22 TAHUN SUDAH LESEN KU

dulu kereta ni yang selalu kena "kidnap" buat belajar memandu sendiri

Terkenang aku peristiwa 22 tahun dulu . Masa tu umur ku 20 tahun. Selepas mengumpul sedikit wang dari kerja ku sebagai buruh kasar atau lebih tepat lagi kerja kontrak yang tak seberapa, akhirnya aku pun mendaftar ke Pusat Latihan Memandu Lai .

Tapi sebelum mempunyai lesen memandu kereta , aku kerap sebenarnya memandu kereta Wak Segan (volkswagon) kepunyaan abang ku yang diletakkan di rumah. Itu pun tengok kiri kanan dulu, ambik kunci, lari dan bawa kereta tu menyusuri jalan di Parit Bakar, Parit Amal , Parit Sakai dan segala banyak parit yang sememangnya banyak di kampong ku. Dulu kenderaan tak banyak di jalan raya, jadi senanglah aku nak belajar. Syoknya bawak keta wak segan ni, bila dia meluncur laju dalam gear 4, eksosnya akan meletup “pom” “pom” “pom” . Satu kampong boleh dengar, meriah sekali. Tak payah tunggu hari raya nak dengar bunyi letupan meriam .

Jadi semasa mendaftar di pusat memandu tu, kerana aku pun tak punya banyak uang, aku hanya memilih 2 kali belajar saja . 1 sessi untuk belajar parking di tanjung mas , dan 1 sessi lagi di atas jalan raya yang akan dilalui kelak semasa melakukan ujian sebenar bersama pegawai JPJ. Untuk 2 sessi ni, aku hanya perlu membayar RM24.00 sahaja. 1 sessi RM 12.00.

Kalau dulu bayaran yang dikenakan sangat murah berbanding sekarang yang memerlukan beratus-ratus ringgit hanya untuk mendapatkan lessen memandu.

Tentang lesen ‘L” pula , aku telah memilikinya setahun sebelum itu. Hari yang ditunggu pun tiba dengan debaran di hati. Bercakap tentang debaran, masa nak berkhatan dulu pun tak berdebar mcm masa nak ambik lesen memandu kereta.

Pagi-pagi lagi aku dah terconggok di JPJ menunggu tuan punya kedai memandu tu sampai . Untuk ujian pagi ni, aku terpaksa membayar lagi RM 30.00 untuk sewaan kereta. Masa tu kebanyakkan kereta yang digunakan ialah kereta Datsun kotak yang kecil itu. Keistimewaan kereta ni, sterengnya boleh dipulas semau mungkin mengikut kehendak. Jadi senang sikit nak parking.

Giliran ku sampai , ujian pertama berhenti di atas bukit . Sebelum tu ramai juga pelajar yg gagal kerana tidak dapat memberhentikan kereta di garisan betul2 terletak di atas bukit. Ada juga yang dapat berhenti dengan kedudukan yang tepat, tapi bila berjalan semula, kereta mengundur sedikit menyebabkan “tester” akan mengagalkannya.

“Pak itam bin Pak Busu” , jerit “tester” meyeru nama ku.
Dengan langkah yang bergaya penuh keyakinan , aku pun masuk ke dalam kereta lalu memulakan sessi ujian itu dengan mulut ku sentiasa terkumat kamit membaca doa.

Mula2 betulkan tempat duduk dulu mengikut keselesaan pemandu, pasang tali pinggang, betulkan cermin sisi dan cermin di dalam kereta. Tu semua akan dikira , kalau tak buat “sure gagal” bukan “sure heboh”

“Ek ek ek, bromm” bunyi deruan kereta , tetap macam bunyi Datsun, kenapa tak macam bunyi Ferari

Pedal minyak ditekan perlahan-lahan dan kereta mula menaiki bukit. Alhamdulillah, aku dapat berhenti betul2 di atas garisan . Enjin kereta dipadamkan. Tarik “hand brake” keluar kereta dan lihat sendiri mana kedudukan tayar. Gembiranya hati ku ketika itu. “Lepas satu azab” bisik ku dalam hati.

Masuk kembali ke dalam kereta untuk “azab” kedua.
Yang part ni ramai yang “kantoi” kerana kena hidupkan enjin, lepaskan handbrake perlahan2 dan kena imbang antara pedal minyak dengan cluth. Kalau salah imbang enjin mati , sah-sah kantoi, Kalau kereta termengundur ke belakang juga , lagilah kantoi

Hati ku mula berdebar-debar
“Ya Allah, berilah aku kekuatan” doa ku. Aku tak punya banyak wang untuk menduduki ujian itu lagi

Tentu rakan2 abang-abang, adik-adik,ibuk-ibuk,bapak-bapak juga punya pengalaman ini untuk dikongsi bersama

Penat menulis, sambung esok-esok ya.

Rabu, Januari 27, 2010

DAM



Mengikut pangajian pak itam, dam membawa maksud binatang ternakan al-An’am seperti unta, lembu, kambing atau qibas yang disembelih atau gantinya daripada makanan atau puasa yang dikenakan ke atas mereka yang menunaikan haji atau umrah di atas sebab-sebab tertentu.

Dam pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

1. Dam Tertib dan takdir
Seseorg itu hendaklah mengerjakan satu demi satu mengikut tertib, bermakna tidak boleh dipilih atau diganti dengan yang lain kecuali tidak berkemampuan mengerjakannya.

2. Dam Takhyir dan takdir
Takhyir membawa maksud seseorang itu boleh memilih antara jenis-jenis dam yang diwajibkan. Takdir pula merujuk kepada kadar dam tersebut yang telah ditetapkan oleh syarak.

3. Dam Tertib dan Ta’adil
Maksud tertib Seseorg itu hendaklah mengerjakan satu demi satu mengikut tertib, bermakna tidak boleh dipilih atau diganti dengan yang lain kecuali tidak berkemampuan mengerjakannya.
Ta’adil pula ialah menukar kepada membayar dam dengan cara berpuasa jika tidak mampu mengelurakan makanan.

Apa yang hendak dikongsi di sini ialah seseorang yang mengerjakan haji atau umrah hendaklah berhati-hati daripada terlibat melakukan larangan semasa ihram haji atau umrah atau meninggalkankan perkara2 wajib haji dengan sengaja. Walaupun boleh ditebus kesalahan itu dengan dam tetapi dia telah terlibat melakukan dosa dengan sengaja

Cerita pasal dam, ni lagi satu dam juga. Dam bagi sesiapa yang mempunyai "kuda" yang perlu dibayar setiap tahun. Dam ni dengan ertikata lain perlindungan insurance dan cukai jalan yang perlu diperbaharui setiap tahun. Tapi dam bagi insuran ni ada discount setiap tahun dikenali NCB atau No Claim Bonus dengan syarat tidak pernah melakukan tuntutan .

- Tahun pertama 25% diskaun
- Tahun kedua 30% diskaun
- Tahun ketiga 33 1/3 % diskaun
- Tahun keempat 40% diskaun
- Tahun kelima 55% diskaun

kene bayar damnya sebelum 09/02/2010
alhamdulillah NCB dah 55 % + 5 % rebate

Sebelum tu “value” untuk "kuda" yang hendak diinsurance perlu dilakukan dahulu. Pastikan valuenya mengikut harga pasaran tahun dinilai . Jangan meletakkan valuenya terlalu tinggi krn syarikat insurance akan menanggung tuntutan sekiranya ada berdasarkan value semasa sahaja. Jangan juga letakkan terlalu rendah kerana sekiranya berlaku perkara2 yang tidak diingini seperti kehilangan, pihak kita yang akan mengalami kerugian . Tapi bab bayaran cukai jalan bergantung sepenuhnya dengan cc atau kuasakuda kenderaan tersebut seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tiada perlindungan insurans bagi sesebuah kenderaan itu melanggar Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan ’87 yang boleh membawa hukuman :

1) Anda boleh di denda RM1000.
2) Di penjarakan 3 bulan, atau
3) Kedua-duanya
4) Lesen anda boleh di gantung 12 bulan.

Jadi kepada sesiapa yang mempunyai "kuda" yang perlu diinsurancekan, ingatlah tarikh luputnya . Sendiri mau ingat maaaaa ngeh ngeh

Selasa, Januari 26, 2010

TAYAR-TAYAR KEHIDUPAN

pak itam ingat nak pakai tayar ni kat kereta , lambat sikit habis bunganya ngeh ngeh
sesiapa berminat hubungi pak itam di talian 010-6644tekan-tekan tak dapat he he

senang nak buat berkebun

ni kalau balik KL naik tractor ni, agak2 berapa jam


Mungkin sekali pandang, tiada yang istimewa dengan gambaran yang dipaparkan . Tapi sekiranya kita lihat kembali dengan mata hati kita, gambaran ini boleh kita interpretasikan sebagai satu lumrah kehidupan samada kita sedar atau pun tidak.

Hidup ini ibarat tayar a.k.a roda, kekadang di atas, kekadang di bawah . Tidak semestinya selalu di atas dan tidak semestinya selalu dibawah selagi roda itu berpusing. Begitulah juga dengan kehidupan kita . Sekiranya kita berada di atas, pandang-padanglah yang berada di bawah . Tapi yang paling ditakuti bila ketika roda itu berhenti berputar , dimanakah kedudukan kita ???

Sekiranya roda telah rosak , maka akan terkeluarlah ia dari rimnya,Begitu juga dengan kehidupan. Sekiranya kehidupan kita tidak berpandukan kepada prinsip2 dan amalan seperti yang dianjurkan dan disarankan, maka mulalah muncul segala permasalahan. Tapi kembalikan ke pangkal jalan . Insyallah

Untuk roda berputar dengan lancar juga, perlu cukup angin. Kalau tidak akan mengganggu sedikit kelancarannya walaupun masih berputar. Begitulah juga dengan kehidupan kita .

Tapi tayar traktor ni betul-betul memeningkan kepala pak itam. Manakan tidak, pembekal yang sepatutnya membekalkannya pada pak itam telah mendiamkan diri kerana kehabisan stok sedangkan tempahan telah dibuat 3 bulan lebih awal. Kerana kegagalannya memaklumkan pada pak itam menyebabkan kegagalan juga pada pihak pak itam membekalkannya kepada pihak sekolah. Akhirnya setelah kata dua oleh pak itam “ada atau tiada” , barulah dia memberikan kata putus tiada.Alasan yang diberikan sungguh tidak munasabah . Kalau lebih awal lagi , kan senang. Lalu sebuah lagi syarikat pembekal dihubungi dan apa yang memeranjatkan , stoknya melambak. Pada petang itu juga , pak itam dapat menyelesaikan amanah yg diberikan oleh pelanggan pak itam setelah hampir 3 bulan tertangguh.Kerja-kerja pemasangan siap dalam masa 3 jam . Alhamdulillah.


Apa yang ingin pak itam kongsikan di sini ialah amanah dan kejujuran dalam melaksanakan sesuatu urusniaga atau tugasan atau apa saja yang sewaktu dengannya sangat penting. Sebagai seorang islam , semuanya akan dipersoalkan nanti di akhirat kelak . Sikap tidak beretika seperti ini telah menular dikalangan individu tidak mengira agama kebelakangan ini kerana hanya memikirkan keuntungan saja . Ingatlah, keuntungan diakhirat lebih bermakna dan bernilai dari segala-galanya bagi yang beragama islam.

Ahad, Januari 24, 2010

BERDUA-DUAAN

Alhamdulillah, hujung minggu tiba lagi. Seperti biasa segala jadual untuk hari sabtu dan ahad telah dalam perancangan, namun seperti yang diketahui umum, semalam negeri Johor telah kehilangan seorang sultan. Allah telah menjemputnya kembali . Satu kehilangan yang besar buat rakyat negeri Johor atas pemergian Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin.

liputan akhbar hari ini berkaitan istiadat pemakaman

Jadi , aku terpaksa mengubah sedikit jadual yang telah disusun . Lantas aku pun mengajak isteriku , "Darling, jom balik HC". Dekat pukul 9.00 pagi kami pun bertolak dari pinggir hutan ke HC. Perut lapar pula lalu kami pun singgah ke sebuah gerai di HC . Jam menunjukkan hampir pukul 10.00 pagi. Nak makan tengahari terlalu awal . Akhirnya aku "pekena" semangkuk lontong bersama telur goreng. Pak itam tak suka telur rebus. Tapi lauk untuk tengahari di gerai tersebut dah siap. Seperti biasa , hari bersenang-senang, lalu kepala ikan mayong dan beberapa jenis sayuran dibungkus. Tengahari ni kataku kepada mak itam "tutup dapur" he he kesian isteriku, sesekali kasilah dia rehat .

Sesampai je ke teratak kami , kami telah dikunjungi oleh saudara Amran bersama isteri dan anaknya. Masa tu aku tercenggang juga bila dia memperkenalkan diri. Pak itam cuba "recall" balik , Akhirnya apabila Amran menyebut "pak itam kan" aku tersenyum. Rupanya En. Amran dan isteri sering mengikuti perkembangan blog di PDKM sebagai silent readers lantas mengikuti juga perkembangan blog aku SCP.

Lantas kami pun menjemputnya masuk. Alhamdulillah, walaupun kali pertama bersua, namun ikatan silaturahim dan ukhwah yang terjalin diharapkan berpanjang. Kami meluangkan masa dengan berbual mengenai pelbagai "hal negara dunia dan hal negara akhirat". Suatu yang aku tertarik dan bangga dengan usaha murni pasangan ini yang telah mewujudkan kelas tahfiz atas inisiatif sendiri bersama beberapa ajk dan mempunyai hampir 20 orang pelajar setakat ini.. Satu usaha yang murni dan tentunya diberkati Allah SWT . Semoga usaha En. Amran ini sentiasa dipermudahkan dan sentiasa dibawah kerahmatan Allah SWT. Di harap En. Amran dan isteri jika ada kelapangan, singgah2lah ke teratak kami dan tidak serik untuk datang lagi . Kami memohon maaf atas segala layanan kami yang tak seberapa dan hanya dapat menghidangkan minuman sahaja kerana kami baru saja sampai dari hutan . Dalam pada tu pun, pak itam terlupa pula untuk mengambil no. hp nya. Kami sangat bebesar hati dengan kunjungan tuan suami isteri dan anak.

Tengaharinya masa kami dihabiskan dgn mengikuti siaran langsung istiadat permakaman di TV sehingga tamat . Selepas asar, pak itam dan mak itam pun bertolak ke JB. Biasalah, hujung minggukan masa kami "berdating" a.k.a "berendut" ngeh ngeh

sempat ambil buku ni utk pelanggan ku

Sambil tu, sempat pak itam ambil beberapa barangan utk pelanggan pak itam . Kebetulan keperluan dapur pun dah habis. Maka pasaraya "gergasi " menjadi persinggahan kami. Keperluan utk teratak kami di HC dan di tepi hutan dibeli. Tidak ketinggalan juga untuk anak2 angkat kami yang seramai 13 ekor tu.


makanan utk kucing2 ku selama 1/2 bulan
semoga kucing2 ku sentiasa mendoakan kami

Magrib pak itam di Jaya Jusco berdekatan pula , namun satunya yang sepatutnya pak itam rasa perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusannya. Bagaimana sebuah pusat membeli belah yang tersergam gagah hanya mampu menyediakan sebuah surau yang sangat kecil bagi menampung jemaah. Untuk mengambil wuduk juga memerlukan sedikit masa dan beratur dan begitu juga untuk bersolat . Sebagai satu tanggungjawab sosial, mereka sepatutnya memikirkan dan bersedia untuk mengorbankan sedikit ruang yang lebih besar dan selesa bagi keperluan tersebut. Fikir-fikirkan lah.

Aktiviti malam minggu kami berakhir dengan 2 gelas capuchinno di cafe sambil borak-borak, cerita-cerita dan memacam lagilah ngeh ngeh

Kalau tetiap hari, hari minggukan seronok he he he

kekadang pak itam berimiginasi kalau hari bermula dengan Isnin terus di ikuti Sabtu dan ahad dan seterusnya Isnin, Sabtu , Ahad tiada selasa , rabu dan khamis

Alangkah bahagianya dunia ..............

Sabtu, Januari 23, 2010

SINGAPORE P1 : SENTOSA ISLAND

SENTOSA ISLAND

RONDA2 NAIK NI, FREE

SILOSO BEACH RESORT

UNDER WATER WORLD


PARI BINTANG, BUAT ASAM PEDAS NI SODAP NGEH NGEH




KUDA LAUT

TEROWONG DALAM AIR SEPANJANG 83 M UNTUK MENYAKSIKAN
HIDUPAN MARIN SECARA LEBIAH DEKAT


SOTONG KURITA

Apa nak buat hujung minggu, lantas pak itam pun ajak jom pi Singapore. Jaraknyanya pun tak begitu jauh . Bukak internet kejap, layari website hotel dan terus buat tempahan di Meritus Mandarin, Orchad Road untuk sehari. Lalu kami pun menuju Singapore melalui Tuas Check Point . CIQ kat sana tak sesibuk mcm di CIQ Woodlands. Kenderaan tak banyak . 20 minit dari situ kami kami dah sampai ke Sentosa Island .

Untuk memasuki Sentosa Island, kami dikenakan bayaran utk kenderaan dan individu di pintu masuk. Semua bayaran boleh dibuat melalui Auto Pass secara automatik . Tapi pastikan terdapat kredit di dalamnya. Yang bestnya, Auto Pass ni bermacam-macam gunanya di Singapore kerana untuk bayaran letak kenderaan pun menggunakan Autopass ni. Sungguh efesien sekali.

Tempat letak kereta tertutup banyak disediakan di sini kerana untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi di Pulau Sentosa ini, perkhidmatan shuttle bas secara percuma disediakan seperti di Disneyland.

Destinasi kami yang pertama pagi ni ialah UnderWater World yang dibuka dari 9.00 am - 9.00pm. Bayaran untuk dewasa ialah Sing. Dolar 22.00 seorang. Berbagai hidupan marin yang terdapat di sini. sungguh indah ciptaan Allah ke atas makhluk hidupan marin ini.

Jumaat, Januari 22, 2010

HPT


Dah hampir 2 tahun, setiap 2 bulan , pak itam akan pergi melakukan pemeriksaan rutin di klinik untuk pemeriksaan BP . HPT ini merupakan satu penyakit yang digelar "silent killer" HPT bahasa perubatan , kalau bahasa seharian darah tinggi. Sebenarnya pak itam pun tak tahu macam mana boleh dapat penyakit ni. Mungkin faktor genetik kerana ibu ku dan arwah bapa ku serta beberapa orang adik beradik mengalami darah tinggi ni. Tapi semuanya sebenarnya datang dari Allah jua.

Tapi sekarang alhamdulillah, semenjak dua menjak tiga menjak pak itam amalkan pemakanan sihat seperti bersarapan dengan quaker oat setiap pagi yg disediakan oleh isteri ku tersayang, kadar kolestrol telah berada di paras yang baik dan tekanan darah juga normal 120/80 .

Pemeriksaan rutin setiap 2 bulan sekali tetap perlu diikuti. Macam biasa selepas berehat di rumah, baru pak itam akan ke klinik . Kalau tanpa rehat terus melakukan pemeriksaan, mau masa tu BP 180/120 kerana sistem pengedaran darah kita sedang berkerja 100 %.

Semakin usia kita meningkat, paras tekanan tentulah semakin tinggi . Tapi semalam masa pak itam buat pemeriksaan di klinik, 140/90. Doktor kata atas ok, bawahnya lebih 10 . Kalau paras yang ok hanya 80. Kemungkinan pak itam semalam tak cukup rehat dan terasa keletihan .
Semalam juga mereka dah setkan temujanji untuk Pak itam buat pemeriksaan tahunan bagi kandungan gula dalam darah dan pemeriksaan mata yang rutinnya setahun hanya sekali utuk tahun 2010 ni.

Perubatan hanya salah satu ikhtiar dalam mengubati penyakit , tapi yang menentukan ialah Allah SWT jua. Makan ubat, jaga pemakanan dan berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar mudah utk pak itam menjalankan tugas2 di dunia dan akhirat . Tapi bab makan ni yang susah sikit ngeh ngeh ngeh
Tengok sedap je, habis di"balun" he he he
Takpa lah, lapar lawannya makan, haus lawannya minum dan sihat lawannya sakit dan tentunya hidupkan lawannya mati
Alhamdulillah, aku masih diberikan kenikmatan oleh Allah dalam menumpang hidup dibuminya ini.

Khamis, Januari 21, 2010

ADAKAH KITA PENCURI ???




"Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?" Baginda menjawab : "Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya."
(Hadis Riwayat : Ahmad).

Suatu hari, selesai solat berjamaah, Rasulullah duduk bersama para sahabatnya di salah satu sudut masjid.
Tiba-tiba datang seorang laki-laki ke sebuah sudut lain dan langsung mengerjakan solat sendirian. Dalam solatnya orang itu rukuk dan sujud dengan cara seperti mematuk-matuk (sekejap-sekejap) karena terburu-buru.

Melihat hal itu, kemudian Rasulullah berkata kepada para sahabatnya :

"Apakah kalian menyaksikan orang ini? Barang siapa meninggal dalam keadaan (solatnya) seperti ini, maka ia meninggal di luar agama Muhammad"

Nabi Saw kemudian memperumpamakan orang itu seperti burung gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma.

"Bagaimana ia boleh kenyang?" , tanya baginda.

Sikap terburu-buru dalam solat, hingga merosakkan gerakan dan makna solat, termasuk perbuatan yang berdosa.

Hal itu sama saja dengan memusnahkan thoma'ninah yang merupakan salah satu rukun solat. Padahal, tidak ada solat tanpa melengkapi rukun-rukunnya.

Jadi, dengan tidak dipenuhinya thoma'ninah, solat bukan sekadar tidak sah, tetapi solat itu dianggap tidak ada.

Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat (QS Al-Ma'un: 4).

Mengapa Allah dan Nabi saw mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri?

Sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandung makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung.

Membuang thoma'ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan.

Dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun, terutama terhadap yang lebih tinggi kemuliaannya. Justeru, apatah lagi terhadap Allah yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam kehidupannya.

Sehubungan itu , pak itam menyeru diri pak itam sendiri dan juga rakan2 sekalian agar kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang dicoretkan sebagai pedoman dan panduan kita kerana SEJAHAT-JAHAT PENCURI IALAH MEREKA YANG MENCURI DALAM SOLAT.

Walau sepenting mana pun sesuatu perkerjaan itu yg kita tangguhkan kerana mengerjakan solat , pastikan kita tak menjadi PENCURI DALAM MENGERJAKAN SOLAT

Insyallah.

Rabu, Januari 20, 2010

PENYAPU,BAKUL SAMPAH , PEMADAM,SKOP DAN SEWAKTU DENGANNYA


buku kerja & rujukan utk koperasi sekolah

saki-baki penyapu yg tinggal , alhamdulillah

buku naskah contoh yang melambak kat stor
pada sesiapa kekawan yang jumpa pak itam utk
anak2 mereka, pak itam kata ambiklah dan carilah
dapat juga pak itam pahala



Alhamdulillah, semua urusan penghantaran pembekalan utk pelanggan2 ku dapat dilaksanakan dengan jayanya sepanjang bulan Disember walaupun ada ketikanya menerima pesanan dalam notis yang sangat singkat. Faham2 sajalah, sekolah yang akan dibuka pada bulan januari memerlukan pelbagai alatan dan keperluan . Aku dan staff tak habis-habis “main” dengan penyapu, bakul sampah, pemadam, skop ,binding tape ,kertas,tikar getah dan bermacam-mcm lagi keperluan dan peralatan pejabat. Untuk buku kerja dan rujukan bagi koperasi2 sekolah pula pun dah selesai. Sekarang ni tgk sibuk untuk "order" awal tahun pula.

Kesemua peralatan dan kelengkapan yg dihantar “tak nampak duitnya”. Nanti bulan 4 atau 5, barulah nampak hasilnya bila peruntukan sekolah dah masuk dari kerajaan dan mereka pula mula melakukan pembayaran. Itulah rutin setiap tahun, namun segala pembayaran mengikut “terms” 30 atau 60 hari kepada pengilang perlu dijelaskan awal bulan Febuari nanti. Tu salah satu sebabnya tak ramai peniaga dikalangan orang melayu yang sanggup berkecimpung dalam bidang ni.

invois pembekal yg dah setimbun yg perlu dijelaskan semua awal febuari

Melihat invois dari pengilang dan pembekal pun dah melambak, maka melambaklah juga cek yang nak kena “prepare” . Pak itam dah biasa membuat kerja-kerja perkeranian macam ni .
Seperti yang pak itam katakan, pak itamkan mula dari "negative A" lagi semua selok belok perniagaan , jadi ilmu tu pak itam dapat dan belajar sendiri .Sekarang dah sampai "X" cuma sikit lagi je nak khatam "Y" dengan "Z" . Tapi ilmu ni kan tak pernah habis.

Kedai a.k.a stor pak itam hanya beroperasi mengikut hari persekolahan saja kerana pelanggan pak itam 99.99 % adalah terdiri dari sekolah dan jabatan kerajaan . Pak Itam takde niat lagi nak buka untuk “walk in” customer. Cukup sekadar beroperasi mengikut waktu pejabat.Pak itam tak nak habiskan masa sehingga malam kat kedai. Urusan kita dengan Allah , keluarga dan masyarakat juga perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Kalau dah seharian kat kedai, tentu masa untuk yang tadi menjadi begitu terhad.

Apabila beroperasi mengikut hari persekolahan, maka yang untungnya adalah staff pak itam. Jika hari persekolahan 200 hari setahun, maka mrk pun kerja hanya 200 hari setahun sahaja. Jadi tolak , campur , darab , bahagi, cuti mereka lebih kurang 140 hari setahun. Rasa2nya takde kompeni lain yg buat mcm tu

Kalau cuti raya seminggu, seminggulah dia cuti, kalau Tahun Baru Cina seminggu, seminggulah juga dan begitulah. Tu sebab, Pak Itam selalu ingatkan, “depa beruntung , cuti banyak, gaji jalan, jadi time kerja, kerjalah betul-betul, time mengular, mengularlah betul-betul”

Teringat dulu semasa pak itam mengerjakan haji, pak itam tawakkal secara total pada Allah dan serahkan segala urusan pada mereka . Pandai-pandailah mereka uruskan . Alhamdulillah semua berjalan dengan baik walaupun ada sikit-sikit masalah . Tu biasalah, Boss takde , ular dah tumbuh sisik dan bertukar menjadi naga he he he

Diam tak diam dah bertahun-tahun juga mereka kerja dengan pak itam. Ada rakan2 yang bertanya “taknak besarkan lagi ke perniagaan ni” jawab pak itam “Alhamdulillah, cukuplah dengan apa yg Allah kurniakan” Teringat masa dulu semasa perniagaan pak itam hampir ke seluruh Johor sehingga Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang, masa tu susah nak “control” kerana faktor jarak dan masa . Akhirnya , pak itam biarkan saja . Harta dunia ni kalau dikejar, sampai mati pun tak sudah .

Rakan-rakan Pak Itam yang berbangsa Cina ada yang dah membesarkan perniagaan mereka , tapi akhirnya apabila bertemu pak itam katanya “Berniaga macam you juga tak pening , lagi besar lagi banyak benda nak fikir dan selesaikan dan overhead pun terlalu tinggi. Target setiap bulan nak kena capai, pening, pening,pening. Tak sampai target, tapi gaji pekerja yang ramai serta semua kos nak kena bayar”
Mereka tidak berkuasa sepenuhnya ke atas syarikat kerana mempunyai beberapa "partner" , berbanding pak itam yang berkuasa sepenuhnya ke atas segala pengurusan dan pentadbiran syarikat. Apabila dikaji dan difikir kata-katanya, memang ada betul .

Harta di dunia ni kalau kejar , sampai mati pun tak habis. Alhamdulillah , dengan rezeki yang Allah kurniakan pada kami . Kami dapat menikmatinya dan meraikan bersama . Itu pun melebihi dari keperluan dan semoga pintu rezeki ini terus dibuka dan yang paling penting diberkati setiap sen yang kami perolehi.
Insyallah.

Selasa, Januari 19, 2010

KAIN PELIKAT GOMBANG

fail2 yg dok menimbun


kalkulator tu dh 15 tahun, sampai dah tak nampak lagi butangnya he he

dengan alatan ni dah boleh buat bisnes, syukur alhamdulillah

yang ini jadual waktu kerja sahabat pak itam ngeh ngeh ngeh

Alhamdulillah, setiap hujung minggu aku dan isteri akan pulang ke teratak ku dan menghabiskan masa di sana sehingga petang ahad . Itulah rutin hidup kami . Tapi kebiasaannya aku akan membawa bersama sebuah beg yg penuh dengan dokumen2 .

Kalau tidak kemana-mana, masa ku akan dihabiskan di depan lappy untuk menyiapkan segala perkara yang perlu disiapkan sebelum hari Isnin. Kekadang berejam juga , tapi tak memeningkan kerana "alah bisa tegal biasa" Kita yang menguruskan waktu, bukan waktu yg menguruskan kita. Kalau di sesetengah syarikat, pada hari sabtu atau ahad dimana mereka terpaksa berkerja, selalunya hanya memakai pakaian seperti t shirt sahaja, tapi pak itam rasa pak itam lagi best, kerja hanya memakai kain pelikat gombang dengan t shirt pagoda je he he he seronoknya

Janji ada pen drive , sebuah kalkulator dan hp di sebelah ku, itu sudah memadai .Segala urusan boleh diuruskan secara online dan melalui panggilan hp saja . Memang seronok kalau dapat bekerja dari rumah. Penat dan letih, boleh berhenti ikut suka hati . Takde siapa nak marah dan arah. Itulah dunia kehidupan ku.

Sambil buat keje, boleh merayau2 ke rumah rakan2 di alam maya.

Kalau dulu aku banyak "work hard" tapi beberapa tahun kebelakangan ini, aku dah mula "work smart". Yalah, dah puas aku bertungkus lumus untuk membina apa yang ada aku ada sekarang, sekarang masanya untuk aku "maintain" saja . Kerja, harta dan kekayaan di dunia kalau dikejar sampai mati pun tak sudah.Aku dah tak mahu nak kejar-kejar sangat. Alhamdulillah, dengan apa yang Allah SWT kurniakan untuk kami ini , melebihi dari keperluan kami .

Tapi itulah, aku tak tahu dan pasti siapa yang akan meneruskan kesinambungannya. Anak2 masih menuntut. Kakaknya masih dlm semester 2 mengambil jurusan "Office Managemant" dan adiknya pula baru tingkatan 2. Aku memang berharap agar anak-anak ku akan berminat dan dapat meneruskan apa yang telah aku mulakan dan bina selama ini . Itu doa dan harapan ku.

Semoga Allah SWT memakbulkan apa yang kuhajati ini.
Semoga Allah SWT mendengar luahan hati ku ini yang mengharapkan terbaik untuk anak-anak dan isteri.
Semoga kehidupan kami terus diberkati di dunia dan akhirat.

Insyallah

Isnin, Januari 18, 2010

SETIAP DETIK DAN SAAT NAFAS YANG KITA HELA



Pak itam ingin berkongsi bersama kalian semua beberapa pengalaman yang sukar digambarkan, sukar diceritakan. Gambarannya sarat dengan "roh dan jiwa"

Terdapat beberapa peristiwa yang masih kuat dan kekal di dalam hati, jiwa dan sanubari ku.

Antaranya menyaksikan suasana menuju ke jamrah tidak akan luput dari ingatan selagi hayat dikandung badan.

Selepas subuh dan bersarapan, pak itam bersama seorang teman telah menghabiskan masa di atas "fly over" berhadapan pintu masuk terowong muassim. Kebetulan khemah bagi maktab pak itam hanya di tepi pintu masuk terowong muaasim. Suasana damai dan indah di bumi Mina dengan keheningan pagi dipecahkan oleh laugan suara takbir yang bergema hasil dari jutaan umat yang menuju ke jamrah .

Pada masa itu, hati pak itam meronta-ronta untuk mengikuti rombongan jemaah tersebut, namun pak itam terpaksa akur dengan nasihat dan garis panduan perjalanan jemaah haji Malaysia yang menetapkan agar waktu melontar selepas pukul 9.00 malam bagi mengelakkan kesesakkan.

Suasana begitu meriah namun mereka semua hanya mempunyai satu tujuan. Melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah bagi menyempurnakan wajib haji dan sebagai perlambangan sebagai penentangan kepada syaitan dan iblis seperti yang dilakukan oleh Nabi Allah ibrahim semasa baginda hendak menyembelih anaknya iaitu nabi Ismail.


video

Setengah jam kemudian , suasana semakin meriah , jemaah semakin bertambah. Tapi dengan izin Allah jua, terowong tersebut tetap mampu "menelan" ratusan ribu jemaah . Itulah kebesaran ALLAH dalam mentadbir sesuatu perkara.

Diam tak diam , hampir 1 jam juga Pak itam duk ralit memandang dan menghayati suasana ketika itu yang hanya dapat dialami setahun sekali je jika menunaikan fardhu haji. Pak itam mengambil ia sebagai iktibar bahawa Allah itu Maha Berkuasa ke atas segalanya.
video
Dengan semangat yang berkobar-kobar
Dengan diiringi panji-panji keimanan ,

Menuju ke satu destinasi yang sama,
Menuju ke satu satu matlamat yang serupa
Menuju ke satu tujuan yang murni
Menunjukkan semangat penentangan dengan iblis dan syaitan laknatullah

Namun hakikatnya,
Penentangan terhadap syaitan
Bukan hanya bermusim
Yang pasti setiap detik dan saat nafas yang kita hela

Allahuakbar, Allahhuakbar, Allahuakbar, Walillahilham


Ahad, Januari 17, 2010

DATING


bekalan buat santapan mata isteri ku utk seminggu


Diam-tak diam , hampir 20 tahun pak itam kahwin dengan mak itam. Dulu kami berdua, kemudian bertiga, kemudian berempat.

Last-last kami tinggal berdua je balik he he he

Apa yang pak itam nak tekankan disini, semangat dan hidup berkasih sayang antara suami isteri perlulah dipupuk, dibajai selalu agar kemanisan hidup berumah tangga akan terus dikecapi hingga ke akhirnya

Kalau hari2 kerja, kami kurang masa nak berdating, tapi kalau hari minggu, insyallah boleh kami berdating dari pagi hingga ke petang , dari petang hingga ke malam dan dari malam hingga ke pagi balik ngeh ngeh ngeh

Cerita pasal dating ni, kami hari ni berdating sampai ke JB he he he
Sebenarnya pak itam ada keje sikit , tapi keje letak tepi dulu, isteri patut diutamakan . Jadi sambil dating, boleh buat kerja tu , bak kata orang 2 dalam 1

Dah terlanjur pergi ke pembekal, apalagi isteri ku yang hobinya memang minat membaca novel seperti biasa akan memilih beberapa buah novel utk santapannya , tapi tulah. Kalau dia mula membaca, tak sampai seminggu dah "habis" kesemuanya

Tapi takpa , kalau habis, esok-esok beli lagi

Alhamdulillah.



ingat pagi esok kami nak "dating" kat rumah sambil
pekena kek
tapi malam ni
pak itam dah "sebat" dulu yg bahagian pak itam
tak boleh tahan tengok kek tu

ngeh ngeh ngeh




Sabtu, Januari 16, 2010

SATU MATLAMAT, SATU TUJUAN, SATU HARAPAN

video
SUASANA SELEPAS SOLAT JUMAAT TERAKHIR SEBELUM TIBA HARI WUKUF




Kita sebagai seorang muslim yg beragama Islam pastinya telah menanamkan tekad dan azam untuk menjadikan syurga Firdausi sebagai matlamat kita nanti apabila berada di alam akhirat.
Namun di mana tahapnya nanti yang akan di tuju kelak sedangkan Allah SWT seperti mana janjinya telah menjadikan beberapa buah syurga mengikut "tingkat"nya sebagai tempat yang kekal abadi yang akan dihuni kelak.Begitu juga dengan neraka. Jawapannya di akhirat hanya 2 sahaja :


a. syurga
b. neraka
tiada c atau d

Akhirnya kita semua tanpa mengira bangsa dan agama yang pastinya akan menuju Akhirat tempat yang kekal selamanya.

"Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekal lah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya."

Kenikmatan Syurga kerap digambarkan oleh Rasulullah semasa hayatnya :
Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda:

Allah SWT berfirman:
"Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Untuk mengapai impian itu dirasakan sungguh susah, tapi yang pastinya tidak mustahil dengan izin Allah jua melalui amalan kita semasa hidup.
Abul-Laits berkata:
"Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:


1. Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t "Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya."

2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis:
"Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia."
3. Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. :
"Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."

4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis:
"Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari kiamat."

5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.


Kesimpulannya, selagi kita masih bernyawa dan menumpang hidup
di bumi Allah ini, lakukan seberapa banyak amal yang boleh dengan
sebaik-baiknya dan tinggalkan lah segala yang mungkar
sejauh-jauhnya


insyallah, kita akan dapat mencapai
tujuan dan matlamat yang pastinya kekal abadi
syurga jawapannya



(peringatan ini ditujukan khas buat diri ku )

Jumaat, Januari 15, 2010

AKU TERLALU RINDU PADA MU


video
sila klik pada butang "Play" pada klip video
video
koleksi video pak itam semasa di sana yang menjadi penawar bila rasa rindu memuncak
Ya Allah,
Kerinduan ku untuk berada di rumah Mu
Begitu kuat dan meluap-luap
Kerinduan yang tidak pernah luput
Tidak pernah padam
Tidak pernah surut
Hingga ke akhirnya

Tiada tempat yang sedamai begitu
Tiada tempat yang setenteram begitu
Tiada tempat yang seasyik begitu

Sesungguhnya ketenangan di sana sukar untuk digambarkan
Sesungguhnya kedamaian di sana sukar untuk diungkapkan
Sesungguhnya keasyikan di sana sukar untuk diluahkan
Aku ingin sentiasa berada di rumah Mu
Namun apakan daya Semua ketentuan Mu untuk ku telah tertulis

Semoga aku dapat menziarahi rumah Mu dalam masa terdekat
Insyallah

Khamis, Januari 14, 2010

LANGIT TIDAK SELALU CERAH

Menurut kamus dewan jubli intan, membawa maksud yang sangat mendalam dan sebenarnya saling berkait rapat dan bertaut dengan realiti kehidupan di dunia yang sementara ini. Apabila kita mempunyai kuasa, janganlah kita menjadikan orang lain mangsa kekuasaan kita itu tadi. Apabila kita berada di atas, janganlah kita memijak orang yang dibawah,. Apabila kita mempunyai kelebihan , janganlah kita memperlekehkan yang mempunyai kekurangan. Apabila mempunyai kekayaan, janganlah memandang hina pada yg kurang kemampuan.

Semua yang dikurniakan Allah kepada kita boleh ditarik balik hanya dengan sekelip mata jika Allah mengkehendakinya. Harta, pangkat, kekayaan semua hanyalah pinjaman semata-mata . Jadi kita sebagai peminjam haruslah sedar akan apa yang dipinjamkan. Sekiranya diberikan kesihatan sebagai pinjaman, bersyukurlah. Sekiranya diberikan pangkat sebagai pinjaman, gunakan pangkat itu untuk mentadbir sebaik mungkin dan begitulah juga sebaliknya.

Terkenang pak itam dengan apa yg menimpa kepada seorang saudara seagama pak itam. Dulunya dia seorang ahli perniagaan yang berjaya dan bergelar jutawan. Semua yang diimpikan , boleh didapatinya dengan mudah. Alhamdulillah, dia seorg yang pemurah tidak lokek dengan harta kekayaan yg dipinjamkan oleh Allah. Namun kerana “beberapa masalah” , dia terpaksa menjual semua perniagaan dan harta kekayaannya lalu berhijrah ke luar negara . Di sana , dia telah memulakan perniagaan yang baru. Untuk beberapa tahun awal, semua yang dirancang berjalan dengan baik. Tapi , itulah seperti aku katakan, “LANGIT TIDAK SELALU CERAH, KU SANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI”

Akibat krisis ekonomi dunia yang berlaku 2-3 tahun kebelakangan ini, semua yang diusahakan musnah dengan sekelip mata. Dia kini menjadi penganggur dan hampir 2 tahun juga tiada pekerjaan. Untuk meneruskan kelangsungan hidupnya di sana, beliau telah menjadi pemandu teksi. Bayangkan seoarang yang pernah bergelar jutawan sanggup menjadi pemandu teksi demi sebuah kehidupan. Tapi aku sangat berbangga dengan sikapnya kerana demi meneruskan kehidupan, sanggup melakukan pekerjaan tersebut demi rezeki yang halal.

Dia redha dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah padanya sekarang. Katanya lagi, "tiada apa lagi yang hendak dicari di dunia selain dari keredhaan Allah SWT" . Alhamdulillah, dalam kesempitan yang Allah berikan kepadanya, ada ruang lain yang Allah berikan kepadanya dan telah menunaikan haji sebanyak 2 kali . Kami sempat bertemu di Makkah semasa pak itam mengerjakan haji tahun 2007.

Sesungguhnya cerita benar yang aku alami ini sungguh menginsafkan diri . Kita sebagai insan terlalu kerdil dan lemah dengan ketentuan Allah dan semua yang ada pada kita hanyalah pinjaman semata-mata . Apa sahaja yg dikurniakan kepada kita ,bersyukur dan gunakan sebaik mungkin dan begitu juga dengan kehidupan.


Nikmatinya kehidupan selagi kita tidak melanggar batas-batas agama islam dan tatasusila .

Hadith riwayat Tirmidzi:

“Tidak bergerak telapak kaki seseorang hamba pada Hari Kiamat sehingga diminta bertanggungjawab tentang 4 perkara:
Tentang masa muda untuk apa dihabiskan
Tentang harta dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan
Masa hidup di mana dimanfaatkan
Dan masa sihat ke mana dihabiskan.”


Al Hakim pula meriwayatkan:

"Rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara: Masa mudamu sebelum tua; masa luang sebelum sibuk; masa kaya sebelum miskin; masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati.

Itulah realiti yang terpaksa kita fahami, sedari dan siap siaga setiap masa, apatah lagi ketika usia di hujung senja .

Enjoy it our life

LANGIT TIDAK SELALU CERAH, KU SANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI"

memang semalam pak itam sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari

jadi , bila ia berlaku , maka jalan disekitar JB jammed teruk


berehat seketika di teratak pak itam di KT .Selepas magrib,pak itam pun masuk ke hutan semula dan sampai ke pinggir hutan yg jaraknya lebihkurang 75 km dari KT hampir 8.23 malam

syukur alhamdulillah
segala urusan pak itam hari ini dapat diselasaikan
dengan izin Allah jua