WARGA SCP

Ahad, Ogos 14, 2011

ISTANBUL : LAST EPISOD (IKTIBAR DAN PENGAJARAN)





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Kamal Attaturk diberi gelaran al-Ghazi iaitu orang yang memerangi.Habis agama islamnya sendiri diperangi atas dasar permodenan. Perkataan Attaturk membawa maksud bapa orang Turki. Kalau Attarwa maksudnya bapa orang jawa hehehe

Ataturk ialah individu yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Melalui satu mesyuarat Majlis Nasional yang diketuai Kamal Attarturk yang pastinya dibelakangnya adalah konspirasi kuasa2 barat, Sultan Abdul Majid yang merupakan khalifah terakhir telah dihalau meningglkan pusat pemerintahan pada masa itu.


Kamal Attarturk bukan seorang penganut islam yang baik. Rumahnya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah perempuan.




Sewaktu Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Republik Turki ketika itu , beliau telah menggubal dan melaksanakan undang-undang yang amat bercanggah serta bertentangan dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

* perempuan boleh memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

* lelaki boleh memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi iaitu sesuai dengan kehendak barat.

* Menggalakan wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

* Beliau pernah berkata bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

* Menggalakkan meminum arak secara terbuka.

* Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

* Menukar azan ke dalam bahasa Turkish. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

* Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

* Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

* Agama Islam juga digugurkan sebagai agama rasmi negara.

* Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

* Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

* Menukar kembali Masjid Aya Sofya kepada muzium

* Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

* Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

* Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

* Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

* Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.




Di saat nyawanya hampir dicabut, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa amat terseksa dan tak dapat nak menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia lagi.

Didatangkan Allah penyakit kulit dari kepala hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan dan diikuti serangan jantung dan darah tinggi.

Beliau sentiasa berasa panas,panas dan panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit melolong sehingga seluruh istana mendengar jeritannya. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka telah menghantarnya ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan akan merasa sedikit kesejukan.





Allahuakhbar, panasnya tak jugak hilang bahkan semakin menjadi2. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 2 hari disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau terus hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya menemui ajal dalam keadaan yang mengaibkan . Tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan jenazahnya.

Mayatnya telah diawetkan hinggalah adik perempuannya datang menemui para ulama-ulama Turki memujuk agar memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah dan bumi Turkeye tidak menerimanya .Bayangkan bagaimana Allah azabkan dan tunjukkan pada yang hidup ketika itu.

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium EtnaGrafi . Pada tahun 1953 selepas 15 tahun berlalu dari tarikh kematiannya, mayatnya cuba ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tetap tak mau menerimanya.

Akhirnya setelah habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda yg diperbuat dari timah hitam dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar dan bumi tetap tidak menerimanya.

Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah berkata bahawa ,

"jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Attartuk"

Jadikanlah peristiwa ini sebagai satu panduan, iktibar dan pengajaran agar kita tidak menerima nasib yang sama seperti laknatullah ini. Sebagai pemimpin tak kiralah pemimpin negara ke, pemimpin masyarakat ke, pemimpin rumah tangga ke, waima pemimpin sesebuah organisai atau jabatan , janganlah kita mempersenda-sendakan hukum Allah kerana balasannya amat berat lagi menyeksakan.

Moga2 diri kita ni insan yang lemah dan banyak dosa tidak diuji dan diaib sebegitu.

Allahuakhbar.


Apa yang aku dapat simpulkan di sini, islam dah mula mekar kembali di bumi Turkeye semenjak turki di bawah pemerintahan Erdogan yang lebih kepada islamik walaupun masih mendapat tentangan dari golongan sekular hinggakan isterinya yang bertudung menutup aurat tidak disukai oleh golongan sekular.

Masjid2 di sana kini sepanjang yang aku lihat sentiasa dipenuhi jemaah apabila tiba waktu solat dan azan kini berkumandang dari setiap corong masjid berbanding 10-20 tahun dahulu.

Semoga zaman keagungan islam kembali mekar di bumi turkeye yang menjadi contoh negara islam di rantau sebelah eropah sekarang ni

Alhamdulillah,
islam mekar di mana2 dengan kehendak Allah jua.

6 ulasan:

  1. salam pak itam. sahur apa tadi. asam pedas? hehe..
    semuga turki kembali kepada zaman kegemilangan islam. Bir kisah kamal ini menjadi pedoman pada kita yang masih hidup..

    BalasPadam
  2. SALAM,
    KALAU ADA REZEKI DAN DIIZINKAN ALLAH, LF NAK KE SANA LAGI ! DULU TAK SEMPAT KE MANA2

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    adakah pemimpin kita yg ingin mengikuti cara2 Kamal Ataturk memimpin....

    saya rasa, bau2 durian dah ada yg menirunya...
    Nauzubillah...

    Wassalam

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam kak pah

    terlepas sahur kak hehehe
    tapi tidur agak lewat juga dan dah minum siap2 hehehe

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam LH

    mungkin masa tuan pegi dulu sewaktu ada urusan rasmi, tu yang tak sempat ke mana2

    pegi dgn tugasan rasmi dan bercuti tak sama hehehe

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam atuk

    nampaknya begitulah senario sekarang ni

    demi survivor politik tanpa memikirkan yang dunia hanya sementara

    moga mereka diberi taufik dan hidayah

    BalasPadam