WARGA SCP

Sabtu, Ogos 13, 2011

ISTANBUL : MENYUSURI SELAT BOSPHORUS part 8



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Apabila jawapan Costantine ini diterima dan menyatakan keenganannya menyerah kalak , Al-Fatih menjawab,

"Baiklah, tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda".

Akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah dirancang . Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras membersihkan diri serta memohon keampunan dan berdoa di hadapan Allah SWT sebelum melancarkan serangan.



Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah SWT akan memudahkan pekerjaan mereka. Para ulama pula memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA.

"Sesungguhnya apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda SAW telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini!"

Kata-kata ini telah membakar semangat tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya. Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara keagamaan mereka secara bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka

Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu.

Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota. Maharaja Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan.



Berita kematian Maharaja mereka iaitu Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta seisi langit dan bumi.

Beliau berkata,

Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada, memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku. Sebaik-baik Ketua Dan Tentera Pada hari itu, "


majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya"











Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu. Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada.

Dengan sikap lemah lembuh dan bertoleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka. Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan.

Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa,

"barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu."

Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada Islam Bol, yang bermaksud "Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga kerajaan Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne . Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya sehinggalah Kerajaan Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah secara rasminya pada tahun 1924M.

Kamal Ataturk jugalah pada masa itu telah menukar seruan azan menggunakan bahasa Turkish.

Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang bersedih dan berdukalara itu. Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofya.Manakala Islam Bol ditukar kepada Istanbul.

Dan sebagaimana kita tahu , akhirnya Allah S.W.T telah mengaibkan dan mengazabkan jenazah Kamal Attarturk kerana bumi tidak menerimanya semasa ia hendak dikebumikan .



Begitulah serba ringkas sejarah yang pernah berlaku di sini sepanjang Selat Bosphorus hingga ke Golden Horn . Semoga perjalanan ku menyusuri selat ini selain indah di mata , dapat mengenang kembali para syuhada zaman2 terdahulu yang sanggup mengadai nyawa serta apa sahaja demi mempertabatkan agama islam dan semoga Allah membalas segala pengorbanan mereka dengan tidak lain selain syurga .
Insyallah

Catatan sejarah ini juga berakhir apabila tongkang kami berlabuh . Rupa2nya sebanyak 300 shots juga sepanjang pelayaran ini .

2 ulasan:

  1. ....akhirnya...haaa...

    citer lain pulak :)

    BalasPadam
  2. tok nab

    hehehe setiap yg mula pasti berakhir

    lps ni dah mula masuk cite di Madinah dan Makkah pulak

    BalasPadam