WARGA SCP

Sabtu, Ogos 06, 2011

ISTANBUL : MENYUSURI SELAT BOSPHORUS part 1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH


Salah satu yang menjadikan Turkeye sebuah negara yang unik
ialah ia terbahagi kedudukannya 1/2 di Benua Eropah dan 1/2 di Benua Asia dipisahkan oleh selat Bosphorus

Istanbul atau Costantinople yang diasaskan oleh Costantine I pada tahun 330M merupakan salah sebuah bandar utama dunia dan pernah menjadi ibu negara bagi Empayar Byzantine.

Kota Istanbul ini dikelilingi dengan lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosporus, Laut Marmara dan Lautan Tanjung Emas atau lebih popular dengan panggilan Golden Horn .

Alhamdulillah, aku telah dapat menyusuri selat Bosphorus ini . Kami sewa sebuah tongkang dan hanya kumpulan kami je atas tongkang tu. Tapi semua dah masuk dalam pakej dan tak perlu bayar. Kira2nya inilah aktiviti terakhir kami sebelum kami meninggalkan bumi Turkeye dan terbang ke bumi barakah pagi dinihari .

Jom saksikan keindahan belah asia dan belah eropah sepanjang teman berkayuh menyusuri selat ni sambil aku bercerita berdasarkan sejarah islam yang telah berlaku di selat ni dan sekitarnya yang mana banyak pengajaran dan iktibar boleh kita ambil darinya.


Kami bertolak dari pelabuhan Eminonu menaiki bot untuk menyusuri selat ini dalam 2-3 jam juga lamanya cuaca ketika itu tak panas dan tak sejuk yang paling best langit ketika ini cerah dan tidak berkabus kelihatan beberapa buah masjid di belakang sana yang terletak berdekatan antara satu sama lain

Selat Bosphorus termasuk Golden Horn ini pernah menjadi saksi akan keberanian para pejuang islam dalam membebaskan kota Constantinople dari pihak kristian .

Menurut sejarah , sebenarnya, usaha untuk menawan kota Contantinople (Istanbul) telah dimulakan sejak tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian, kemudian diteruskan oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik pada tahun 98H dan Khalifah Harun Ar-Rasyid pada tahun 190H. Namun kesemua usaha ini telah menemui jalan buntu dan gagal .

Sahabat nabi, Abu Ayyub Al Ansari pernah menyertai misi ini namun beliau telah syahid dan dikebumikan di pinggir kota berkenaan.
Kerajaan Bani Abbasiah pula tumbang pada tahun 656 hijrah, usaha menawan Costantinople diteruskan oleh Kerajaan Seljuk. Awal kurun ke 8 hijrah Daulah Othmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum untuk menawan Costantinople. Hasilnya, Sultan Yildrim Beyazid telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M.
Kedatangan bantuan dari Eropah dan serangan tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank ke atas Daulah Othmaniyyah telah memaksa dan menyebabkan Sultan Beyazid menarik balik tenteranya. Akhirnya Sultan Beyazid telah ditawan dan meninggal dunia pada tahun 1402M. Usaha seterusnya disambung oleh Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M)




4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    seronok mengembara ke tempat perkembangan Islam
    pemandangan pun catik2

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    BalasPadam
  2. salam

    hebat rezeki memaparkan info ini.

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam atuk

    menjejak zaman kegemilangan islam suatu masa dulu di Turkeye memang best

    byk tinggalan sejarah islam di sana

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam az

    menambah pengetahuan sejarah perkembangan islam suatu masa dulu mmg menyeronokkan

    BalasPadam