WARGA SCP

Jumaat, Ogos 19, 2011

MADINAH : BAQI'


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

Raudah sudah, ziarah makam sudah dan akhir sekali untuk pagi ini ialah menziarahi kawasan perkuburan Baqi' pula.

Baqi' adalah tanah perkuburan untuk penduduk Madinah sejak zaman Rasulullah S.A.W sehingga sekarang. Tanah perkuburan ini juga menjadi tempat persemadian jemaah haji yang meninggal dunia di Madinah. Perkuburan Baqi' terletak di sebelah tenggara dan bersebelahan Masjid Nabawi.

Baqi' bermaksud tempat yang dipenuhi dengan umbi pelbagai jenis pokok. Tempat perkuburan ini juga dinamakan Al-Gharkad (pokok ru) kerana pada asalnya, tempat ini dipenuhi pohon ru yang akhirnya ditebang dan yang tinggal hanya umbi pohon ru. Di Baqi', disemadikan lebih 1,000 sahabat, isteri-isteri, anak dan keluarga Rasulullah.

Antara anak baginda yang disemadikan di Baqi ialah Ruqaiyah , Ummu Kalthum , Zainab, Fatirnah dan Ibrahim (anak kepada Maria Qibtiah).

Antara jasad isteri Nabi Muhammad yang disemadikan di Baqi ' ialah, Aishah Abu Bakar al-Siddiq, Hafsah Omar al-Khattab, Saodah Zumaah, Zainab Jahsy, Zainab Khuzaimah, Siti Juwairiyah al-Haris, Safiah Huyai , Siti Habibah Abu Sufian dan Urnmu Salamah Umayyah.

Sahabat Rasulullah dikebumikan di Baqi' adalah seperti Uthman Affan , Saad Abi Waqas, Abdul Rahman Auf, Abdullah Masud, Othman Mazum, Khunais Huzafah, Asaad Zurarah, Abu Zaid al-Khudri dan Agil Abu Talib.

Dari Aisyah ra.berkata:

Adalah Nabi Muhammad S.A.W pada tiap malam gilirannya bersama ku, Baginda keluar pada tengah malam ke kuburan Baqi’ lalu berkata:

“Assalamualaikum penghuni perkampungan Islam, nanti pada waktu yang telah ditentukan kamu akan menemui apa yang dijanjikan. Dan insyallah kami akan menyusul mu di belakang. Ya Allah berilah ampunan bagi ahli kubur Baqi’ yang berbahagia ini”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Ketika menziarahi Baqi, kita digalakkan supaya membaca doa yang bermaksud:
"Salam sejahtera ke atasmu sekalian. Wahai penghulu tempat tinggal orang beriman. Sesungguhnya, kami akan mengikuti kamu kemudian. Kamu adalah orang yang terdahulu daripada kami dan kami adalah pengikut kamu. Mudah-mudahan Allah akan mengampunkan kami semua dan mengasihani mereka yang terdahulu dan kemudian. Ya Allah, janganlah Engkau haramkan kami daripada mendapat pahala amalan mereka dan janganlah engkau fitnahkan kami selepas mereka. Ampunilah dosa kami dan dosa mereka serta ahli Baqi' sekalian."

Alhamdulillah,

Dengan izin Allah, kali ini bapak dapat memasuki kawasan perkuburan Baqi' kerana pintu besarnya masih dibuka sejak lepas subuh tadi.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana tadi dengan izinnya, bapak dapat beribadat di Raudah, kemudian pula dapat menziarahi makam Rasulullah dan 2 orang sahabatnya , dan sekarang pula dapat menziarahi perkuburan Baqi' ini pula yang mana penghuninya yang mula2 akan di bangkitkan dari kubur apabila hari pembalasan tiba kelak.

Sudah tentu mereka yang dikebumikan di sini adalah ahli2 syurga . Sungguh beruntungnya mereka.


Selesai sahaja apa yang bapak hajatkan pagi ini , terus langkah diatur kembali ke hotel dengan memasuki kembali ke Masjid Nabawi untuk ke bahagian belakang . Tu sebab bag plastik atau bekas kasut sentiasa bapa bawa jika ke masjid . Nak kebelakang boleh tahan juga jaraknya kerana masjid Nabawi sungguh besar . Setiba di hotel penginapan Dallah Taibah, kelihatan muatawif dan kumpulan bapak sedang bersiap sedia untuk ke Masjid Nabawi melakukan ziarah dalam buat kali pertama . Bapak minta maaf tidak dapat menyertai mereka sekali lagi kerana bapak keletihan kerana tidak melelapkan mata sejak pukul 2.30 pagi tadi .

Alhamdulillah, segala urusan ku hari ini diperkenankan dan dipermudahkan Allah.



banyak betul merpati di sini kerana ramai pengunjung yang bagi makan jagung
INGAT
bagi makan haiwan besar pahalanya
tapi kalau bagi makan burung di Baqi kerana sesuatu kepercayaan yang bertentangan
dengan ajaran islam
itu bidaah namanya


* hanya jemaah lelaki sahaja yang dibenarkan memasuki perkuburan Baqi'

* pintu masuk ke perkuburan Baqi' hanya dibuka mengikut waktu2 tertentu sahaja dan bukan setiap masa.

* elakkan dari melakukan perkara2 yang bercirikan bidaah semasa menziarahi perkuburan Baqi'

6 ulasan:

  1. CR,

    Saya tidak ada pengalaman memasuki Makam Baqi ni, tetapi ada lalu sekali tepi makam ini pada sebelah malam, itulah pengalaman pertama berada di pagar makam ini. Ramai jugak yang berdiri di tepi pagar makam ini. Tak pasti apa yang mereka buat kat situ

    BalasPadam
  2. salam rezeki.
    rumah saya berhampiran dengan Hotel Green Palace (berhadapan dengan parking lot hotel GP...dululah...la ni mungkin parking lot tu dah jadi hotel!)dan bila rezeki menulis tentang madinah, terasa kelopak mata saya berlinang. berhampiran situ jugaklah (opposite direction actually) saya selalu makan roti canai dan teyy tarik sementara menunggu laundry saya siap!

    BalasPadam
  3. rosli

    baqi dibuka lps subuh rasanya utk hanya beberapa jam

    beruntung ahli2 baqi krn ia akan dibangkit dahulu nanti

    BalasPadam
  4. uncle

    untung uncle dulu psl lama juga pernah tinggal kat madinah sebelum pindah makkah

    tentu byk kenangan uncle kat sana psl kali pertama bertugas di bumi penuh keberkatan

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah....selesai ziarah baqi'...

    kak nab suka merpati!!

    BalasPadam
  6. Assalam mualaikum
    sya sedikit menceritakan tentang nenek saya....
    beliau adalah penjaga salah satu musolah di kota manado.... di waktu beliau pergi haji, beliau sakit di madinah dan di rawat di rs king fatt, dan dengan kuasa Allah beliau di makamkan di Baqi... makamnya di samping Ustman Bin Affan.... ketika melihat blog ini seakan aku melihat rumah nenek saya... ingin sekali menginjakkan kaki ke sana dan berziarah di makan nenek saya, aku rindu dengan nenek saya..... terima kasih banyak telah memuat bloq tentang baqi... setidaknya aku bisa melihat seperti apa kuburan ini.... sekali lagi terimakasih....

    saya
    joni ibrahim
    joni.ibrahim@yahoo.com

    BalasPadam