WARGA SCP

Selasa, Ogos 02, 2011

ISTANBUL : MENUJU PUNCAK CAMLICA (Panorama Istanbul/Selat Bosphorus/Galata)



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

Pagi ni mcm biasa aku sempat joging , semalam tidur nyenyak betul pasal penat seharian mengukur jalan di kota Istanbul. Sebelum tidur aku dah pack semua bag dan pakaian kerana malam nanti akan terbang ke Madinah . Sebuah bag aku jadikan hand luggage . Walaupun hari ini hari terakhir di bumi istanbul, tapi jadual hari ni nak kata padat tak padat , nak kata tak padat mcm padat kerana hari ni hari Jumaat .

Pagi ni kami dijadualkan akan ke Puncak Camlica dan makan tengahari agak awal sikit kerana nak solat jumaat kat Masjid Syezahid dan petang pula akan "river cruisse" di Selat Bosphorus yang makan masa 2-3 jam juga sebelum makan malam awal dan terus ke Kamal Attarturk International Airport pun awal juga kerana biasalah 4-5 jam sebelum terbang dah kena "check in" .



tram tengah bandar


Sarapan mcm biasa kat hotel, telur separuh masak takdak, jadi aku ambik 3 biji telur yang masak sepenuhnya dan aku genyeh2 dan lenyek2 sampai lumat dan lawan dengan roti yang disapu dengan butter. Corak dan gaya pemakanan di sini memang berlainan dengan corak dan tekak melayu ku ini tapi itu semua tak menjadi halangan bagi ku kerana itu semua rezeki dari Allah dan aku bersyukur.

Bas yang akan membawa kami agak lewat dari yang dijanjikan kerana biasalah, hari jumaat di sini kesesakkan lalulintas agak teruk kerana jumlah kenderaan di sini memang banyak sekali .


Destinasi pagi ini ialah puncak Camlica yang terletak di Benua Asia . Dari atas puncaknya, kami akan menikmati panorama Istanbul, Selat Bosphorus dan Galata.

Kalau musim sejuk, tempat ni bersalji, nasib baik sekarang permulaan musim panas di sini yang sama dengan negara2 eropah yang lain. Macam biasa kena merentas ke Benua Asia melalui jambatan gantung . Kelihatan kenderaan yang menuju ke pusat bandar Istanbul bertali arus .

Alhamdulillah, sepanjang beberapa hari aku di sini, semua berjalan dengan baik dan terpelihara dengan kehendak Allah S.W.T jua



kesesakkan menuju bandar Istanbul di sebelah kiri


ramai betul teksi kat Istanbul ni




kelihatan puncak Camlica dari kejauhan
di situ terdapat banyak pencawang telefon

masjid, masjid dan masjid
seronok aku tengok





Dah sampai dah


2 ulasan:

  1. Sangat cantik dan penceritaan yang sangat santai....love it....eh kamera tu beli berapa ringgit? teringin jugak nak ada satu!. hahahahah!

    BalasPadam
  2. uncle

    kamera beli longgok je kat petaling street hehehe

    BalasPadam