WARGA SCP

Jumaat, Ogos 12, 2011

ISTANBUL : MENYUSURI SELAT BOSPHORUS part 7



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Semenjak kejayaan kapal mujahidin memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Laungan takbir bergema "Allahuakhbar, Allahuakhbar" yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada penduduk kota . Mereka seakan mendengar bunyi panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu.

Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan taktik perang yang baru dan tak terfikir oleh mereka sehingga mengucar-kacirkan pertahanan tentera salib itu. Ketika menangkis serangan yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera Islam akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.

Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir memihak kepadanya. Kecintaannya kepada Costantinople seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Raja Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman.

Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya,

" syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah."
Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini.















12 ulasan:

  1. subhana allah, alhmdulillah

    BalasPadam
  2. cantik sungguh gambar2 yang diambil....nampak sangat sharp! well done!

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    Indahnya ciptaan Allah yg diturunkan ke tangan2 manusia

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    BalasPadam
  4. az

    seronok mengkaji sejarah kegemilangan islaam di Turkeye

    BalasPadam
  5. uncle

    budak baru belajar je

    tu kalau pakai camera sharp, lagi sharp tu hehehe

    mana ada camera sharp hahaha
    tv sharp adalah

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam atuk

    Allah maha besar menjadikan apa sahaja yg dikehendaki

    BalasPadam
  7. Salam CR

    Cantiknya header dia....
    Saya memang takjud dgn cerita Al Fatih. Saya suka dgn kisah2 kesultanan Turki tu.
    Hehe kawan kita Jhaz kitaro pun ada buku pasal Turki nikan.

    BalasPadam
  8. Salam CR

    Cantiknya header dia....
    Saya memang takjud dgn cerita Al Fatih. Saya suka dgn kisah2 kesultanan Turki tu.
    Hehe kawan kita Jhaz kitaro pun ada buku pasal Turki nikan.

    BalasPadam
  9. Hehe pisang salai tu memang sedap lebih2 lagi dimasak menggunakan api kecil gas. selalu org jual guna asap, hehe sesekali bodek diri sendiri....

    BalasPadam
  10. Sangat cantik - lengkap dengan cerita sejarah nya..ni cite dari tour-guide ke...tk kongsi info

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam mamaju

    landscape turkeye mmg menarik untuk dipotretkan

    dulu kalau singgah air hitam, kalau beli pisang salai mesti beli sekali kuih telinga keling hehehe

    BalasPadam
  12. cikgu sak

    cerita ni hasil pembacaan saya di buku dan juga internet berkaitan sejarah2 penting yang pernah berlaku di persekitaran selat bosphorus dan golden horn

    saya mmg suka menkaji sejarah , tu sebab masa spm dapat a2 dalam sejarah,begitu juga masa stpm,

    org kata masa tu ada bakat jadi lawyer hehehe

    BalasPadam