WARGA SCP

Ahad, Ogos 07, 2011

ISTANBUL : MENYUSURI SELAT BOSPHORUS part 2



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

Pembukaan Kota Constantinople memang tidak dapat dipisahkan dengan peranan yang dimainkan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih, putera kepada Sultan Murad II yang merupakan sultan ke-7 kerajaan Othmaniyyah

Baginda telah menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M.Sultan Muhammad Al-Fatih telah dididik secara intensif oleh Asy-Syeikh Muhammad Ismail Al-Kurani dan Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) iaitu ulamak terulung di zamannya. Dari situlah timbul semangat dalam diri baginda untuk membuka dan menewaskan Constantinople dari Byzntine.


Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di sebelah benua Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing benua Asia dan Eropah telah dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fatih . Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini akhirnya telah berjaya mengawal lalu lintas di selat Bosphorus ketika itu.

Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan tenteranya dengan menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut dan mendapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban.


Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Sejarah mencatatkan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya.

Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantine.

Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine.











2 ulasan:

  1. salam - bestnya ke turki - pernah singgah sehari dulu...hujung tahun ni ada geng ajak jalan2 ke sini - tapi sy tak pergilah...(tak mampu!)

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam cikgu

    mmg seronok sgt krn byk tinggalan islam terutama dari kerajaan bani usmaniyah yg masih kekal terpelihara di sana disamping cuaca yang nyaman dan pelagai tarikkan lain

    insyallah , suatu hari nanti sampailah cikgu ke sana

    saya pun lps beberapa tahun nak lihat bumi turkeye baru Allah izinkan

    BalasPadam