WARGA SCP

Isnin, Ogos 15, 2011

DARI ISTANBUL KE MADINAH

tak sabar nak ziarah makam nabi dan sahabatnya

Pelbagai pengalaman indah yang dapat ku titip dan akan kekal dalam sanubari ku sepanjang aku berada di bumi Turkeye. Turkeye sebuah negara yang sangat luas dan 5 hari di sana hanya di Istanbul dan Bursa sahaja dan itu pun tak dapat pegi semua tempat .

Syukur kehadrat Allah , sepanjang kami di sana semuanya terpelihara dari segi keselamatan, kesihatan, permakanan,pengangkutan, dan paling mustahak sekali ialah waktu solat kami sentiasa terpelihara walaupun padar dengan aturcara lawatan.

Setibanya kami di Kamal Attarturk International Airport, azan magrib telah berkumandang. Takde masalah kerana sebuah surau yang sangat besar dapat menampung jumlah jemaah tersedia di dalamnya . Solat magrib dan isyak ku jamakkan sekali . Penerbangan kami di jangka jam 11.05 pm dengan Turkish Airlines TK 66 dan dijangka tiba jam 2.25 am di Lapangan Terbangan Madinah .

tak sabar nak solat di Masjid Nabawi

Daftar masuk penumpang yang agak lewat kerana kaunternya hanya dibuka 2 jam sahaja sebelum terbang menyebabkan berlaku sedikit masalah kerana pegawainya agak keliru kerana terlalu ramai penumpang dengan pangkal nama Muhamad menyebabkan beberapa bording pass tidak dapat dikeluarkan. Biasalah, pegawainya berbangsa turki yang tak biasa dengan nama orang melayu kita , tu yang terkial2 . Kasihan aku tengok .Akhirnya tempat duduk langsung tak ikut keluarga .

Lagi 45 minit sebelum terbang baru semua selesai dan terkejar2 kami pula nak ke kaunter imigresen sebelum berlari pulak ke pintu masuk penerbangan yang agak jauh juga . Apa yang aku lihat memang begitu rasanya budaya mereka kerana di Changi International Airport lagi aku tengok lagi 2 jam baru daftar masuk dan bagasi baru dibuka bagi Turkish Arline , tak macam syarikat penerbangan lain yang daftar masuk akan dibuka sekurang2 4 jam sebelum penerbangan.
tak sabar nak minum air zam2 sepuas-puasnya dari tong

Nasib baik aku sempat belikan teh o panas berharga TL7.00 buat ibu yang mertua ku kerana biasalah, orang sakit nak kena makan ubat .

Aku kata dengan mak itam dan yang lain, nasiblah kerana tempat duduk tak ikut nombor dan nanti kita tukar suka-sama suka je kat atas .

tak sabar nak beriktikaf di dalamnya


Penerbangan berlepas seperti yang dijadualkan namun dalam kapalterbang rupa2nya tak sampai 1/2 penumpangnya dalam kabin Airbus 320 ke Madinah yang boleh memuatkan hampir 300 penumpang . Rasanya tak sampai 100 penumpang je malam tu . Apalagi , aku pun carilah kerusi sederet dan melabuhkan badan macam tidur kat rumah je, walaupun tak seselesa mcm bobok atas katil, tapi dah bersyukur sangat dan akhirnya aku tersedar apabila dikejutkan untuk menikmati "late supper" dalam keadaan mata yang kuyu, tapi habis semua aku kunyah hehehe


*sekadar catatan
tetiba mana datang bau yang sangat harum semasa aku sedang menulis n3 istanbul ke madinah ni menusuk ke hidung ku, yang pasti bukan bau perfume krn aku mmg boleh cam bau perfume , dan bau harum ni juga hilang sepantas ia muncul tadi

Allahuakbar .

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    Bau asam pedas ke pak itam...

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaOgos 15, 2011

    moga perjalanan pak itam dan keluarga baik2 sahaja ~

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam atuk


    hehehe biarlah rahsia

    BalasPadam
  4. alhamdulillah manje

    semua dalam perlindungan Allah

    BalasPadam
  5. tok nab

    hehehe rasanya mau n3
    istanbul madinah makkah ni tamat sampai masuk bulan haji nanti hehehe

    panjang lagi

    BalasPadam