WARGA SCP

Jumaat, Ogos 05, 2011

ISTANBUL : SOLAT JUMAAT DI SHEZADE MOSQUE



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

Hampir jam 1 tgh , kami sampai ke Şehzade Mosque (Turkish: 'Şehzade Camii') Selalu betul aku jumpa perkataan Camii' ni apabila ada masjid, tapi sebenarnya apabila di sebut berbunyi jamek hehehe

Maksudnya Masjid Jamek Shezade


Masjid ni terletak dalam daerah Fatih dan kekadang juga dikenali sebagai masjid di raja . Pembinaannya bermula pada zaman pemerintahan Sultan Suleiman I sebagai mengenang putera sulongnya yang mati Prince Mehmet pada tahun 1543 ketika ia berumur 21 tahun.


Arkitek yang bertanggungjawab ialah Minar Sinan dan siap sepenuhnya pada tahun 1548 .


Ni lagi satu selalu juga jumpa nama Mehmet yang sebenarnya ialah Muhammad .



kolah tempat wuduk

Pada hari itu kelihatan ramai sekali jemaahnya yang kebanyakkan berpakaian kemas berkemeja dan bertali leher kerana mereka semua tentunya dari pejabat2 berdekatan . Tak nampak pulak pula ada jemaah berkain pelikat atau berbaju kurung hehe

Aku sebelum itu berwuduk di tengah2 kolah yang terdapat di bahagian tengah masjid yang merupakan satu kawasan lapang .

Macam biasa , khutbah dimulakan dengan bahasa arab lalu diikuti dengan bahasa turkish . Rukun2 khutbah yang lain sama je dengan kita dan hampir jam 1.50 tgh , selesai sudah solat jumaat dan aku sangat bersyukur kerana diberikan kemudahan oleh Allah utk menunaikan solat jumaat kerana kebetulan berada di sebuah negara Islam.

Terkenang aku masa hari jumaat di kota London yang mana hanya terdapat beberapa buah masjid je menjalankan solat jumaat dan aku terpaksa bertolak ke tengah2 kota London agak awal juga dalam jam 10 pagi kerana takut berlaku kesesakkan lalulintas untuk bersolat jumaat kalau tak salah di Regent's Park Mosque.



Lepas selesai je, kena lah tunggu org perempuan pulak nak solat zohor, jadi aku pun mcm biasa, keluarkan dslr dan mulalah menembak kawasan persekitaran masjid yang pada ku begitu indah sekali seni binanya yang masih kekal utuh walaupun usianya sudah menjangkau ratusan tahun.

Dan kawasan di hadapan masjid ini begitu menarik perhatian ku kerana terdapat deretan perkuburan lama yang mengikut pemerhatian ku pasti ratusan tahun yang sebaya dengan umur masjid ini.




angle dari tepi selalu menarik perhatian ku




kucing ni cantik berbulu panjang dok lepak kat tepi nisan
rasa2 KOG berani tak lepak kat tepi nisan hehehe





4 ulasan:

  1. salam - selamat menjalani ibadah puasa....suka tengok senibina di negara belah2 barat ni...cantik -senibina Islam.

    BalasPadam
  2. wahahaa... macho! siang² ok la ;D

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam cikgu

    selamat menjalani ibadat puasa jug abuat cikgu sekeluarga

    keindahan senibina bina mereka berusia ratusan dan ribuan tahun berbanding kita , mmg cantik

    BalasPadam
  4. koh hehehe

    kalau malam kog lepak tepi kuburan mau kog jadi kbg (kucingbirugemok) heheh

    BalasPadam