WARGA SCP

Khamis, Ogos 04, 2011

ISTANBUL : SEA FOOD ALA TURKEYE



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

Jam menunjukkan lebihkurang 11 pagi . Kami terpaksa mempercepatkan sajian tengahari kerana hari ini hari Jumaat. Kami dijangka akan solat di Masjid Syehzahid nanti. Aku terkejut kerana di situ terdapat puluhan restoran sajian laut atau "Sea Food Restaurant" di tempatkan di dalam satu kawasan yang agak luas juga. Kelihatan meja2 dan kerusi sudah tersedia menanti pengunjung yang dapat aku gambarkan bahawa pasti tempat ini menjadi kunjungan ramai di waktu tengahari dan juga malam .

Tekak ku dah tergambar keenakkan siakap 13 rasa kerana selama beberapa hari muka aku pun dah macam kebab dan nasib baik ketiak tak bau kebab juga. Manakah tidak, dah beberapa hari asyik menu utamanya kebab dengan nasi .



Sementara tu, aku sempat rakamkan dalam 24 shots juga gambaran di sekitar tempat tu, dan yang pasti aku pun tak tahu nama tempat tu . Kami menuju ke restoran Kosem di mana meja2 untuk kami telah tersedia menanti. Sebagai permulaan mcm biasa roti dengan kuah kacang pol . Tapi aku rasa berangin je mulut aku bila cecah dengan roti kuah tu, agaknya tukang masak tadi tertumpah ubat gigi colgate perasa pudina dalam kuah tu hehehe

Rasanyanya dia masukkan daun mint kat dalam kuah kacang tu , mana tak rasa berangin je mulut


restaurant Kosem 4 tingkat



Kusangka siakap 13 rasa bakal muncul, rupa2nya ikan mackeral goreng yang datang bersama nasi yang ditumis hahaha

Inilah agaknya seafood ala Turkeye , Mackarel ni kalau korang nak tahu ialah ikan sardin tapi yg di sini besar lebih kurang tapak tangan aku . Dah katanya seafood, maka ikan yg digoreng pun kira seafood hehe

Mackarel ini ada dijual dan diimport ke pasarraya besar kat tempat kita dan harganya boleh tahan mahal juga.

Punahlah segala impian dan harapan ku nak makan siakap 13 rasa. Tiada la la untuk di makan dan jauh sekali sotong goreng tepung heheheheeheheh

Takpa, rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari,
baham jelah hehehehehe

Esok dah kat Madinah dan pasti hidangan nasi putih bersama lauk pauk melayu

rindu rasanya dengan masakan melayu

kalau lagi lama aku di turkeye, mau misai ku yang melintang ni boleh dipintal2 macam misai org turkeye juga akibat asyik makan kebab hehehe


kiri , kanan, depan, belakang
semua seafood restaurant




3 tingkat tu





8 ulasan:

  1. CR,

    Lokasi yang menarik, bersih dan selesa

    BalasPadam
  2. Canti tempat ni...:)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    kerang bakar ada tak kat sana..
    he he

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    BalasPadam
  4. Assalam Pak Itam,

    Chantek tempat tuh..Gambar yg disnap pun chantek..

    Selamat Berpuasa Pak Itam & Famili.

    BalasPadam
  5. rosli

    semua premis kat situ kelihatan tersusun rapi, rasanya salah satu tourist spot utk makan2

    BalasPadam
  6. welcome to SCP CT

    istanbul mmg tempat yg menarik utk dikunjungi

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam atuk

    jgn kata kerang , ke pun takdak hehehe

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam shima

    selamat berpuasa juga buat shima

    gambar cantik, org yg tukang ambik lagi cantik hahahahaha

    BalasPadam