WARGA SCP

Khamis, Ogos 18, 2011

MADINAH : ASSALAMUALAIKA YA RASULULLAH

Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Melangkah keluar dari kawasan Raudah lalu terus ke laluan sebelah kiri di mana di situlah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan juga 2 orang sahabatnya Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar dikebumikan.
Aku berjalan perlahan-lahan menyusuri makam Rasululullah lalu berhenti seketika dan menyampaikan salam buat baginda secara berbisik sebagai tanda hormat kepada baginda , juga menyampaikan salam yang diamanahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai serta rakan taulan buat baginda juga.
Assalmualaika ya Rasulullah Assalamu’alaika ayyuhannabiyu warahmatullahi wabarakaatuh

Perasaan ku ketika itu sungguh bersyukur kerana sekali lagi , aku dijemput oleh Allah S.W.T untuk menziarahi makam Rasulullah, Nabi akhir zaman yang sangat dicintai walaupun tidak pernah menatap wajah Baginda , namun dialah Nabi terakhir yang menjadi penyuluh di muka bumi ini bagi umat islam .

Kemudian salam juga buat sahabatnya Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A dan juga Saidina Omar Al Khattab R.A.

Lantas mengambil tempat pula di bahagian hadapan disebalik tiang berhadapan makam Rasulullah lalu menghadap kiblat untuk membaca doa seperti yang dianjurkan oleh agama islam kita yang diterangkan dalam Al Quran ayat 64 surah An- Nisa'
:


"Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

" Ya Allah, hamba mu datang kepada Rasul Mu dan aku mohon keampunan kepada Mu di atas segala dosa, maksiat, dan kesalahan yang telah aku lakukan serta bertaubat tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut.
Semoga Engkau mengampunkan daku
Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun.
"

Alhamdulillah
memang segala urusan ku pagi ini sungguh2 dipermudahkan oleh Allah.


* kalau waktu2 puncak , kita tidak dibenarkan berhenti untuk berdoa selepas menziarahi dan akan diarahkan terus keluar oleh anggota polis bertugas.

* jika bukan waktu puncak dan berpeluang berhenti di situ, carilah tiang2 atau kawasan yang tak sesak serta berdoalah menghadap ke arah kiblat dan bukan menghadap ke arah kawasan makam

* elakkan dari melakukan perkara2 bercirikan bidaah semasa menziarah makam seperti menyapu dan mengusap kawasan pagar dengan tangan atau kain dan sebagainya.

8 ulasan:

  1. CR,

    TQVM for sharing, saya teringat dan rindu, beberapa kali di sini, macam mimpi pertama kali berhadapan dengan Makam Rasulullah...Subhanallah.Ameen

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam,

    Alhamdulillah..sedihnya menatap gambar yang pak itam paparkan ..makam Rasulullah SAW..rasul yang kita umat islam cintai..terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang sungguh berharga ini..dibulan ramadhan ini dapat membaca karya dan pengalaman pak itam...

    BalasPadam
  3. belah perempuan lagi bersesak dari ni, pak itam...

    BalasPadam
  4. As Salam Pak Itam,

    Alhamdulillah, hilang ghindu kak ngah pada masjid Nabawi.. gambaq2 tu mengembalikan nostalgia lama..

    psst, pak menakan ada doakan utk anak menakan tak??

    BalasPadam
  5. en rosli

    kenangan di sana akan kekal sampai bila2 , pada pandangan mata kasar insan yg tak pernah ke sana, mungkin tiada apa 2, tapi setelah pernah merasainya pasti nak bertandang lagi, itulah kehebatan Allah

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam kak sidah

    kali terakhir saya ziarah wada' , tak sedar air mata bergenang di kelopak mata

    BalasPadam
  7. kog

    tulah, agak kasihan buat jemaah muslimah

    terpaksa bersesak2 , lepas tu kena himpit lagi sedangkan masa ke raudah terhad dan tempat yang sempit

    tapi tak mematahkan semangat utk ke sana ,

    kog tentu dah rasa pengalaman tu yang sangat berharga dan bernilai dan takde kat tempat lain

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam kak ngah

    yang pertama, bapak tak lupa sampaikan salam buat junjungan kita dari rakan2 dan taulan , dan kedua bapak juga tak lupa doakan juga buat semua

    tapi bapak tak tahu nama , bapak hantam ikut nama yang tertulis kat blog le hehehe

    yang penting Allah Maha Mengetahui

    BalasPadam