WARGA SCP

Isnin, Ogos 29, 2011

MADINAH : IKTIKAF DI MASJID NABAWI

Peluang beriktikaf di Masjid Nabawi antara magrib dengan isyak tidak aku lepaskan . Di sini aku terasa tenang sekali tanpa memikirkan segala ayam itik dan juga pokok getah yang ku tinggalkan di kebun . Aku habiskan masa ku dengan membaca seberapa banyak ayat2 suci al quran .

Kelihatan juga jemaah2 yang keletihan dan kepenatan berbaring sambil melelapkan mata. Kehausan diubati dengan air zam2 yang banyak terdapat di dalam Masjid Nabawi.

Yang pasti tiang2 akan menjadi tumpuan kerana ada tempat nak bersandar . Aku ni yang memang pinggang dan sewaktu dengannya yang dah reput pasti mencari tiang juga . Aircond pula menjadikan suasana di masjid Nabawi begitu selesa sekali.


sebijik macam aku dulu masa zaman remaja

Jarak waktu antara magrib dengan isyak hampir sejam lebih membolehkan "my son of gun" berbaring seketika . Malam ini kebetulan datang seorang anak kecil bersama bapanya . Mula2 ia agak malu2 dan takut2 juga bila disapa dipanggil oleh ku .Rasanya dia tengok muka misai dan aku bak Saddam Hussin kot.

Namun akhirnya ia datang jua lalu mula mengacau anak bongsu ku yang sedang berehat. Habis dikorek telinga abang hehehe

Aku sempat berbual2 dengan bapanya, seorang anak muda yang berasal dari Indonisia dan bekerja sebagai jurutera syarikat petroleum di Doha, Oatar . Katanya baru sampai dari kota Makkah langsung singgah ke Madinah sebelum pulang esok kerana cutinya hanya seketika sahaja. Paling menakjubkan ia bersama isteri dan anaknya memandu dari Doha , Qatar sejauh 3000++ km untuk menunaikan ibadat umrah buat kali pertama .

Lihatlah, jarak yang jauh bukan penghalang jika hati meronta2 nak melakukan ibadat umrah.

Kalaulah tanah suci ni dekat , rasanya mau sebulan sekali aku bawak moto roda 3 aku ke sini mcm pemuda ini.

moga besar nanti jadi anak yg soleh
jangan goyang gerudi tau ngeh ngeh ngeh

memula aku ingat lelaki
rupanya pompuan

tak terjaga bapaknya
aktif sungguh anaknya

abang, bangunnnnn

dah dikejut, berdesup dia cabut hehehe

7 ulasan:

  1. nostalgia sungguh gambar2 yang ada kat dalam entry ni...

    BalasPadam
  2. ziarahhhh...

    selamat hari raya pak itam..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Salam. O macam tu wajah Pak Itam muda-muda dulu ye..hehe. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Pak Itam sekeluarga. Mohon ampun dan maaf andai ada yang tersalah dan tersilap selama mengenali Pak Itam. Kirim salam kat anak-anak & isteri dari kami di Santubong, Kuching.

    BalasPadam
  5. pasti uncle terkenang masa dulu keja kat madinah

    BalasPadam
  6. selamat hari raya kak nab

    banyak buat kueh raya

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam abg sulong

    hehehe

    tak le, dulu2 mcm brad pittt hahaha

    selamat hari raya juga buat abg sulong sekeluarga

    tahun ni tak ramai le merasa kek lapis sarawak hehehe

    BalasPadam