WARGA SCP

Khamis, Ogos 25, 2011

MADINAH : MARI-MARI, MURAH-MURAH

Alhamdulillah

Keluar sahaja dari pintu pagar Masjid Nabawi selepas setiap waktu solat , kita pasti kedengaran

"MARI-MARI, MURAH,MURAH"
atau
"1 riyal, 1 riyal"


begitulah gelagat peniaga2 jalanan di sini yang sentiasa meriah terutamanya selepas setiap waktu solat berakhir . Pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang sangat murah dan pasti akan kelihatan ramai pembelinya adalah dari kalangan orang melayu . Tu sebab peniaganya pun pandai cakap melayu.

Kalau dia tanya "Malasie" (malaysia) , kita angguk
pasti depa kata Malaysia bagusssssssss
mana tak bagus kerana jemaah malaysialah yg banyak berbelanja

Menurut satu kajian, lebih 26,000 jemaah haji Malaysia berbelanja RM100 juta ketika di Tanah Suci Makkah dan Madinah sepanjang menunaikan rukun Islam kelima, tahun lalu.Puratanya hampir RM3846.15 seorang .

Bukan tak boleh berbelanja, tapi janganlah sampai terlalu boros dan mengikut nafsu sehinggakan aktiviti ini melebihi aktiviti beribadat .

Kekadang aku lihat mereka yang berbelanja sakan ni kemungkinan menjadi serba salah kalau tak beli . Masa nak pegi orang ni hulur, orang tu hulur . Jadi kita ni kan orang melayu yang memang kaya dengan sopan santun dan budi bahasa macam rasa bersalah pulak kalau balik nanti tak belikan sesuatu.

Pemergian ku kali ini tidak dibagitahu dengan kawan2 ku dan pekerja ku hanya aku bagitahu 2 hari lagi aku nak pergi dan kalau orang atau client cari , aku pesan kat dia kata "towkey tak tahu mana pegi" hehehe

Sebenarnya kalau kalian nak tahu , pemberian yang paling bermakna lagi berkat yang dibawa oleh seseorang yang baru pulang dari tanah suci ialah air zam2 dan kurma ajwa . Ni bukan aku saja memandai2, tapi kerap diperkatakan oleh kalangan ahli agama.


Tu sebab rasanya beg kami akan bertambah dengan beberapa kilo kurma ajwa bila pulang nanti .



Kerana terlampau leka berbelanja setiap hari selepas balik dari solat , kebanyakkan kita yang pergi dengan satu beg pasti balik dengan 2 beg. Orang kampung kata "beg dah beranak pinak" hehehe

Manakan tidak , sekali balik setiap lepas solat , bawak satu punjut plastik , tak perasaan bila mengemas nanti, mak datuk, berpunjut2 plastik hehehehehe

Tu baru kat Madinah, belum lagi kat Makkah yang pasti berbunjut2 lagi pasti muncul
hehehehehehehe

Lepas tu bila nak balik tanah air, mulalah kelam kabut cari penimbang , takut terlebih berat bagasi nanti dan akhirnya berubah muka bila terpaksa membayar denda bagi bagasi yang melebihi had sepatutnya , lalu timbul pulak pertengkaran kecil ,

"tulah awak, balik solat sepunjut, balik solat sepunjut"
hehehehehehehehe

Ingat,
tingkatkan amalan dan berbelanja mengikut keperluan


Ingat,
kalau boleh kita nak bawak balik sekapal pahala

bukan sekapal buahtangan

Ingat,
kalau belanja ikut nafsu,
mau satu kapal nanti bawak kita balik barangan dengan tok2 arab sekali

ngeh ngeh ngeh


aku suka memerhati gelagat penjual dan pembeli

sesekali datang tok polis arab
berdesup semua hilang hehehe

pelbagai barang sentiasa mengamit

penuh tu duk kerumun jualan lambak

hotel penginapan ku Dallah Taibah
depannya ada supermarket
tempat aku berbelanja jus manggo
hehehe

8 ulasan:

  1. Salam pak itam...

    Terima kasih ..berkongsi cerita perjalanan ke tanah suci..singgah tiap2 hari baca blog pak itam...hehhe

    ceriter lagi banyak2..dari perspektif pak itam...

    punjut2 tu bila dah bawa balik..lalu dibagi2 pada anak2 menakan semua..besar pahala semangat mereka semua nak pi ke sana ikut jejak pak menakan depa..heheh

    BalasPadam
  2. ngeh ngeh ngeh....menghiburkan baca citer pak itam!

    oh..kak nab pun dok kat hotel tu thn lepas & thn sebelumnya...amat dekat..

    BalasPadam
  3. fruit juice kat sini memang 100% fruit juice. Tak campur apa2...tu yang selalu melekat kat tekak sebab terlampau pekat!

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam shami

    itulah cerita rakyat , bukan dogengan tapi realiti hehehe

    bulan haji nanti baru habis tau hehehe

    BalasPadam
  5. kak nab

    ngeh ngeh ngeh

    alhamdulillah, dekat dgn masjid
    agaknya depa dah pajak kot hotel tu

    BalasPadam
  6. uncle

    kat sini 50% je fruit juice , 50 % lagi air hehehe

    BalasPadam
  7. balik sini saya pun mencari2 jus mango tu .. jumpa la yang rani .. terubat rindu

    BalasPadam
  8. hasni azlan

    mmg terkenang2 jus manggo yg pekat dan sedap di sana,tak byk kedai yg jual di tempat kita

    BalasPadam