السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Kesungguhan dan keazamannya itu telah menaikkan semangat bala tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan.
Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan pula dengan Hamzah Pasha. Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Othmaniyyah.
Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih agar membatalkan sahaja serangan serta menerima perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah olehnya.
Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera laut Othmaniyyah berjaya membolosi Tanjung Emas. Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas yang mana kaedah ini pasti tidak pernah terfikir oleh mana-mana pihak sebelumnya untuk melakukannya.
Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat. Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu. Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar pemikiran manusia hingga ke hari ini.
Semuanya itu adalah dari pertolongan Allah jua kerana kalau difikir secara logik akal,
bagaimana kapal yang berat sebanyak 70 buah diangkat dan diseret menaiki bukit dan cerun yang tinggi hingga melepasi rantai besar yang direntang di Golten Horn.
Pagi 22 April , penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan. Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata,
"Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan".
Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.
Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas benteng terakhir kerajaan Byzantine. Tembakan meriam juga telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas hingga menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan medan pertempuran melalui kota Galata.
salam pak itam,
BalasPadamkak nab terpana tengok pemandangan yang sangatttttt cantik! tambah pula penembaknya orang pro....syabas!
waalaikumsalam tok nab hehehe
BalasPadammmg cantik landscape tepi selat bosphorus tu sebelah asia dan eropah
kami budak baru belajar je kak, baru setahun lebih je pegang dslr , byk lagi perlu dipelajari hehe
Nice blog! Is your theme custom made or did you download it from
BalasPadamsomewhere? A theme like yours with a few simple tweeks would really make my blog
shine. Please let me know where you got your theme.
With thanks
Feel free to visit my web blog; how to get your ex back