بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lalu pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya antaranya hadiah dan rasuah cuba diberikan. Tetapi semuanya menemui kegagalan.Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks.
Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata,
"sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin"
Sebenarnya sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang pun ottodoks dan katholik tidak akan sefahaman.
Situasi ini telah mencetuskan pemberontakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat. Serangan dan penaklukan ke atas kota Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphorus, Laut Marmara dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa yang direntang dari dua tebing. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.
sesungguhnya menaiki kapal menyusuri sungai ini amat mengasyikan
BalasPadamSALAM,
BalasPadamTKASIH ATAS PERKONGSIAN. BOLEH TAK COPY GAMBAR2 DI BLOG INI? CANTIK2 .
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamkalau dapat sungai kelang kat KL ni buat macam tu...kan seronok...
SELAMAT BERPUASA
Wassalam
CR,
BalasPadamgambar cantik dan cerita sejarah yang sangat berinformasi, teruskan penceritaan dan perjalanan tuan.
az
BalasPadamsyok pasal panorama menarik 360 darjah
opssss bukan sungai, selat lah az hehe
waalaikumsalam musollahehsan
BalasPadamsilakan copy mana yg tuan berkenan gambarnya, tak jadi masalah bagi saya krn mmg utk dikongsi
waalaikumsalam atuk
BalasPadamsg kelang jauh panggang dari api hehehehehe
salam en rosli
BalasPadaminsyallah ada dalam 5-6 part lagi sebelum meninggalkan istanbul
time kasih krn berminat mengikuti perjalanan ni
salam...bestnya menyusuri selat ini. Mereka bijak menggunakan sumber untuk pelancongan...selat / sungai kita??? apa dah jadi...kalau Sg Kelang / Gombak buat river punting macam kat Christchurch New Zealand - sangat cantik ! ada makan2 tak dalam kapal / feri ni?
BalasPadamsaya pernah makan malam semasa naik Nile cruise...
waalaikumsalam cikgu sak
BalasPadambest , hampir 3 jam menyusuri selat bosphorus tu, kami tak makan atas kapal , hanya minum2 sahaja kerana lps ni kami akan makan malam awal sikit di sebuah restoran sebelum menuju ke lapangan terbang
byk yg industri pelancongan kita perlu belajar dari mereka krn industri pelancongan mereka berkembang pesat hingga menjana pendapatn berbilion setahun
satu hari nanti juga saya ingin ke egypt nak lihat kesan sejarah dan ketamadunan zaman nabi musa dan firaun , tapi entah bila kerana nak lihat dulu zaman kegemilangan islam di Andalusia dulu kalau diizinkan Allah